Serangan dan serang-sentuh ialah istilah undang-undang yang melibatkan ancaman dan perbuatan fizikal. Perbuatan menyerang menyebabkan mangsa dalam ketakutan akan menerima perbuatan ganas dengan segera. Ancaman lisan mungkin merupakan serangan. Mengangkat belantan atau mengancamkan penumbuk merupakan serangan, walaupun pukulan sebenarnya tidak terjadi, melainkan kalau orang yang diancam itu begitu jauh hingga tidak memungkinkan kekerasan dilakukan. Seseorang yang menghalakan muncung senapang kepada sekumpulan orang ramai mungkin didapati bersalah kerana serangan terhadap setiap orang dalam kumpulan orang ramai tadi. Serang-sentuh ada kaitannya dengan pukulan sebenarnya ataupun kecederaan fizikal yang lain. Kedua-dua perbuatan salah ini biasanya terjadi bersama- sama dan biasanya dihukum sebagai satu kesalahan. Tiada serangan akan berlaku jika seseorang berhak mengancam atau menimpakan kecederaan. Seseorang boleh mengusir pengganggu dari rumahnya dengan paksaan yang wajar. |