SENJANG BUDAYA | Senjang budaya ialah kegagalan beberapa bahagian kebudayaan untuk menjadi seiring dengan bahagian-bahagian lain yang berkaitan. William F. Ogburn, ahli sosiologi Amerika, memperkenalkan istilah ini pada tahun 1920-an. Dia menegaskan bahawa perkembangan teknologi menyebabkan perubahan pesat berlaku pada kebudayaan kebendaan , termasuk perumahan, jentera, dan proses industri. Tetapi dia melihat bahawa kebudayaan bukan kebendaan , termasuk idea, nilai, dan sistem sosial, biasanya berada terbelakang daripada kebudayaan kebendaan | UMUM | |
PERCETAKAN | Percetakan ialah satu daripada media komunikasi massa yang amat penting, seiring dengan radio, televisyen, dan filem. Percetakan menjadi asas kepada kebanyakan sistem pendidikan kita. Perniagaan moden bergantung pada percetakan untuk semua perkara, daripada slip penyata jualan kepada wang dan sijil saham. Pengiklanan bergantung sebahagiannya pada percetakan untuk menjual barangan. | UMUM | |
ABIM | ABIM, sebuah pertubuhan Islam peringkat kebangsaan. ABIM ialah singkatan bagi Angkatan Belia Islam Malaysia. ABIM ditubuhkan pada tahun 1971, iaitu seiring dengan permulaan era kebangkitan Islam di Malaysia. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |
KESUSASTERAAN MELAYU MODEN | KESUSASTERAAN MELAYU MODEN, kesusasteraan yang berkembang di Malaysia bermula pada tahun 1800 M., semenjak kelahiran karya Abdullah Munsyi, iaitu Kisah Pelayaran Abdullah (1838) dan Hikayat Abdullah (1840), sehingga zaman kini. Kesusasteraan Melayu moden tumbuh seiring dengan perkembangan akhbar dan majalah terhasil daripada pengenalan alat cetak di Malaysia selepas tahun 1800. | SASTERA | Konsep |