KAILAN | Kailan ialah sayur seakan-akan kubis tetapi mempunyai daun bercerai-cerai dan keriting. | UMUM | |
ANGKUP | Angkup ialah alat yang seakan-akan kompas geometri. Alat ini digunakan untuk menyukat ukuran yang kecil. | UMUM | |
BIGFOOT | Bigfoot ialah makhluk yang seakan-akan manusia yang dikatakan hidup di barat daya Pasifik Amerika Utara. Orang Kanada menamakannya sebagai Sasquatch. Cerita tentang bigfoot ada persamaan dengan cerita Abominable Snowman, haiwan berbulu panjang yang dikatakan mendiami banjaran Himalaya dan di kawasan pergunungan yang lain di tengah dan timur laut Asia (lihat Abominable Snowman). | UMUM | |
MULBERI | Mulberi ialah pokok hiasan yang buahnya berjus dan berisi. Buahnya berwarna putih, merah, atau ungu dan kelihatan seakan-akan beri hitam. Setiap satunya terdiri daripada segugus buah kecil berbiji satu. Buah ini menjadi tarikan burung, yang memakannya dan menyebarkan bijinya. Sesetengah jenis mulberi, terutamanya mulberi putih dan mulberi hitam , ditanam untuk buahnya, yang dipetik dan dimakan mentah atau dibuat jem dan wain. Bunga mulberi berwarna putih kehijauan dan tergantung bergugus-gugus. Ia didebungakan oleh angin. | UMUM | |
PIUTER | Piuter ialah aloi yang mengandungi kebanyakannya timah. Ia juga mengandungi antimoni dan tembaga. Piuter berwarna putih metalik seakan-akan warna perak dan keemasan yang boleh berbeza-beza daripada kusam hingga bergilap. Ia digunakan dengan meluas untuk membuat barang-barang seperti mangkuk, kaki lilin dan set minuman. Piuter ialah aloi yang lembut dan mudah kemik. Barang-barang yang dibuat daripada piuter perlukan pengendalian yang cermat. | UMUM | |
TAUFAN | Taufan ialah ribut tropika tekanan rendah yang berlaku di barat Lautan Pasifik. Taufan adalah seakan-akan hurikan (lihat Hurikan ). Taufan bermula berhampiran khatulistiwa dan bergerak ke barat, sambil menambah kekuatan dan saiznya. Ia akan mara dengan perlahan, biasanya lebih kurang 15 kilometer hingga 25 kilometer sejam. Tetapi angin yang berputar di tengah adalah sangat kuat, dengan kelajuan 240 kilometer sejam. Garis pusat sesuatu taufan boleh berukuran 480 kilometer. | UMUM | |
PISAU TEMBELING | PISAU TEMBELING, alat batu seakan-akan beliung. Pisau ini dijumpai oleh I.H.N. Evans di sekitar Sungai Tembeling, iaitu di Nyong pada tahun 1930-an. Pisau ini dinamakan Pisau Tembeling sempena dengan nama tempat ia dijumpai. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Alat/Alatan |
KIPAS ALUVIUM | Kipas aluvium, bentuk muka bumi seakan-akan kipas atau kon yang terdiri daripada bahan enapan yang dimendapkan oleh sungai semasa mengalir keluar dari hadapan gunung ke dataran. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bentuk Muka Bumi |
APRIKOT | Aprikot, sejenis buah seakan-akan pic dan berwarna hijau ketika muda, dan kuning hingga jingga kemerahan apabila masak. | PERTANIAN | Flora dan Fauna |
ORIOL | Oriol ialah nama dua kumpulan burung hutan yang berlainan, yang berbulu terang, terutamanya berwarna kuning dan hitam, atau merah dan hitam. Oriol Dunia Lama biasanya bersarang tinggi di atas pokok, sarangnya tergantung di antara dahan yang bercabang. Atau, ia cenderung bersarang dalam lubang pada pokok. Oriol bersiul dengan kuat, yang seakan-akan bunyi seruling. Oriol memakan buah dan serangga. Oriol keemasan bersarang di Eropah dan menghabiskan musim sejuk di Afrika. Oriol Amerika tergolong dalam famili burung hitam. Lihat Burung hitam. Pengelasan saintifik. Oriol Dunia Lama tergolong dalam famili Oriolidae. Oriole Eropah ialah Oriolus oriolus. Oriole Amerika tergolong dalam famili Icteridae. | UMUM | |