TANDUK | Tanduk ialah struktur bertulang yang runcing di kepala banyak mamalia. Kebanyakan mamalia bertanduk mempunyai sepasang tanduk. Haiwan seperti lembu, biri-biri, kambing dan antelop mempunyai tanduk sebenar. Rusa mempunyai ketumbuhan bak tanduk yang bukan tanduk sebenar, yang dinamakan tanduk bercabang. | UMUM | |
STANISLAVSKI, KONSTANTIN | Stanislavski, Konstantin (1863–1938) ialah nama pentas seorang pengarah dan pelakon terkenal Russia. Dia cuba menghasilkan persembahan yang sebenar dengan meminta pelakon-pelakonnya menghayati secara mendalam terhadap karekter, dan mengandaikan bahawa mereka sendiri adalah wataknya. Berlakon dengan menghidupkan watak sebenar dikenali sebagai “pendekatan Stanislavski.” | UMUM | |
TENIS DIRAJA | Tenis diraja, juga dikenali sebagai tenis sebenar ialah bentuk tenis purba yang rumit. Ia pertama kali dimainkan oleh raja-raja Perancis kira-kira 600 tahun yang lalu. Pemain bermain di gelanggang tidak semukur yang berbumbung curam atau emper, bersangga, dilengkapi dedans (ruang berjaring untuk penonton) dan grille (ruang gelanggang). Suatu jaring direntang di tengah-tengah gelanggang. Di lantai terdapat pelbagai garisan dengan nama-nama tertentu seperti chase a yard worse than last gallery dan hazard chase the door. | UMUM | |
MAJAZ, AL- | Majaz, al- dalam ilmu Balaghah bererti memaksudkan makna lain yang berlainan daripada makna asal yang sebenar. Perkataan al- Majaz dibentuk daripada akar kata bahasa Arab Jaza – Yajuzu yang bermakna melampaui. Apabila istilah al-Majaz digunakan terhadap perkataan, maka bermaksud melampaui makna yang telah disepakati oleh ahli bahasa terhadap satu perkataan. Ertinya makna perkataan itu melampaui makna yang sebenar (Metafora). | UMUM | |
REALISME | Realisme dalam seni lukis ialah usaha untuk memaparkan kehidupan yang sebenar. Bagi ahli realisme, fungsi utama pelukis adalah untuk menggambarkan apa yang diamati melalui deria, setepat dan sejujur yang mungkin. | UMUM | |
DEBU | Debu terdiri daripada zarah-zarah kecil semua jenis jirim pepejal. Sebutir debu sebenar lebih kecil daripada 1 /1000 milimeter. Debu yang lebih kasar mungkin sebesar 5/ 1000 milimeter. | UMUM | |
SULTAN MANSUR SYAH | Sultan Mansur Syah ( ? –1477) ialah Sultan Melaka yang keenam (1456–1477). Nama sebenar baginda ialah Raja Abdullah ibnu Sultan Muzaffar Syah. Kerajaan Melayu Melaka mencapai kegemilangannya pada masa pemerintahan baginda selama lebih kurang 21 tahun. | UMUM | |
NAMA PENA | Nama pena ialah nama yang digunakan oleh pengarang sebagai ganti namanya yang sebenar. Nama pena juga dikenali sebagai nama samaran . Ribuan pengarang menggunakan nama pena. Kebanyakannya adalah novelis popular yang menggunakan lebih daripada satu nama pena untuk mengelakkan pasaran dibanjiri dengan karya yang diterbitkan atas nama yang sama. Penulis kadangkala menggunakan nama pena untuk menyembunyikan identiti mereka atas alasan perundangan, untuk melindungi peribadi mereka atau kerana mereka menangani karya yang bersifat sangat peribadi dan kontroversi. Pada tahun 1800- an, ramai penulis wanita menggunakan nama pena lelaki kerana wujudnya diskriminasi seks terhadap penulis wanita. | UMUM | |
STRES | Stres ialah keadaan yang berlaku pada badan kerana bergerak balas terhadap kesukaran, yang sebenar atau yang dijangka dalam kehidupan. Kita sering mengalami stres akibat peristiwa besar dalam kehidupan kita seperti kematian, perceraian, atau kehilangan pekerjaan. Stres juga boleh berlaku kerana bergerak balas terhadap masalah harian seperti memandu dalam keadaan lalu lintas yang sesak atau didesak oleh seseorang. Di samping itu, kita mungkin mengalami stres apabila kita nampak sesuatu ancaman terhadap kita. Umpamanya, seseorang yang berasa tidak dapat menangani sesuatu cabaran dengan berkesan mungkin mengalami stres. | UMUM | |
KUMBANG SEPANYOL | Kumbang Sepanyol ialah sejenis kumbang lepuh, bukan lalat sebenar. Ia terdapat di seluruh Eropah. Kumbang ini panjangnya kira-kira 20 milimeter, dan biasanya berwarna hijau metalik atau berwarna gangsa. | UMUM | |