| PISTOL | Pistol ialah senjata api yang dikendalikan dengan sebelah tangan. Jenis senapang yang lain seperti raifal dan mesingan, memerlukan penggunaan kedua-dua belah tangan, tripod (kaki tiga) atau penopang tembakan. | UMUM | |
| SURAH TAHA | Surah Taha ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah ke-20 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 135 ayat. Terdapat pelbagai pendapat mengenai sebab nama surah ini diberikan. Pendapat pertama mengatakan bahawa ia seperti surah yang lain yang pada permulaannya terdapat ungkapan Ha Mim atau Lam Mim dan lain-lain. Pendapat kedua mengatakan bahawa suatu ketika Rasulullah s.a.w. sembahyang dengan mengangkat sebelah kakinya dan menetapkan yang sebelah lagi, maka Allah S.W.T. menurunkan ayat, Taha, bermakna “Rendahkanlah dirimu ke bumi dengan kedua belah kakimu”. Pendapat ketiga mengatakan Taha adalah perkataan daripada bahasa ‘ajam (bukan Arab) yang bermaksud “Wahai lelaki”. Pendapat yang akhir mengatakan bahawa Taha merupakan salah satu daripada nama-nama Nabi s.a.w. | UMUM | |
| STRABISMUS | Strabismus adalah penyebarisan mata yang tak normal, dengan sebelah mata tertumpu pada satu benda dan mata sebelah lagi tertumpu pada benda lain. Keadaan ini juga dikenali sebagai heterotropia atau juling. Biasanya, kedudukan mata membolehkan kedua-duanya melihat benda yang sama pada masa yang sama dan di tempat yang sama. Bagi strabismus, sebelah mata menghala ke lain daripada kedudukan biasanya. Jika mata ini menghala ke dalam ke arah hidung, keadaan ini dikenal sebagai strabismus menumpu. Bagi strabismus mencapah, mata itu menghala ke luar. Penyebarisan tidak normal itu mungkin juga menegak, dengan mata yang terjejas menghala ke atas atau ke bawah. Strabismus mungkin tetap atau berkala dan mungkin melibatkan sebelah mata sahaja atau silih berganti antara kedua-duanya. | UMUM | |
| TELUK ISLANDS | Teluk Islands , terletak di pantai timur bahagian hujung sebelah utara Pulau Utara di New Zealand. Terdapat 149 pulau kecil di dalam teluk ini. Malah pulau yang terbesar antara pulau-pulau ini luasnya hanyalah 223 hektar. Kebanyakan pulau di sini merupakan milik persendirian. Yang lain merupakan kawasan simpanan Maori. Empat bandar utama ialah pelabuhan Opua, bandar lama Russell, bandar Paihia, dan pusat tanaman buah-buahan di Kerikeri. | UMUM | |
| PERANG DINGIN | Perang Dingin ialah istilah yang digunakan bagi memerihalkan persaingan hebat yang tercetus selepas Perang Dunia II pada tahun 1945 antara kumpulan negara komunis dengan negara bukan komunis. Pada satu pihak terdapat Kesatuan Republik Sosialis Soviet (K.R.S.S.) dengan sekutu komunisnya yang sering dirujuk sebagai Blok Timur . Di sebelah pihak yang lain pula ialah Amerika Syarikat dengan sekutu demokrasinya yang biasanya dirujuk sebagai Blok Barat . Pergelutan kuasa tersebut dinamakan Perang Dingin kerana ia tidak membawa kepada peperangan sebenar atau perang “panas” pada skala yang luas. | UMUM | |
