ASFIKSIA | Asfiksia ialah keadaan pengsan yang terjadi apabila paru-paru tidak menyediakan oksigen yang secukupnya kepada darah. Asfiksia timbul jika pernafasan terhenti atau terhalang. Darah membawa oksigen dari paru-paru ke sel tisu di seluruh tubuh. Sel-sel ini mesti mendapat oksigen untuk hidup. Jika darah tidak lagi menerima oksigen yang secukupnya dari paru-paru, maka sel-sel itu mula mengurai dan akhirnya mati. | UMUM | |
PEPANJAT | Tumbuhan yang memanjat pokok lain sebagai sokongan untuk membolehkannya memperoleh cahaya matahari secukupnya untuk fotosintesis. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Flora dan Fauna |
KREDIT | Kredit ialah institusi yang membolehkan seseorang yang memperoleh barang atau perkhidmatan, walaupun tidak mempunyai wang yang secukupnya untuk membayarnya. | UMUM | |
TARIAN HUJAN | Tarian hujan ialah upacara yang dilakukan oleh Orang Asli Amerika dari kawasan barat daya Amerika Syarikat untuk memohon kuasa semangat supaya menurunkan hujan bagi tanaman mereka. Mereka memohon kuasa semangat supaya hujan diturunkan secukupnya dan pada masa yang paling sesuai. Orang Asli Amerika biasanya mengadakan tarian ini pada musim bunga ketika musim menanam dan pada musim panas ketika tanaman sedang membesar. Setiap suku mempunyai upacara tersendiri untuk memanggil hujan. Contohnya, peserta tarian hujan suku Orang Asli Papago, menyanyi dan menari serta minum wain yang diperbuat daripada jus pokok kaktus. Suku Hopi pula menari sambil menggonggong ular orok-orok hidup untuk merangsang dewa mereka agar menurunkan hujan. | UMUM | |
NITRUS OKSIDA | Nitrus oksida ialah gas tanpa warna dan bau yang digunakan oleh doktor dan doktor gigi untuk membuatkan pesakit tidak merasai kesakitan. Dadah ini biasanya dikenali anestetik. Nitrus oksida lebih dikenali sebagai gas ketawa , kerana selepas menyedutnya, orang akan terangsang dan menjadi seperti orang bodoh. Nitrus oksida menyebabkan keadaan tidak sedarkan diri jika jumlah yang secukupnya disedut. | UMUM | |
MIOKARDITIS | Miokarditis ialah keradangan tisu otot yang membentuk dinding jantung. Otot-otot yang dinamakan miokardium, menjalankan tugas dengan mengepam jantung. Kes-kes miokarditis yang sederhana wujud tanpa dapat dikesan. Kes-kes yang teruk boleh menyebabkan jantung gagal berfungsi, suatu keadaan di mana jantung tidak dapat mengepam darah secukupnya seperti yang dikehendaki oleh badan. | UMUM | |
SEMBELIT | Sembelit ialah keadaan apabila usus tidak membuang bahan sisa semudah biasa. Orang yang sembelit tidak dapat membuang air besar dengan teratur, dan mungkin berasa sakit atau usus besarnya lemah. Mereka mungkin berasa pening kepala dan sakit tulang belakang. Sembelit boleh disebabkan oleh otot usus yang lemah atau kontraksi otot usus yang kuat tidak tetap. Sembelit juga boleh berlaku apabila seseorang sering mengambil julap atau tidak mengambil jenis makanan tertentu secukupnya, terutama makanan yang mengandungi serat. Sembelit juga boleh menimbulkan sakit yang tisu atau saraf usus, seperti ketumbuhan yang menyekat menjejaskan sebahagian usus kecil. | UMUM | |