NOVA | Nova merupakan letupan yang menyebabkan sebutir bintang menjadi terlalu cerah sehingga mencapai 10 000 hingga 100 000 kecerahan matahari. Bintang tersebut boleh bersinar secerah itu selama sebulan atau lebih lama sebelum beransur-ansur pudar kepada kecerahannya yang asal. Sesuatu nova menghamburkan jisim gas dan debu yang besar ke angkasa. Perkataan nova berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud baru. Manusia pernah tersalah tanggap kerana menyangka nova sebagai bintang baru. | UMUM | |
ABRAHAMS, HAROLD MAURICE | Abrahams, Harold Maurice (1899–1978), memegang rekod lompat jauh tempatan Inggeris selama 32 tahun dengan lompatannya sejauh 7.378 meter, yang dibuat pada tahun 1924. Sebulan kemudian, dia memenangi perlumbaan larian 100 meter di Paris, dalam masa yang menyamai rekod 10.6 saat. Abrahams lahir di Bedford dan menuntut di Cambridge University. Pada tahun 1924, dia memulakan kerjaya yang cemerlang sebagai penyiar, wartawan, ahli statistik, dan kemudian pentadbir atletik. | UMUM | |
SULTAN ABDUL KADIR KAMARUDDIN | SULTAN ABDUL KADIR KAMARUDDIN ( ? – 1933), Raja Patani (1898 – 1902). Baginda menggantikan ayahandanya, Sultan Sulaiman Sarifuddin yang mangkat pada tahun 1898. Setelah sebulan dilantik sebagai Raja Patani, Sultan Abdul Kadir ke Bangkok untuk mendapat pengiktirafan daripada Raja Chulalongkorn, Raja Siam, tetapi gagal. Sultan Abdul Kadir berangkat ke Singapura untuk menemui Gabenor Negeri-negeri Selat dan Pesuruhjaya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Sir Frank Swettenham, bagi mendapat sokongan British untuk membebaskan Patani dari Siam. Usaha baginda gagal kerana British tidak mahu memburukkan hubungan antara kerajaan British dengan kerajaan Siam. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
HARI RAYA AIDIL FITRI | Hari Raya Aidil Fitri, hari kemenangan, kesyukuran dan kegembiraan umat Islam selepas berjaya menyempurnakan ibadat puasa yang diwajibkan selama sebulan pada bulan Ramadan. | AGAMA | Perayaan/Upacara |
THORPE, JIM | Thorpe, Jim (1887–1953), atlet serba boleh terbaik dalam sejarah. Thorpe menjadi pemain bola sepak kolej dan profesional Amerika dan masyhur sebagai juara olahraga Olimpik. Dia juga bermain dalam liga-utama besbol Amerika. Dalam Sukan Olimpik tahun 1912, Thorpe muncul sebagai atlet pertama yang memenangi kedua-dua acara pentatlon dan dekatlon (lihat Olahraga [dekatlon, heptatlon dan pentatlon]). Tetapi lebih kurang sebulan kemudian, pingat tersebut ditarik balik. Kesatuan Olahraga Amatur memutuskan Thorpe seorang ahli sukan profesional dan tidak layak bertanding dalam Sukan Olimpik kerana dia didapati bermain besbol dengan bayaran yang rendah. Pada tahun 1982, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa mengembalikan pingat emas Thorpe dan memasukkan namanya dalam senarai juara Olimpik tahun 1912. | UMUM | |
TERANG BULAN | TERANG BULAN, majalah umum di Indonesia. Majalah yang diterbitkan dari tahun 1951 hingga tahun 1960 oleh Fuksi ini dicetak oleh Pers Nasional, Surabaya, Indonesia. Terang Bulan diterbitkan dua kali sebulan. Majalah ini mengandungi 51 halaman dan bayak memuatkan cerita pendek. | SASTERA | Penerbitan |
PENGHIBURAN | PENGHIBURAN, majalah sastera. Majalah ini diterbitkan pada bulan April 1936 di Ipoh, Perak. Pengarang dan penerbit majalah ini ialah Ahmad Nawawi bin Mohd. Ali. Ia diterbitkan dua kali sebulan. Penghiburan agak penting dalam kaitannya dengan pertumbuhan cerpen-cerpen Melayu sebelum Perang Dunia Kedua kerana ia merupakan majalah yang terlibat secara langsung dan menyeluruh untuk memuatkan karya-karya berbentuk cerpen. Karya-karya cerpen yang tersiar itu pula berupa kisah-kisah agama. Majalah ini tidak lama usia penerbitannya. [lih. j. AHMAD NAWAWI MOHD. ALI] | SASTERA | Penerbitan |