| PERSATUAN PEMBANGUNAN ANTARABANGSA | Persatuan Pembangunan Antarabangsa (International Development Association–IDA) ialah organisasi dunia yang menyediakan pinjaman kepada negara sedang membangun untuk projek pembangunan. IDA ditubuhkan pada tahun 1960 untuk membantu negara sedang membangun yang memerlukan bantuan kewangan tetapi tidak mendapat kemudahan pinjaman wang yang mencukupi berasaskan syarat-syarat biasa. | UMUM | |
| SUAMI RATU | Suami ratu ialah suami kepada ratu yang sedang memerintah. Di negara-negara yang membolehkan puteri raja mewarisi takhta kerajaan, suaminya tidak memakai gelaran raja. | UMUM | |
| TALKIN | Perlakuan mengajar ucapan kalimah syahadah dengan membisikkannya pada telinga seseorang mukmin yang sedang menghadapi saat kematian atau dalam keadaan sakaratul maut. | AGAMA | Konsep |
| HAK MENGGELEDAH | Hak menggeledah. Mengikut undang-undang antarabangsa, sesebuah negara yang sedang berperang berhak melawat dan menggeledah kapal dagang negara berkecuali. | UMUM | |
| KELOID | Keloid ialah tisu parut yang wujud di tempat luka yang sedang sembuh. Ia terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz. Ia biasanya timbul di atas permukaan kulit dan melepasi kecederaan asal pada kulit. Keloid terhasil daripada pengeluaran berlebihan tisu penghubung berserabut pada dermis (lapisan dalam kulit). Ia sering timbul selepas kulit cedera akibat laserasi atau pembedahan, tetapi ia boleh juga timbul dengan spontan. Keloid boleh dibuang melalui pembedahan, tetapi ia kerap muncul semula beberapa minggu atau bulan kemudian. | UMUM | |
| DUNIA KETIGA | Dunia Ketiga ialah nama yang kadangkala diberikan kepada negara yang sedang membangun dari segi ekonomi, terutamanya negara di benua Asia, Afrika, dan Amerika Latin. | UMUM | |
| MAYA | Maya ialah sejenis ilusi optik. Maya mungkin berlaku ketika seseorang sedang memandu dan ternampak sesuatu yang kelihatan seperti sekumpulan air di jalan berturap yang panas di hadapannya. | UMUM | |
| KATA DUA | Kata dua ialah satu cadangan ataupun desakan terakhir yang dibuat oleh salah satu pihak yang sedang berunding. | UMUM | |
| PERGERAKAN | Pergerakan terjadi apabila sesuatu objek bertukar tempat di dalam ruang. Pergerakan ialah istilah bandingan dan bukannya istilah mutlak. Sesuatu objek berkemungkinan berada dalam pergerakan bagi sesuatu objek lain tetapi berkemungkinan juga pegun bagi objek ketiga. Contohnya, andaikan anda sedang menaiki kereta api dan melewati seseorang yang sedang berdiri di tepi landasan. Orang yang berdiri di tepi landasan akan melihat anda dan penumpang lain di atas kereta api seperti sedang bergerak, tetapi penumpang yang duduk di sebelah anda di dalam kereta api sebenarnya duduk tetap pada pandangan anda. | UMUM | |
| PERCEVAL, SPENCER | Perceval, Spencer (1762–1812) ialah satu- satunya perdana menteri British yang dibunuh semasa memegang jawatan. Pada 11 Mei 1812, ketika sedang memasuki lobi Dewan Rakyat, dia ditembak oleh John Bellingham. Semasa dibicarakan, Bellingham merayu dengan mengatakan bahawa dia tidak siuman ketika membunuh Perceval. Tetapi dia didapati bersalah dan digantung sampai mati pada 18 Mei. Perceval menjadi perdana menteri selama tiga tahun semasa Perang Napoleon. | UMUM | |