PEMINJAMAN BAHASA THAI | 1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PEMINJAMAN BAHASA THAI, proses peminjaman dalam bahasa Melayu. Walaupun sebahagian negeri di pesisir timur Tanah Melayu seperti Kelantan dan Terengganu berada di bawah naungan Siam (Thailand) pada awal abad ke-18, tetapi pengaruh bahasa Thai terlalu sedikit. | BAHASA | Konsep |
TAMARIN | Tamarin ialah sejenis monyet kecil yang tinggal di hutan hujan tropika di Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Tamarin berkaitan rapat dengan marmoset, tetapi ia lebih besar sedikit (lihat Marmoset ). Tamarin membesar sehingga kira-kira 30 sentimeter panjangnya, tidak termasuk ekornya, yang mungkin sehingga 45 sentimeter panjangnya. Beratnya sehingga 1 kilogram. | UMUM | |
NEUROFIBROMATOSIS | Neurofibromatosis , singkatannya NF, ialah gangguan yang diwarisi yang tidak boleh diubati dan menjejaskan sistem saraf dan kulit. Penyakit ini kadangkala dikenali sebagai penyakit elephant man kerana Joseph Merrick, lelaki Inggeris yang disalah anggap menghidap kes penyakit neurofibromatosis yang teruk. Neurofibromatosis mungkin berbeza-beza berdasarkan keterukannya, iaitu dari gangguan yang sedikit sehingga menjadi bentuk yang teruk. Terdapat dua bentuk neurofibromatosis, iaitu NF-1 dan NF-2. | UMUM | |
TERATAI | Teratai ialah nama biasa bagi banyak jenis tumbuhan. Teratai yang dikenali di kebanyakan tempat adalah telipuk Mesir. Telipuk Mesir biasa dilihat di sepanjang Sungai Nil dan anak sungai yang berhampiran dengannya. Tumbuhan ini mempunyai bunga putih atau unguros yang lebarnya mungkin 30 sentimeter. Bunganya tumbuh pada tangkai yang lemah, 1.2 meter hingga 2.4 meter panjangnya, dan timbul hanya sedikit di atas permukaan air. Daunnya kembang di atas permukaan air. Teratai adalah bunga suci bagi orang Mesir, India dan Cina. Ia juga adalah bunga kebangsaan India . Satu spesies teratai terdapat dalam seni lukis Mesir purba. | UMUM | |