SEGENTING | Segenting ialah jalur tanah sempit yang menghubungkan tanah besar. Sesetengah segenting menghubungkan dua benua. Segenting Panama menghubungkan Amerika Utara dengan Amerika Selatan. Segenting yang lain pula menghubungkan benua dengan semenanjung. Segenting Kra terletak di antara Thailand (Siam) di Asia dengan Semenanjung Tanah Melayu (Malaysia). | UMUM | |
SEGENTING TEHUANTEPEC | Segenting Tehuantepec membentuk bahagian yang paling sempit di Mexico. Ia terletak di antara Teluk Campeche dengan Teluk Tehuantepec, dan merangkumi bahagianbahagian negeri Veracruz dan Oaxaca. Untuk lokasi, lihat Mexico (peta rupa bumi). Segenting ini mempunyai simpanan petroleum dan sulfur yang banyak. Ia berukuran 210 kilometer lebar pada bahagian yang paling sempit. Kebanyakan tanahnya ialah tanah rendah tropika. Kaki bukit pergunungan Sierra Madre terletak di selatan. | UMUM | |
TERUSAN PANAMA | Terusan Panama ialah jalan air yang dibina merentas Segenting Panama dan menghubungkan Lautan Atlantik dengan Lautan Pasifik. Terusan ini adalah salah satu kejayaan kejuruteraan yang paling besar di dunia. Setelah siap dibina pada tahun 1914, terusan itu memendekkan perjalanan kapal di antara New York City dengan San Francisco hingga menjadi tidak sampai 8370 kilometer. Sebelumnya, kapal yang membuat perjalanan ini terpaksa belayar mengelilingi Amerika Selatan – suatu jarak yang melebihi 20 900 kilometer. | UMUM | |
ZON TERUSAN PANAMA | Zon Terusan Panama ialah sejalur tanah di sepanjang Segenting Panama yang ditadbirkan oleh Amerika Syarikat dari tahun 1903 hingga tahun 1979. Terusan Panama, iaitu jalan air yang menghubungkan Lautan Atlantik dengan Lautan Pasifik, merentas bahagian tengah zon ini. | UMUM | |
PANAMA | Panama ialah sebuah negara kecil di Amerika Tengah. Negara ini penting kepada seluruh dunia sebagai pusat pengangkutan. Negara ini meliputi Segenting Panama, iaitu sejaluran sempit tanah yang memisahkan Lautan Atlantik dengan Lautan Pasifik berdekatan dengan bahagian tengah Hemisfera Barat. Segenting itu direntas oleh Terusan Panama bagi menghubungkan kedua-dua lautan tersebut. Beribu-ribu buah kapal menggunakan terusan ini setiap tahun untuk pergi dari sebuah lautan ke lautan yang lain. Dengan berbuat begitu, kapal-kapal ini dapat mengelakkan pelayaran yang jauh mengelilingi hujung selatan benua Amerika Selatan. Oleh yang demikian, Panama memainkan peranan yang utama dalam sistem pengangkutan dunia. Kadang-kadang negara ini juga dikenali sebagai Persimpangan Jalan Dunia disebabkan peranannya itu semenjak tahun 1914. | UMUM | |
CHAYA | CHAYA, bandar yang terletak di Teluk Ban Don, sekitar Segenting Kra, Wilayah Surat Thani, Thailand. Pada zaman protosejarah, Chaya menguasai kedua-dua pantai Segenting Kra dan kawasan sekelilingnya, iaitu Takuapa, Takuathung dan Teluk Ban Don. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
SEMENANJUNG | Semenanjung ialah kawasan daratan yang hampir dikelilingi oleh air. Beberapa semenanjung, seperti India, bercantum dengan tanah besar oleh tapak yang luas. Ada juga yang dihubungkan oleh jalur tanah yang sempit, yang dikenali sebagai genting (lihat Segenting ). Arab Saudi adalah semenanjung yang paling besar di dunia meliputi keluasan kira-kira 2 600 000 kilometer persegi. | UMUM | |
PERJANJIAN HAY-PAUNCEFOTE | Perjanjian Hay-Pauncefote membolehkan Amerika Syarikat membina Terusan Panama. Ia telah ditandatangani oleh Amerika Syarikat dan Great Britain pada tahun 1901. Perjanjian tersebut memberi kuasa hanya kepada Amerika Syarikat untuk membina atau mengawasi kerja-kerja pembinaan terusan yang merentangi segenting di Amerika Tengah dan juga hak untuk menguruskannya. Semua negara dikenakan bayaran laluan yang adil dan sama dan menikmati hak yang sama rata sewaktu aman. Pada masa peperangan, Amerika Syarikat boleh menutup terusan itu kepada mana-mana negara. Great Britain mengakui bahawa Amerika Syarikat juga mempunyai kuasa untuk mengukuh dan mempertahankan terusan tersebut. | UMUM | |
SANTA FE TRAIL | Santa Fe Trail ialah salah satu jalan komersial yang paling panjang di Amerika Syarikat dalam era prakereta api. Jalan ini bermula di Independence, Missouri dan berakhir di Santa Fe, New Mexico, sejauh 1260 kilometer. Karavan pedagang bergerak ke Council Grove, Kansas dan terus ke Sungai Arkansas berhampiran Cimarron, Kansas. Di sana jalan itu berpecah. Satu cabang menuju ke Sungai Arkansas hingga ke Bent’s Fort (berhampiran La Junta, Colorado), kemudian berbelok ke barat daya menyeberangi Segenting Raton ke hulu Sungai Kanada di New Mexico. Satu lagi cabang yang dikenali sebagai Cimarron Crossing, merentasi dataran yang luas dan kering. Pengembara mengangkut barangan mereka menggunakan kuda dan kemudian menggunakan wagon. Santa Fe Trail dibuka pada tahun 1821. | UMUM | |
AMERIKA | Amerika ialah dataran besar di Hemisfera Selatan. Amerika terdiri daripada Amerika Utara dan Amerika Selatan. Tanah besar Amerika ialah dataran yang terpanjang di bumi, dari utara ke selatan. Jarak yang paling jauh dari utara ke selatan pula ialah 14 000 kilometer, dari Semenanjung Boothia di Kanada hingga ke Cape Froward di Chile. Titik paling hujung ke barat benua tersebut terletak di Semenanjung Seward di pantai barat Alaska. Bahagian timur laut Brazil ialah titik paling hujung ke timur. Amerika juga meliputi banyak pulau yang terletak di utara, selatan, timur, dan barat benua tersebut. Amerika Utara dan Amerika Selatan dihubungkan oleh satu jambatan darat yang paling sempit di Segenting Panama. | UMUM | Umum |