NAZARBAYEV, NURSULTAN | Nazarbayev, Nursultan (1940– ) ialah presiden Kazakhstan yang dilantik pada bulan Disember 1991. Kazakhstan yang sebelumnya merupakan republik dalam Kesatuan Soviet, mengisytiharkan kemerdekaan sebaik-baik sahaja selepas pilihan raya. | UMUM | |
PINGAT CALDECOTT | Pingat Caldecott ialah anugerah tahunan Amerika bagi buku bergambar kanak-kanak yang diterbitkan pada tahun sebelumnya. Ia adalah anugerah pertama yang mengiktiraf kerja-kerja ilustrator buku. | UMUM | |
AKTA KILANG | Akta Kilang melindungi orang yang bekerja di kilang di Britain. Akta Kilang 1961 yang menggantikan akta kilang yang sebelumnya, meliputi semua keadaan kerja di kilang. Akta tersebut melarang kesesakan, menetapkan piawai kebersihan, dan memperuntukkan pengalihan udara dan cahaya yang mencukupi, dan suhu kerja 160º . | UMUM | |
DARWIN, CHARLES ROBERT | Darwin, Charles Robert (1809–1882), ahli alamiah Inggeris yang terkenal kerana teorinya tentang evolusi. Seperti beberapa ahli sains sebelumnya, Darwin percaya bahawa, melalui berjuta-juta tahun, kesemua spesies tumbuhan dan haiwan melalui evolusi (berkembang secara beransur-ansur) daripada keturunan yang sama. | UMUM | |
PERANG CROFTER | Perang Crofter ialah satu siri rusuhan petani di Scotland dari tahun 1882 hingga tahun 1888. Ramai penduduk di Tanah Tinggi Scotland yang tinggal di situ pada tahun-tahun sebelumnya telah diusir secara sistematik daripada kawasan tanah tengah oleh tuan tanah yang mahu memperkenalkan penternakan biri-biri ke kawasan itu. Mereka yang diusir telah membuka petempatan di bidang tanah yang dikenali sebagai croft. Banyak tanah croft ini terletak di pulau dan ada yang masih wujud hingga kini. Kemudian, tuan tanah mengambil lebih banyak tanah ladang untuk tujuan memburu rusa, dan menembak burung dan menghalau penyewa lain dengan mengenakan tunggakan sewa. Tindakan ini ditentang oleh penyewa tersebut. | UMUM | |
SURAH-SURAH AL-QUR'AN | Surah-surah al-Qur’an, kumpulan ayat yang terdapat dalam al-Qur’an. Ia mempunyai permulaan dan pengakhiran yang khusus bahkan terputus dari surah yang sebelumnya. Semua surah dimulakan dengan bacaan Bismillah kecuali surah al-Tawbah. Perkataan ‘surah’ sebenarnya diambil daripada perkataan suwar. Perkataan suwar pula bermaksud pagar kota. Perkataan suwar juga kata jamak untuk perkataan surah. | UMUM | |
ADDINGTON, HENRY | Addington, Henry (1757–1844) ialah Perdana Menteri United Kingdom dari tahun 1801 hingga 1804. Dia merupakan perdana menteri pertama yang berasal daripada kelas menengah. Kesemua perdana menteri sebelumnya adalah daripada keluarga atasan atau keluarga bangsawan. | UMUM | |
NARASIMHAVARMAN I | Narasimhavarman I (630?–668?), juga dikenal sebagai Mamalla, merupakan raja dinasti Pallava di India selatan. Dia diingati terutamanya kerana membangunkan bandar Mahabalipuram, yang juga dikenal sebelumnya dengan nama Mamallapuram sempena menghormatinya. Bandar ini terletak di Teluk Benggala, yang kini dalam negeri Tamil Nadu, India. Ia telah pun berkembang maju sebagai pelabuhan perdagangan apabila Narasimhavarman menguasainya, dan dia seterusnya membesarkan dan menjadikan bandar ini sebagai pangkalan tentera laut dan pusat agama Hindu. Kuil-kuil dan tugu-tugunya yang masih ada menarik minat pelancong dan para sarjana. Wajah Narasimhavarman diukir pada salah satu ukiran batu, yang tertulis dengan kata-kata “Penambah Tiga Dunia” (“Augmenter of the Three World”). | UMUM | |
PERTEMPURAN CONCORD | Pertempuran Concord berlaku pada 19 April 1775, menandakan pertempuran yang kedua antara kumpulan patriot dengan pihak Inggeris dalam Revolusi Amerika. Peperangan ini mula meletus berhampiran Lexington, Massachusetts. Semasa musim sejuk sebelumnya, orang Amerika telah mengumpul bekalan ketenteraan sebagai persiapan jika berlakunya peperangan. Kerajaan Inggeris mengarahkan ketua turus angkatan tenteranya di Boston , Leftenan Jeneral Thomas Gage, untuk memusnahkan simpanan bekalan di Concord. Pada malam 18 April, Gage menghantar 700 orang tentera di bawah pimpinan Leftenan Kolonel Francis Smith untuk melaksanakan arahan ini. Tetapi, Paul Revere dan William Dawes memberi amaran kepada penduduk di kawasan itu bahawa tentera Inggeris sedang mara. | UMUM | |
ASAS AL-BALAGHAH | Asas al-Balaghah ialah nama sebuah kamus perkataan Arab. Ia dikarang oleh al-Zamakhsyari. Nama asal al-Zamakhshari ialah Mahmud ibn Umar. Dia menyusun kamus ini dengan cara yang berbeza berbanding penulis kamus sebelumnya. Perbezaan yang jelas ialah susunan perkataan, penjelasan makna perkataan dan keterangannya mengikut cara konteks. | UMUM | |