WARAQAH BIN NAUFAL | Sepupu kepada Sayidina Khadijah binti Khuwailid. | AGAMA | Tokoh |
SITI FATIMAH | Puteri bongsu Rasulullah s.a.w. dan isteri Sayidina Ali bin Abi Talib, Khulafa' al-Rashiddin yang ke empat. | AGAMA | Tokoh |
MUTHANNA IBN HARITHAH, AL- | Muthanna ibn Harithah, al- ( ?–14 H./ ?–635 M.), pemimpin terkenal dalam pembukaan negeri-negeri baru Islam. Nama penuhnya ialah al- Muthanna ibn Harithah ibn Salmah al-Ansariy. Dia memeluk Islam pada tahun kesembilan Hijrah bersama-sama sebahagian daripada kaumnya. Al- Muthanna ibn Harithah ialah orang berkulit hitam yang pertama di kalangan orang Iraq sehinggakan Sayidina Abu Bakar mudah mengenalinya. Dia telah dilantik oleh Sayidina Abu Bakar sebagai pemimpin bagi kaumnya. Khalid ibn al-Walid menghantar bantuan kepadanya sebagai permulaan pembukaan Iraq dan Parsi. Sayidina ‘Umar turut membantunya dengan menghantar tentera yang dipimpin oleh Abu ‘Ubayd ibn Mas‘ud al-Thaqafiy. Apabila Abu ‘Ubayd terbunuh, Sayidina ‘Umar menggantikannya dengan Sa‘d ibn Abu Waqqas. Namun begitu, al-Muthanna ibn al- Harithah meninggal dunia sebelum ketibaan Sa‘d ibn Abu Waqqas. Lihat Syam. | UMUM | |
TARIAN DABUS | TARIAN DABUS, tarian tradisional negeri Perak. Tarian yang berunsur keagamaan ini berasal dari negeri Arab. Ia dipercayai diperkenalkan oleh pengikut Sayidina Ali (kaum Syiah), untuk menakutkan pihak musuh. Para penarinya menggunakan dabus (senjata tajam) untuk memperlihatkan kehandalan dan kepahlawanan. Sehubungan dengan itu, unsur-unsur ilmu pertapaan dan mistik tidak dapat dielakkan dalam tarian ini dalam usaha untuk menonjolkan kekebalan diri. Mereka tidak berasa sakit walaupun dicucuk atau ditusuk dengan senjata yang tajam. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
KHAWARIJ | Khawarij ialah segolongan orang Islam yang hidup semasa zaman pemerintahan Sayidina Ali bin Abi Talib, khalifah Islam yang keempat. | AGAMA | Konsep |
KARBALA’ | Karbala’ ialah sebuah bandar yang terletak di selatan Iraq. Ia ialah salah satu bandar yang terpenting bagi orang Islam daripada kalangan pengikut Syiah kerana di situ terdapat makam Sayidina Husayn ibn ‘Ali r.a. | UMUM | |
PERANG SIFFIN | Perang Siffin. Perang Siffin berlaku antara dua puak orang Islam akibat pembunuhan Khalifah ‘Uthman ibn ‘Affan. Perang ini berlaku selepas perang Jamal pada tahun 37 H./657 M. Antara sebab berlakunya perang ini ialah Sayidina ‘Ali ibn Abu Talib melucutkan jawatan beberapa gabenor Mesir yang dilantik oleh Khalifah ‘Uthman ibn ‘Affan berdasarkan aduan penduduk Mesir. Antara mereka yang dipecat ialah Mu‘awiyah ibn ‘Abi Sufyan yang merupakan orang yang bersungguh-sungguh menuntut bela atas pembunuhan Khalifah ‘Uthman. Setelah Mu‘awiyah tetap dengan penentangannya terhadap ‘Ali, dia berazam untuk memeranginya. Tentera kedua-dua belah pihak bertemu di Siffin, lalu berlakulah peperangan selama beberapa hari. | UMUM | |
PERANG JAMAL | Perang Jamal berlaku pada tahun 36 H. bersamaan dengan 656 M., disebabkan oleh fitnah yang berlaku di antara dua golongan orang Islam selepas pembunuhan Khalifah Uthman ibn ‘Affan. Golongan pertama di bawah pimpinan ‘Ali ibn Abu Talib dan golongan kedua di bawah pimpinan Umm al-Mu’minin ‘Aisyah, Talha ibn ‘Ubaydillah dan al-Zubayr ibn al-‘Awwam. Antara sebab berlakunya perang ini kerana Sayidina ‘Ali memecat semua gabenor pada zaman Sayidina Uthman r.a. sejurus selepas pelantikannya sebagai khalifah. | UMUM | |
KHALIFAH UMAR BIN AL-KHATTAB | Khalifah Umar bin al-Khattab (584 M–644 M), khalifah kedua dalam kalangan Khulafa’ al-Rasyidin selepas Sayidina Abu Bakar. | AGAMA | Tokoh |
MUAWIYAH BIN ABU SUFYAN | Mu’awiyah bin Abi Sufyan ( - 60 H), khalifah pertama kerajaan Bani Umayyah selepas berakhirnya pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin dengan kematian Sayidina Ali bin Abi Talib pada tahun 41 H. | AGAMA | Bangsa/Suku/Kaum |