RACQUETBALL | Racquetball ialah sejenis permainan yang pantas dan menyeronokkan, dan kebanyakannya dimainkan di Amerika Syarikat. Pemain memukul sebiji bola dengan menggunakan raket yang menyerupai raket tenis kecil. Kebanyakan permainan ini dimainkan dalam gelanggang tertutup yang berukuran 6.1 meter tinggi, 12.2 meter panjang dan 6.1 meter lebar. Permainan ini boleh dimainkan secara perseorangan ataupun berpasangan. Dalam permainan bola raket cut-throat , tiga pemain bersaing sesama sendiri. | UMUM | |
POLO AIR | Polo air sejenis sukan yang melibatkan dua pasukan bertanding di dalam kolam dan cuba menjaringkan gol dengan membaling atau menolak sebiji bola getah berongga ke arah pintu gol lawan. Satu mata diperoleh bagi satu gol yang masuk ke gawang. Polo air adalah salah satu sukan yang paling lasak kerana pemain menendang dan bergelut atau kadangkala menekan kepala lawan ke dalam air, sungguhpun perbuatan tersebut menyalahi peraturan. | UMUM | |
AHLI SILAP MATA | Ahli silap mata ialah penghibur yang mempersembahkan muslihat yang kelihatan mustahil. Ahli silap mata mencabut wang kertas dari udara dan menukar sebiji oren menjadi tiga biji oren. Mereka membaca minda orang dan mengeluarkan berbalang-balang ikan emas dari sehelai skarf. Malah mereka juga menghilangkan seseorang daripada pandangan. | UMUM | |
KRIKET PERANCIS | Kriket Perancis ialah permainan yang ringkas, iaitu pemain hanya memerlukan sebatang kayu pemukul dan sebiji bola lembut. | UMUM | |
DADU | Dadu ialah kiub kecil yang digunakan dalam permainan judi seperti ‘craps’. Dadu juga digunakan dalam permainan ‘backgammon’, monopoli dan permainan papan yang lain. Sebiji dadu dinamakan die. Setiap die mempunyai enam permukaan dan ia dicetak dari satu titik hingga ke enam titik. | UMUM | |
MOD | Mod dalam statistik, ialah nilai mana-mana kumpulan yang muncul paling kerap. Contohnya, seorang budak mengira telur dalam 77 sarang burung. Dia mendapati empat sarang mempunyai sebiji telur dalam setiap sarang, 65 sarang mempunyai dua biji telur, lima sarang mempunyai tiga biji telur, dan tiga sarang mempunyai empat biji telur. Sarang yang mempunyai dua biji telur ialah yang paling banyak. Oleh yang demikian, dua ialah mod atau nilai mod dalam kumpulan nombor ini. Mod ialah nombor purata yang digunakan dalam bidang statistik. | UMUM | |
SKUASY | Skuasy, juga dikenali sebagai raket skuasy, sejenis permainan yang dimainkan di dalam dewan, yang menyerupai permainan bola baling. Namun demikian, skuasy dimainkan dengan menggunakan raket dan sebiji bola getah hitam yang lompong dan keras, hampir sebesar bola golf. Pemain akan menggunakan raket untuk memukul bola ke empat-empat dinding gelanggang. Berbagai-bagai gaya pukulan boleh dilakukan, dan bola bergerak dengan amat pantas. Ramai orang bermain skuasy sebagai riadah dan untuk kesihatan. Tetapi permainan ini juga merupakan suatu jenis sukan tandingan yang serius dan menyeronokkan. | UMUM | |
NANAS | Nanas ialah tumbuhan tropika yang terkenal kerana buahnya yang berjus dan berbau harum. Barangkali ia mendapat namanya pineapple dalam bahasa Inggeris kerana buahnya kelihatan seperti sebiji kon pain yang besar. Ramai orang suka meminum jus nanas dan memakan buahnya sebagai pencuci mulut atau dalam salad buah-buahan. Thailand menanam lebih banyak nanas daripada mana-mana negara lain. Petani di sana mengeluarkan lebih kurang satu per empat daripada nanas di dunia. | UMUM | |
PERMAINAN GULI | Permainan guli ialah permainan kanak-kanak yang dimainkan dengan bebola kecil, yang biasanya dibuat daripada kaca. Setiap biji bebola ini dikenali sebagai guli. Kebanyakan permainan guli dimainkan di atas permukaan yang rata di luar rumah. Permainan guli boleh dimainkan sebagai sukan yang terancang, tetapi ia lebih popular sebagai rekreasi. Para pemain menyasarkan guli-guli dengan mengimbangkan sebiji guli besar yang disebut gundu di antara ibu jari dan jari telunjuk. Dengan menggunakan ibu jari, pemain menjentik gundu ke arah sebiji atau lebih guli kecil yang disebut guli objek. Biasanya, para pemain dikehendaki melutut apabila menyasar, iaitu satu lutut diletakkan di atas tanah semasa menyasar. | UMUM | |
BETITIK | BETITIK, persembahan muzik tradisional suku kaum Bajau di Sabah untuk memeriahkan sesuatu majlis atau upacara seperti majlis belang (majlis perkahwinan). Persembahan betitik menggunakan alat muzik yang terdiri daripada dua biji gong, dua biji gendang, dua biji bebandil dan sebiji kulintangan. | BUDAYA | Drama/Filem/Teater/Persembahan |