SNEAD, SAM | Snead, Sam (1912–2002), pemain golf Amerika yang telah memenangi sebanyak 165 kejohanan. Dia dikenali sebagai “Slammin’ Sammy” kerana pukulannya yang kuat dan ayunannya yang lancar dan bersahaja. | UMUM | |
SALISBURY, MARQUESS OF | Salisbury, Marquess of (1830–1903) ialah negarawan British yang menjadi perdana menteri sebanyak tiga kali. Dia menjadi anggota Kabinet pada tahun 1867 dan tahun 1874 sebagai setiausaha negara untuk India di bawah Perdana Menteri Benjamin Disraeli. Apabila Disraeli meninggal dunia pada tahun 1881, Salisbury menjadi pemimpin Parti Konservatif. Dia menjadi perdana menteri dari 24 Jun 1885 hingga 6 Februari 1886; dari 3 Ogos 1886 hingga 8 Ogos1892 dan dari 2 Julai 1895 hingga 12 Julai 1902. Sepanjang tempoh Parti Konservatif berkuasa, Salisbury juga menjadi setiausaha negara untuk hal ehwal luar negara. | UMUM | |
PORTLAND, DUKE OF | Portland, Duke of (1738–1809) ialah perdana menteri Britain yang memegang jawatannya sebanyak dua kali. Semasa memimpin Parti Whig (lihat Parti Whig ), dia mengetuai kerajaan campuran untuk jangka waktu yang pendek pada tahun 1783. Pada tahun berikutnya, pendiriannya berubah dan dia keluar daripada Parti Whig, lalu menyertai Parti Tory. Dari tahun 1794 hingga tahun 1801, dia berkhidmat sebagai setiausaha dalam negeri di bawah William Pitt the Younger. Pada tahun 1807, dia kembali menjadi perdana menteri dan mengetuai kerajaan Tory. | UMUM | |
PERANG RUSIA-FINLAND | Perang Rusia-Finland. Semasa Perang Dunia II, Kesatuan Soviet dan Finland berperang sebanyak dua kali. Mereka berperang singkat dalam “Perang Musim Sejuk” dari tahun 1939 hingga tahun 1940. Perang kedua, iaitu “Perang Sambungan” berlaku dari tahun 1941 hingga tahun 1944. Finland kalah dalam kedua-dua peperangan tersebut. | UMUM | |
ROOSEVELT, FRANKLIN DELANO | Roosevelt, Franklin Delano (1882–1945) adalah satu-satunya presiden Amerika Syarikat yang dipilih sebanyak empat kali. Dia berkhidmat sebagai presiden selama lebih 12 tahun, dari tahun 1933 hingga tahun 1945, lebih lama daripada orang lain. Dia meninggal dunia 83 hari selepas menjadi presiden untuk kali keempat. | UMUM | |
RONDO | Rondo ialah satu bentuk gubahan muzik, di mana bahagian utama atau temanya, diulang sekurang-kurangnya sebanyak tiga kali dalam nada yang sama. | UMUM | |
TACHÉ, SIR ÉTIENNE-PASCHAL | Taché, Sir Étienne-Paschal (1795–1865) ialah negarawan Kanada. Dia pernah menjadi perdana menteri sebanyak dua kali bagi provinsi Kanada dan menjadi pengerusi semasa Persidangan Quebec pada tahun 1864 yang telah membuka jalan untuk persekutuan tanah jajahan British Amerika Utara. Taché lahir di St. Thomas, Quebec, Kanada. Dia adalah lulusan Quebec Seminary. | UMUM | |
SEDGMAN, FRANK | Sedgman, Frank (1927– ), salah seorang pemain tenis terbaik Australia. Dari tahun 1950 hingga tahun 1952, dia bermain sebanyak 19 kali untuk Australia dalam pertandingan Piala Davis dan hanya kalah dua kali. Pada tahun 1951, dia menjadi orang Australia yang pertama menjuarai acara perseorangan Amerika Syarikat. Pada tahun 1952, dia menjuarai acara perseorangan Amerika, Itali, dan Wimbledon. Francis Arthur Sedgman lahir di Melbourne. | UMUM | |
MENARA CONDONG PISA | Menara Condong Pisa ialah sebuah menara loceng yang terletak di Pisa, Itali. Strukturnya terkenal kerana kecondongannya sebanyak 4.4 meter daripada garisan asal apabila diukur daripada tingkat ketujuh. Menara ini condong kerana tapak asasnya telah dibina di atas tanah yang tidak stabil. Pembinaan menara berkenaan bermula pada tahun 1173 dan telah disiapkan antara tahun 1360 dan 1370. Tanah di bawah menara berkenaan mula terbenam selepas tiga tingkat pertama siap dibina. Menara berkenaan ditutup pada awal tahun 1990-an bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dilakukan dengan segera. | UMUM | |
KUASA | Kuasa dalam aritmetik ialah hasil sesuatu nombor yang didarab dengan dirinya sendiri sebanyak beberapa kali yang dikehendaki. | UMUM | |