| AUSTRALIAN SECURITY INTELLIGENCE ORGANIZATION | Australian Security Intelligence Organization (ASIO) mengumpul dan menilai maklumat yang diputuskan oleh ketua pengarahnya sebagai sesuatu yang ada hubung kait dengan keselamatan negara. Sebahagian maklumat ini adalah rahsia. Peguam Negara bertanggungjawab kepada Parlimen bagi pihak ASIO. | UMUM | Umum |
| ORGANIZATION | Australian Security Intelligence Organization (ASIO)] mengumpul dan menilai maklumat yang diputuskan oleh ketua pengarahnya sebagai sesuatu yang ada hubung kait dengan keselamatan negara. Sebahagian maklumat ini adalah rahsia. Peguam Negara bertanggungjawab kepada Parlimen bagi pihak ASIO. Kerajaan persekutuan menubuhkan ASIO pada tahun 1949. | UMUM | |
| PERSIDANGAN KESELAMATAN DAN KERJASAMA DI EROPAH | Persidangan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (Conference on Security and Cooperation in Europe – CSCE) ialah siri persidangan yang diadakan untuk meningkatkan kerjasama di antara negara-negara Timur dengan Barat Eropah. Sehingga akhir tahun 1991, peserta persidangan ini ialah Kesatuan Soviet dan semua negara di Eropah, termasuk Amerika Syarikat dan Kanada. Pada tahun 1991, Kesatuan Soviet berpecah dan menjadi beberapa buah negara yang merdeka. Sejak itu, Rusia menduduki kerusi Kesatuan Soviet, dan negeri- negeri yang dahulunya bernaung di bawah Kesatuan Soviet juga telah menyertai CSCE. Sebahagian daripada negara-negara tersebut adalah di Asia Barat dan Asia Tengah. Kini, kira-kira 50 buah negara secara rasmi menyertai CSCE. | UMUM | |
| PERSETIAAN HELSINKI | Persetiaan Helsinki adalah beberapa persetujuan antarabangsa yang dicapai hasil daripada Persidangan bagi Keselamatan dan Kerjasama in Eropah (Conference on Security and Cooperation di Europe – CSCE) pada tahun 1970-an dan tahun 1980- an. Persetiaan pertama dan paling penting dicapai bagi meningkatkan kerjasama antara negara-negara Eropah Timur dengan Eropah Barat. Persetujuan utama ditandatangani di Helsinki, Finland pada 1 Ogos 1975 oleh Kanada, Amerika Syarikat, Kesatuan Soviet, dan 32 anggota lain dalam CSCE yang hampir keseluruhannya adalah negara-negara Eropah. | UMUM | |
| RASCOM | RASCOM, pasukan kawalan keselamatan kawasan Rajang, Sarawak. Organisasi tentera yang terdiri daripada pelbagai bahagian di bawah pemerintahan bersama ini lebih dikenal sebagai Rajang Area Security Commad atau RASCOM dan ditubuhkan di Bahagian Ketiga Sarawak. Pada 25 Mac 1972, keseluruhan Bahagian Ketiga Sarawak diisytiharkan sebagai kawasan Keselamatan Istimewa oleh Dato’ Abdul Razak bin Hussein, Perdana Menteri Malaysia. Kawalan RASCOM meliputi kawasan Sibu, Kanowit, Mukah, Oya dan Dalat. Kawasan kawalan diperluaskan di Binatang (Bintagor), Sarikei dan Julau, serta Song dan Kapit. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |