Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ség.men] | سيݢمن

Definisi : (ségmen) 1. bahagian (dr sesuatu), penggal; 2. (Bio) bahagian dr binatang yg beruas-ruas (cacing, serangga, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ség.men] | سيݢمن

Definisi : /ségmen/ 1 bahagian drpd sesuatu yg telah dipotong. 2 bahagian badan binatang dll yg beruas-ruas, spt badan cacing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
segmen (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan bahagian, penggal, keratan, babak, bab, komponen, seksyen, fasal, kategori, peringkat, episod.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUZIK RAP

Muzik rap ialah suatu bentuk muzik popular

yang pada umumnya ditutur atau diratibkan

berulang-ulang dengan rentak yang cepat,

berbanding nyanyian. Rap dipersembahkan

dengan iringan muzik yang menekankan ritma

daripada melodinya. Sering kali iringan muzik ini

terdiri daripada segmen-segmen pendek daripada

muzik yang dirakamkan dahulu dan digabungkan

dengan corak-corak baru.

UMUM 
DIAMETER

Diameter, dalam geometri ialah jarak satu garis

lurus segmen yang merentas di tengah-tengah

bulatan atau sfera, dan mencecah sempadan rajah

pada titik bertentangan. Diameter juga nama untuk

garisan segmen.

UMUM 
POLIGON

Poligon ialah rajah satah yang disempadani oleh

segmen garis yang dikenali sebagai sisi . Jumlah

panjang semua sisi pula ialah perimeter . Sudut

yang terbentuk oleh sisi adalah sudut poligon,

manakala titik pertemuan semua sisinya ialah

verteks poligon tersebut. Poligon yang mempunyai

tiga sisi dikenali sebagai segi tiga; empat sisi, segi

empat; lima sisi, pentagon; enam sisi, heksagon;

tujuh sisi, heptagon; lapan sisi, oktagon;

sembilan sisi dikenali sebagai nonagon; sepuluh

sisi, dekagon; sebelas sisi, hendekagon; dan dua

belas sisi, dodekagon.

UMUM 
KROKUS

Krokus ialah tumbuhan berbunga bak herba yang

tumbuh di selatan Eropah dan Asia dan ditanam

di banyak kawasan di dunia. Ia tumbuh daripada

batang tebal bak bebawang yang disebut umbisi.

Daunnya seperti daun rumput yang besar. Bunga

krokus tumbuh pada aras tanah. Setiap kuntum

terdiri daripada enam segmen, dan mempunyai

tiga stamen dan satu pistil. Sesetengah krokus

berbunga awal musim bunga, dan ada pula yang

mekar pada musim gugur.

UMUM 

Kembali ke atas