Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.bai] | سباي

Definisi : kain yg dibelitkan di leher utk menutup bahu dgn kedua-dua hujungnya tergantung di dada, selendang yg digantungkan di bahu; menyebaikan membelitkan sebai di leher utk menutup bahu: serbannya disebaikan, me-ninggalkan ketayapnya terserkup di kepala. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.bai] | سباي

Definisi : kain yg dibelitkan ke leher utk menutup bahu; selendang yg digantungkan ke bahu. menyebaikan menyangkutkan sesuatu ke leher sbg sebai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebai


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAIN SEBAI

KAIN SEBAI, kain yang disangkut di leher sebagai penutup bahu dengan kedua-dua puncanya bergantung di dada. Dalam hikayat lama, kain sebai juga disebut ‘tetampan’ atau ‘selampai’ yang disangkutkan di bahu. Kain sabai dibuat daripada kain sutera atau satin. Pada masa dahulu, kain sebai disulam dengan bunga-bungaan dan dihiasi renda-renda emas.

BUDAYAKraf Tangan

Kembali ke atas