RANCANGAN PERGUNUNGAN SNOWY | Rancangan Pergunungan Snowy ialah projek hidroelektrik dan pengairan yang sangat besar di tenggara Australia. Projek kejuruteraan ini sungguh besar sehinggakan Persatuan Jurutera Awam Amerika menggelarnya sebagai satu daripada Tujuh Keajaiban Dunia Kejuruteraan. | UMUM | |
PETRARCH | Petrarch (1304–1374) ialah penyair dan sarjana Itali yang agung. Puisi cintanya tidak ada saingan pengaruh dalam dunia kesusasteraan. Dia juga seorang sarjana yang dihormati sehinggakan pemerintah dan Paus meminta khidmatnya. Petrarch mendahului dalam menemukan kehebatan penulis- penulis klasik dan membantu memulakan pergerakan yang kemudiannya dikenali sebagai humanisme . Penulis Latin seperti Cicero dan Livy mungkin tidak akan dikenali hari ini sekiranya Petrarch tidak menemui tulisan-tulisan mereka yang terpadam dalam perpustakaan di biara-biara. | UMUM | |
EUTROFIKASI | Eutrofikasi ialah proses yang mempunyai kesan ke atas tasik dan jasad air yang lain. Semasa proses eutrofikasi, kualiti air yang terlibat akan turun begitu ketara sehinggakan air ini tidak lagi boleh digunakan oleh manusia | UMUM | |
MUTHANNA IBN HARITHAH, AL- | Muthanna ibn Harithah, al- ( ?–14 H./ ?–635 M.), pemimpin terkenal dalam pembukaan negeri-negeri baru Islam. Nama penuhnya ialah al- Muthanna ibn Harithah ibn Salmah al-Ansariy. Dia memeluk Islam pada tahun kesembilan Hijrah bersama-sama sebahagian daripada kaumnya. Al- Muthanna ibn Harithah ialah orang berkulit hitam yang pertama di kalangan orang Iraq sehinggakan Sayidina Abu Bakar mudah mengenalinya. Dia telah dilantik oleh Sayidina Abu Bakar sebagai pemimpin bagi kaumnya. Khalid ibn al-Walid menghantar bantuan kepadanya sebagai permulaan pembukaan Iraq dan Parsi. Sayidina ‘Umar turut membantunya dengan menghantar tentera yang dipimpin oleh Abu ‘Ubayd ibn Mas‘ud al-Thaqafiy. Apabila Abu ‘Ubayd terbunuh, Sayidina ‘Umar menggantikannya dengan Sa‘d ibn Abu Waqqas. Namun begitu, al-Muthanna ibn al- Harithah meninggal dunia sebelum ketibaan Sa‘d ibn Abu Waqqas. Lihat Syam. | UMUM | |
SERIBU SATU MALAM | Seribu Satu Malam ialah sebuah koleksi hikayat yang diceritakan oleh seorang perempuan yang bernama Shahrazad kepada Sultan Shahriyar. Sultan Shahriyar ialah seorang raja yang telah bertukar menjadi kejam sejak dikhianati oleh isterinya. Pada setiap malam, baginda mengambil seorang anak dara lalu dinodainya, dan dibunuhnya pada malam itu juga. Rakyat menjadi takut dan melarikan anak-anak perempuan mereka sehinggakan tidak terdapat lagi anak gadis di bandar itu kecuali Shahrazad, iaitu anak kepada seorang menteri. | UMUM | |
MENGGOLEK BALAK | Menggolek balak bermula pada tahun 1840-an di kem balak di Kanada dan di utara Amerika Syarikat. Pembalak menjadi begitu mahir “menunggang” kayu-kayu balak di sungai, iaitu dari hutan hingga ke kilang papan dan mereka mengadakan pertandingan untuk mendapatkan pada setiap bahagian hujung kayu balak yang terapung dan cuba menggolek kayu balak dengan begitu laju sekali dengan kaki mereka, atau mengundurkan pergerakannya dengan cepat sekali, sehinggakan lawannya jatuh ke dalam air. | UMUM | |
MUHAMMAD IBN ‘ABD AL-RAHMAN | Muhammad ibn ‘Abd al-Rahman (207 H.–273 H.), salah seorang pemerintah kerajaan Umayyah di Andalus. Nama penuhnya ialah Muhammad ibn ‘Abd al-Rahman ibn al-Hakam ibn Hashim al-Umawiy. Muhammad ibn ‘Abd al-Rahman lahir di Cordova dan meninggal dunia di sana juga. Pada tahun 238 H./802 M., Muhammad mengambil alih pemerintahan selepas kematian bapanya. Dia suka berbuat baik kepada rakyat jelata, cerdik, adil dan amat dikasihi oleh penduduk negara-negara merdeka pada zamannya sehinggakan musuhnya Bani Midrar Basjalmasah dan Muhammad ibn Aflah sering mengadakan perundingan dengannya. Dia banyak melakukan serangan ke atas negara Perancis. Muhammad ibn ‘Abd al-Rahman dianggap sebagai seorang ahli balaghah dan sastera. | UMUM | |
KHATIJAH TERUNG | HATIJAH TERUNG (1885-1955), penulis Indonesia. Dia lahir di Pulau Penyengat, Riau, Indonesia. Dia lebih dikenal sebagai wanita yang mempunyai kehebatan dalam ilmu polong berbanding sebagai penulis. Nama timbangan ‘Terung’ kepada Khatijah diberi oleh suaminya, Raja Haji Abdullah kerana kulit Khatijah yang cerah laksana terung putih. Semenjak itu, perkataan terung sudah menjadi sebati dengan Khatijah, sehinggakan wanita itu dikenal sama ada Khatijah Terung atau Mak Terung. | SASTERA | Tokoh |