SURUHANJAYA REID | Kapsyen1"> :1"> Dato’ Onn Jaafar sedang menunjukkan memorandum UMNO-MCA kepada Suruhanjaya Reid, semasa kempen Pilihan Raya 1955 SURUHANJAYA REID, badan yang dibentuk bagi mendraf perlembagaan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957. Badan ini terbentuk hasil daripada pertemuan dan perbincangan kemerdekaan Tanah Melayu di London dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956. Perbincangan tersebut telah dihadiri oleh Setia Usaha Tanah Jajahan, Pesuruhjaya Tinggi, Menteri Negeri United Kingdom dan wakil Perikatan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra dan wakil raja-raja Melayu yang diketuai oleh Dato’ Panglima Bukit Gantang. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
DARI AVE MARIA KE JALAN LAIN KE ROMA | DARI AVE MARIA KE JALAN LAIN KE ROMA, kumpulan cerpen, sketsa dan drama Idrus, setebal 168 halaman diterbitkan pada tahun 1948 oleh Balai Pustaka, Indonesia dan pernah diulang cetak sebanyak lima kali. Cetakan kelima, iaitu pada tahun 1975 diberi kata pendahuluan oleh H.B. Jassin. Karya ini terbahagi kepada tiga bahagian. Bahagian pertama, “Zaman Jepun” adalah hasil tulisan Idrus pada waktu awal kedatangan Jepun ke Indonesia. Bahagian kedua “Corat-coret di Bawah Tanah” ditulis semasa pendudukan Jepun di Indonesia. Bahagian ketiga mengandungi “Kisah Sebuah Celana Pendek” dan “Surabaya dan Jalan Lain ke Roma”, dihasilkan sesudah 17 Ogos 1945, iaitu setelah Jepun menyerah kalah dan ketika api revolusi menuntut kemerdekaan sedang marak. 1"> | SASTERA | Karya |