Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[séis.mo.lo.gi] | سيسمولوݢي

Definisi : (séismologi) kajian saintifik ten-tang fenomena gempa bumi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[séis.mo.lo.gi] | سيسمولوݢي

Definisi : /séismologi/ ist kajian ttg gempa bumi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seismologi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEISMOLOGI

Seismologi ialah kajian tentang gelombang

seismik (gelombang kejutan) yang dihasilkan

oleh gempa bumi atau letupan. Ahli seismologi

mengkaji gelombang ini untuk mempelajari

gempa bumi dan struktur bumi. Seismologi

membentuk satu cabang geofizik, iaitu sains yang

menggunakan fizik untuk mengkaji bumi dan

atmosferanya.

UMUM 
JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

Jabatan yang menyediakan secara saintifik amaran atau ramalan dan maklumat berhubung dengan cuaca, iklim dan fenomena seismologi di Malaysia.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANInstitusi/Organisasi
SEISMOGRAF

Seismograf ialah alat yang menguatkan dan

merakamkan pergerakan kecil bumi. Daripada

rakaman ini, ahli sains yang dikenali sebagai ahli

seismologi boleh menentukan lokasi dan keamatan

gempa bumi. Ahli sains juga menggunakan

seismograf untuk mencari minyak, mengkaji

bahagian dalam bumi, dan mengukur ketebalan

glasier.

UMUM 
LI SIGUANG

Li Siguang (1889–1971), ahli geologi China.

Dia memberi sumbangan penting kepada sains

palaeontologi (kajian tentang fosil), glasiologi

(kajian tentang glasier), dan seismologi (kajian

tentang gempa bumi). Li Siguang mengasaskan

disiplin ilmu baharu iaitu mekanik geologi.

Disiplin ini ialah cabang ilmu geologi, yang

membincangkan aspek tegasan dan terikan.

Teorinya tentang geomekanik memainkan peranan

penting dalam penemuan beberapa telaga minyak

yang besar di China. Karya utamanya termasuk

Quartenary Glaciation in the Lushan Area , Central

China (1947), dan Introduction to Geomechanics

(1962).

UMUM 
SENTROSFERA

Sentrosfera ialah teras dalam bumi. Ia juga

dikenali sebagai barisfera. Diameternya lebih

kurang 2500 kilometer. Ahli sains percaya bahawa

sebahagian besar sentrosfera terdiri daripada besi

dan nikel.

Lihat juga Seismologi .

UMUM 

Kembali ke atas