Sardou, Victorien (1831–1908) ialah salah seorang daripada penulis drama Perancis yang berjaya pada zamannya. Dia juga berbakat menulis komedi ringan ( A Scrap of Paper, 1860), melodrama ( La Tosca, 1887) dan drama sejarah ( Madame Sans–Gêne, 1893). Karya Sardou adalah contoh drama yang baik yang dibina dengan berhati-hati berdasarkan formula yang menjadikan plotnya jelas dan teratur tetapi tidak mengandungi makna yang mendalam. Kebanyakan karya Sardou ditulis untuk pelakon wanita Perancis Sarah Bernhardt. Dia lahir di Paris. |