BUSTARD | Bustard ialah burung buruan yang besar yang hidup di dataran yang kering dan lapang di semua benua kecuali Amerika. Burung ini paling banyak terdapat di Afrika, dan saiznya berbeza-beza daripada sebesar ayam hingga sebesar ayam belanda | UMUM | |
NUMBAT | Numbat ialah marsupial Australia, sebesar tikus besar. Badannya mempunyai jalur berwarna yang menyerlah dan ekornya berbulu lebat. Bahagian atas numbat berwarna merah karat dan bahagian bawahnya putih. Kaki belakang ketiga disilangi oleh kira-kira enam jalur putih; satu jalur hitam terentang pada mata dari muncung ke telinga. | UMUM | |
DODO | Dodo ialah burung yang tidak boleh terbang yang telah pupus, yang berkaitan dengan burung merpati. Burung Dodo kira-kira sebesar ayam belanda besar. | UMUM | |
SLOTH TANAH | Sloth tanah ialah haiwan besar, yang telah pupus dalam famili sloth. Sloth tanah yang terbesar kira-kira enam meter panjangnya dan sebesar gajah. Tulangnya besar, kaki belakangnya berat dan ekornya kuat. Ini membayangkan bahawa sloth tanah tentunya boleh berdiri dengan kaki belakangnya untuk mencapai dahan dan daun yang tinggi. Ia hanya makan tumbuh-tumbuhan. Tidak seperti sloth kini, sloth tanah tidak memanjat pokok. | UMUM | |
ARCHAEOPTERYX | Archaeopteryx ialah nama genus (kumpulan) haiwan berbulu yang hidup lebih kurang 140 juta tahun dahulu, pada akhir Zaman Jurassic. Haiwan sebesar gagak ini mempunyai rangka bak reptilia yang hampir menyerupai rangka dinosaur kecil. Walau bagaimanapun, ia juga mempunyai bulu yang elok tumbuhnya dan sayap bak burung. Akibatnya, kebanyakan ahli sains mengelaskan Archaeopteryx sebagai burung. Fosil Archaeopteryx yang pertama telah dijumpai pada tahun 1860-an dalam pembentukan Batu Kapur Solenhofen di Bavaria, sebuah negeri di Jerman. Ia memberikan bukti bahawa burung adalah dari keturunan reptilia. | UMUM | |
AYE-AYE | Aye-aye ialah haiwan kecil bak tupai di Madagascar. Ia tergolong dalam kumpulan yang dinamakan lemur . Aye-aye berwarna perang, kira- kira sebesar arnab. Ia mempunyai mata dan telinga yang besar. Ia paling aktif pada waktu malam, apabila ia memburu serangga untuk dimakan. Aye- aye menggunakan jari ketiganya yang panjang dan halus untuk mengeluarkan serangga pengorek dari lubang di dalam batang pokok. Pada siang hari, aye-aye bersembunyi di sarangnya daripada ranting yang dibina dalam pokok di hutan. Aye-aye adalah spesies yang terancam. Pertumbuhan kampung memusnahkan hutan yang diperlukan oleh haiwan ini untuk hidup. Kerajaan Madagascar melarang pemburuan aye-aye, dan mewujudkan beberapa hutan simpanan untuk melindungi spesies ini. Pengelasan saintifik. Aye-aye ialah ahli order Primat. Ia membentuk familinya sendiri, Daubentoniidae merupakan satu spesies Daubentonia madagascarienis . | UMUM | |
TEKTIT | Tektit ialah batu yang berkaca-kaca yang mungkin kelihatan seperti titisan air mata, bola, cakera, rod, dumbel, atau butang. Beberapa tektit kelihatan seperti bongkah. Banyak tektit sebesar kekeras, tetapi sesetengahnya adalah mikrokupik. Tektit berwarna hitam, hijau, atau kuning jingga dan ia biasanya mempunyai permukaan beralur atau berliang. | UMUM | |
ACTH | ACTH ialah kependekan bagi bahan kimia adrenocorticotrophic hormone (hormon adrenokortikotrofik). Hormon ini dihasilkan, disimpan dan dilepaskan ke dalam darah oleh kelenjar pituitari, organ sebesar kacang pis yang terletak di pangkal otak. ACTH diperlukan untuk pertumbuhan dan fungsi yang normal bagi kelenjar adrenal, dua organ yang terletak di atas ginjal. ACTH merangsang kelenjar adrenal untuk mengeluarkan pelbagai hormon, termasuk kumpulan yang dikenali sebagai glukokortikoid. Glukokortikoid mengawal penggunaan makanan yang dihadam dan membantu badan menyesuaikan diri dengan tekanan. | UMUM | |
DEBU | Debu terdiri daripada zarah-zarah kecil semua jenis jirim pepejal. Sebutir debu sebenar lebih kecil daripada 1 /1000 milimeter. Debu yang lebih kasar mungkin sebesar 5/ 1000 milimeter. | UMUM | |
NUTCRACKER | Nutcracker ialah burung dalam famili gagak. Ada dua spesies nutcracker , satu yang terdapat di Eropah dan Asia, dan satu lagi di Amerika Utara. Kedua-duanya adalah burung sebesar burung jackdaw. Nutcracker Eropah berwarna perang berangan berjalur putih. Spesies Amerika, iaitu nutcracker Clark , berwarna kelabu pucat, dengan kepak dan ekornya berwarna hitam, dan putih. Kedua-dua spesies ini membuat sarang di tempat tinggi di dahan pokok pain yang tinggi. | UMUM | |