| TETELUK | Teteluk ialah kumpulan air masin yang besar yang sebahagiannya dikelilingi oleh daratan. Teteluk terbuka ke lautan, dan ia mempunyai banyak ciri yang sama dengan lautan. Misalnya, banyak teteluk adalah sedalam lautan. Oleh sebab persamaan ini, teteluk seperti Teluk Bothnia dan Teluk Mexico sering dikenali sebagai laut pinggir. Teteluk dibentuk oleh pergerakan kerak bumi di sepanjang sempadan benua. Dalam sesetengah kes, kerak bumi yang mendap menyebabkan sesuatu kawasan tenggelam ke bawah aras laut. Dalam kes lain, gelinciran berlaku – iaitu, kerak bumi retak dan daratan di sebelah retakan yang menghala ke laut berganjak ke bawah. Dalam kedua-dua kes ini, air laut membanjiri kawasan yang tenggelam. | UMUM | |
| TAMBURIN | Tamburin ialah sejenis alat perkusi yang terdiri daripada gelung yang diperbuat daripada papan nipis atau logam dengan membran (kepingan) nipis daripada plastik atau kulit haiwan yang diregangkan ke bahagian bertentangan. Semua tamburin mempunyai ceper logam kecil di sekeliling gelung. Pemain akan memegang tamburin dengan sebelah tangan. Mereka memainkan dengan mengetuknya pada tangan yang lain, lutut atau paha dan menggoncangnya. Tamburin telah dipopularkan oleh askar Turki yang dikenali sebagai Janissary yang memainkan alat ini di dalam kumpulan pancaragam tentera sejak tahun 1400-an hingga awal tahun 1800-an. Pemuzik Barat mula menggunakan tamburin pada tahun 1700-an. Lihat juga Muzik (alat muzik). | UMUM | |
| TELAGA ARTOIS | Telaga artois ialah telaga yang menyadap air dalam tanah yang berada di bawah tekanan. Air ini naik ke permukaan tanpa bantuan pam jika tekanan yang cukup wujud. Istilah telaga artois juga merujuk kepada sebarang air telaga yang sangat dalam. Kebanyakan telaga artois menyadap selapisan bahan poros yang penuh dengan air bawah tanah. Lapisan ini, dikenali sebagai akuifer , mungkin terletak di antara dua lapisan tanah liat atau bahan-bahan lain yang tidak menyimpan air. Akuifer itu mungkin senget, dan oleh itu, ia menyerap air pada sebelah hujungnya yang di atas. Air ini menyerap turun ke dalam akuifer dan membekalkan air bawah tanah. Telaga artois mengalir secara semula jadi disebabkan oleh tekanan yang dikenakan pada air di dalam akuifer oleh air yang masih berada di hujung atas akuifer. | UMUM | |
| DIALEK MELAYU BACAN | DIALEK MELAYU BACAN, dialek yang dituturkan di Pulau Bacan di sebelah selatan Pulau Ternate, Maluku Utara. Lebih kurang 6000 orang di Kecamatan Labuha dan dua kampung yang lain berbahasa Bacan sebagai bahasa ibunda mereka. Pada tahun 1914, dua orang sarjana Belanda, N, Adriani dan A.C. Kruijt, menganggap dialek itu sesuatu bahasa dan menggolongkan ‘bahasa’ itu dengan beberapa bahasa di Kepulauan Sula, walaupun mereka sendiri tidak pernah melakukan penelitian lapangan tentang varian itu. | BAHASA | Bahasa |
| SARDINIA | Sardinia ialah pulau milik Itali yang terletak di Laut Mediterranean di bahagian barat tanah besar Itali dan jaraknya melebihi 160 kilometer dari tanah besar tersebut. Daratan yang terdekat ialah Pulau Corsica (milik Perancis), yang terletak 14 kilometer di sebelah utara Selat Bonifacio. Nama Itali bagi Sardinia ialah Sardegna. Ia merupakan pulau Mediterranean yang kedua besarnya selepas Sicily. Luas Sardinia kira-kira 24 090 kilometer persegi. Pulau ini dan beberapa pulau lain yang berhampiran membentuk kawasan Sardinia yang mempunyai penduduk sebanyak 112 juta. Untuk lokasi Sardinia, lihat Itali (peta politik). | UMUM | |