| BUKAN BUNUH DIRI | BUKAN BUNUH DIRI, drama sebabak karya Dinsman yang ditulis pada tahun 1974. Drama ini dipentaskan kali pertama di Dewan Bandaraya, Kuala Lumpur pada bulan Ogos 1975 oleh Badan Keluarga Dewan Bahasa dan Pustaka, atas arahan penulis sendiri. Drama ini pernah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris oleh Rahmah Bujang bersama-sama Nur Nina Zuhra dalam jurnal Malay Literature (Vol. 1, Julai, 1988) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
| SOPHOCLES | Sophocles (lebih kurang tahun 496–tahun 406 S.M.) ialah penulis tragedi yang kedua hebat antara tiga orang penulis tragedi Yunani. Dua lagi penulis tragedi ialah Aeschylus – yang paling awal daripada mereka bertiga – dan Euripides. Tidak seperti Aeschylus, yang lebih suka mempersembahkan trilogi (kumpulan tiga drama yang saling berkait), Sophocles lebih menggemari drama sebabak. | UMUM | |
| MAYAT | MAYAT, drama sebabak karya Hatta Azad Khan. Drama ini telah memenangi hadiah kedua Peraduan Menulis Skrip Drama Pentas, Bahagian Drama Pendek anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1978. Drama ini juga telah dipentaskan di Balai Budaya Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur dan di Brunei Darussalam pada tahun 1980 oleh kumpulan Badan Budaya DBP. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |
| ANAK NAZAR TUJUH KERAMAT | ANAK NAZAR TUJUH KERAMAT, drama sebabak karya Kalam Hamidi yang diterbitkan oleh Pustaka Khairil, Kuala Lumpur pada tahun 1966 | BUDAYA | Konsep |