DINAMOTOR | Dinamotor ialah jentera elektrik yang boleh digunakan sebagai motor dan sebagai penjana. Ia boleh menukar arus terus (AT) dari voltan tinggi ke voltan rendah, atau dari voltan rendah ke voltan tinggi. | UMUM | |
ZION | Zion, nama sebuah bukit yang memanjang di bahagian timur bandar Baitulmaqdis di Palestin. Pada zaman dahulu bukit ini dikenali sebagai Sahyun, sebagai tanda sebahagian daripada bandar yang didiami oleh orang Arab al- Yabusiyyun, iaitu penduduk bandar Yabus yang tercatat kewujudan mereka pada zaman dahulu. | UMUM | |
AHERN, BERTIE | Ahern, Bertie (1951– ), ahli politik Ireland, menggantikan Albert Reynolds sebagai ketua parti Fianna Fáil pada bulan November 1994. Berikutan pengunduran Reynold sebagai taoiseach (perdana menteri) pada bulan yang sama, Ahern muncul sebagai bakal pengganti. | UMUM | |
ILMENIT | Ilmenit (formula kimia, FeTiO3), dikenali sebagai bijih besi titanik yang hitam, mineral yang berat, penting sebagai sumber titanium | UMUM | Umum |
O'FAOLAIN, SEAN | O’Faolain, Sean (1900–1991), terkenal sebagai penulis Ireland yang terkemuka. Kebolehannya sebagai penulis cerpen menjadikannya masyhur di seluruh dunia. Dia juga menulis skrip drama, beberapa buah novel, dan biografi sejarah. Koleksi cerpennya termasuk Midsummer Night’s Madness (1932), A Purse of Coppers (1937), dan The Talking Trees (1971). Karyanya yang lain termasuk Come Back to Erin (1940) dan The Great O’Neill (1942). O’Faolain lahir di Cork dan mendapat pendidikan di University College, Cork, dan Harvard University, di Amerika Syarikat. | UMUM | |
NATRIUM HIDROKSIDA | Natrium hidroksida, juga dikenali sebagai soda kaustik, ialah bahan kimia industri yang penting. Ia bertindak sebagai bahan utama dalam banyak pencuci parit dan pencuci ketuhar komersial. Ia juga digunakan dalam pembuatan sabun dan kertas. | UMUM | |
SETH | Seth, juga dikenali sebagai Set , ialah dewa ribut, keganasan, kegelapan dan gurun Mesir purba. Dia juga merupakan dewa haiwan gurun, ular, babi, badak dan buaya. Seth dikenal pasti sebagai haiwan yang mempunyai badan yang panjang seperti anjing liar atau greyhound ; berleher panjang, bermuncung melengkung, bertelinga segi empat yang tegak serta ekor yang kaku dan bercabang. Seth sering kali digambarkan sebagai bertubuhkan manusia dan berkepalakan binatang. | UMUM | |
NAPOLEON I | Napoleon I (1769–1821), juga dikenali sebagai Napoleon Bonaparte, dan memahkotakan dirinya sendiri sebagai Maharaja Perancis. Napoleon merupakan genius terulung dalam ketenteraan pada zaman tersebut dan mungkin jeneral yang teragung dalam sejarah. Napoleon membentuk empayar yang hampir meliputi keseluruhan barat dan tengah Eropah. | UMUM | |
ANDREWS, ROY CHAPMAN | Andrews, Roy Chapman (1884–1960), amat dikenali sebagai penulis dan penjelajah, dan sebagai ketua ekspedisi bagi American Museum of Natural History. | UMUM | |
MACAPAGAL, DIOSDADO | Macapagal, Diosdado (1910 –1997), berkhidmat sebagai presiden Filipina dari tahun 1961 hingga 1965. Dia dikenali sebagai seorang pegawai yang jujur dan berhemah tinggi, yang cuba menghapuskan rasuah di negaranya. Dia juga telah berusaha memperkenalkan reformasi ekonomi serta menggubal dasar luar Filipina dengan negara-negara Asia. | UMUM | |