SIGISMUND | Sigismund (1368–1437) ialah Maharaja Rom Holy dari tahun 1410 sehinggalah kemangkatannya. Baginda juga memerintah sebagai raja untuk Hungary dan Bohemia. Sigismund membantu menamatkan pertelagahan Great Schism iaitu pertelagahan dalam Gereja Roman Katolik yang melibatkan paus yang berebut kuasa (lihat Paus [Masalah dalam jawatan paus]). | UMUM | |
SISTEM PERPULUHAN | Sistem perpuluhan ialah satu cara menulis nombor. Sebarang nombor, daripada kuantiti yang besar sehinggalah pecahan yang kecil boleh ditulis dalam sistem perpuluhan dengan hanya menggunakan sepuluh simbol asas iaitu 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 dan 0. Nilai mana-mana simbol ini bergantung pada kedudukannya dalam sesuatu nombor. Contohnya simbol 2, mempunyai nilai yang sama sekali berbeza dalam nombor 832 berbanding 238 kerana 2 berada pada kedudukan yang berlainan dalam setiap nombor tadi. Oleh sebab nilai simbol bergantung pada kedudukannya dalam sesuatu nombor, sistem perpuluhan tersebut dikenali sebagai sistem tempat-nilai. | UMUM | |
EARL | Earl ialah darjat kebesaran terawal bangsawan Inggeris. Ia juga merupakan gelaran diraja tertinggi sehinggalah Black Prince dilantik menjadi Duke of Cornwall pada tahun 1337. | UMUM | |
KETUA PADERI | Ketua paderi ialah ketua keagamaan Yahudi pada zaman Bible sehinggalah kuil milik orang Yahudi di Jerusalem binasa pada tahun 70 M. | UMUM | |
KAWALAN JAUH | Kawalan jauh ialah pengawalan sesuatu sistem dari jarak jauh. Sistem ini digunakan untuk set televisyen sehinggalah kepada peluru berpandu atau satelit. Jaraknya mungkin hanya beberapa meter atau sampai beribu-ribu kilometer. | UMUM | |
ALKIMIA | Alkimia ialah gabungan sains kuno, sihir dan falsafah mistik. Ia terkenal pada awal penyebaran agama Kristian sehinggalah kira-kira pada tahun 1700. Alkimia mencuba mengubah logam yang tidak bernilai menjadi perak dan emas. | UMUM | |
YOUNG, EDWARD | Young, Edward (1683–1765), penyair Inggeris. Hasil karyanya yang akhir merupakan sebahagian daripada gaya puisi cerdik dan imitatif England era Augustan sehinggalah kepada puisi gaya yang lebih memberahikan dan penuh gaya khayalan di era romantik. | UMUM | |
KESUSASTERAAN UNTUK KANAK-KANAK | Kesusasteraan untuk kanak-kanak terbahagi kepada dua jenis: kesusasteraan yang ditulis khas untuk pembaca muda – dari peringkat prasekolah sehinggalah ke peringkat remaja – dan kesusasteraan yang pembaca muda telah gunakan untuk diri mereka sendiri. Lebih daripada 100 000 jenis buku yang berlainan diterbitkan pada setiap tahun untuk kanak-kanak, iaitu pembaca berbahasa Inggeris sahaja, dari buku bergambar, puisi, dan cerita rakyat sehinggalah novel dan buku pengetahuan. United Kingdom dan Amerika Syarikat telah mempunyai pengaruh yang besar terhadap buku kanak-kanak di seluruh dunia, tetapi hampir kesemua negara mempunyai tradisi mereka sendiri yang mungkin jadi jauh berbeza tradisinya. Di India dan Afrika, sebagai contoh, kanak-kanak berkongsi cerita lisan dengan orang dewasa. Hanya apabila negara itu telah dijajah oleh orang Eropah, maka barulah cerita ditulis dan dibahagikan kepada cerita untuk kanak-kanak dan cerita untuk orang dewasa. | UMUM | |
SEPANYOL | Sepanyol, negara yang terletak di Eropah Barat terkenal dengan perlawanan lembunya yang meriah, cuacanya yang cerah, dan cerita istana kotanya yang menarik. Sepanyol merupakan salah sebuah negara yang paling mundur di Eropah Barat sehinggalah pertengahan tahun 1900-an. Kebanyakan penduduknya terdiri daripada peladang miskin. Seterusnya, menjelang tahun 1950-an dan 1960-an, pertumbuhan ekonomi yang pesat telah menukarkan Sepanyol menjadi sebuah negara perindustrian. | UMUM | |
MOTHERWELL, ROBERT | Motherwell, Robert (1915–1991), pelukis ekspresionis abstrak Amerika yang penting. Motherwell terkenal kerana beberapa siri lukisannya. Tetapi kebanyakan lukisannya membawa tema yang pelbagai, daripada bentuk-bentuk besar yang kejam dan mengancam sehinggalah kepada lembut dan mesra. | UMUM | |