Deklarasi Sejagat Hak Asasi Manusia
diterima oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu pada 10 Disember 1948.
Ia mengandungi tanggungjawab sivil, ekonomi,
politik dan hak sosial serta kebebasan setiap
manusia di dunia ini. Deklarasi Sejagat Hak Asasi
Manusia ini menyatakan bahawa semua manusia
dilahirkan bebas dan mempunyai maruah dan hak
yang sama. Pengenalannya menyatakan bahawa
deklarasi ini dibuat berfungsi sebagai standard
umum pencapaian untuk semua manusia dan
semua negara.
Millay, Edna St. Vincent (1892–1950) ialah
penyair Amerika. Kebanyakan puisinya bertema
romantik. Dia menulis tentang cinta dan kematian,
tentang diri dan alam sejagat, dan tentang perasaan
anak muda yang memberontak. Dalam
menghasilkan puisi ini, dia menggabungkan sikap
sentimental dengan jenaka pintar dan kecanggihan.
Dunia ialah planet bumi yang dipandang
istimewa sebagai tempat tinggal manusia dan
hidupan lain. Bumi hanyalah salah satu daripada
elemen yang tidak terhingga bilangannya di alam
sejagat ini.
Min waktu solar yang dilihat di Royal Observatory Greenwich yang terletak di London, England. Namun penggunaannya merujuk kepada Koordinasi Masa Sejagat (Coordinated Universal Time – UTC) di mana ia telah dijadikan waktu zon bagi seluruh dunia.
Descartes, René (1596–1650) ialah ahli
falsafah, ahli matematik dan ahli sains Perancis.
Dia lebih dikenali sebagai bapa falsafah moden.
Descartes telah mencipta analitik geometri dan
juga merupakan ahli falsafah yang pertama
menerangkan falsafah alam sejagat dalam
istilah jirim dan pergerakan.
Mayer, Julius Robert von (1814–1878) ialah
doktor dan ahli fizik Jerman. Dia bersama-sama
James Joule, berkongsi penghargaan kerana
menemukan hukum keabadian tenaga sejagat.
Neruda, Pablo (1904–1973), penyair Chile,
menerima Hadiah Nobel bagi bidang
kesusasteraan pada tahun 1971. Kebanyakan
pengkritik menganggap Neruda sebagai penyair
Amerika-Latin yang terbaik pada zamannya. Dia
menggunakan fahaman surealisme, keganasan,
imej bawah sedar dan simbol peribadi yang tinggi
sehingga menjadikan puisinya kadangkala sukar
untuk difahami. Hasil kerjanya adalah berhubung
dengan deria kelam-kabut sejagat.
Poseidon ialah dewa laut, dewa gempa bumi dan
dewa kuda orang Yunani. Orang Rom menganggap
Poseidon sama dengan dewa Neptune mereka.
Poseidon merupakan anak kepada Rhea dan
Cronus, dari keturunan dewa-dewa yang digelar
Titan. Dewa Zeus dan Hades merupakan saudara
kandung Poseidon. Apabila ketiga-tiga bersaudara
ini mengundi untuk membahagikan alam sejagat,
Poseidon mendapat laut sebagai kawasan di bawah
penguasaannya, Zeus mendapat syurga dan Hades
mendapat alam ghaib. Ketiga-tiga bersaudara ini
memerintah bumi, tetapi Zeus yang menguasai
keseluruhannya.
KERUSI TUN ABDUL RAZAK, pembiayaan untuk Pengajian Asia Tenggara di Pusat Pengajian Antarabangsa, University of Ohio oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di Kuala Lumpur yang bermula pada tahun 1980. Kerusi ini didedikasikan kepada Tun Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia yang pertama dan Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Kerusi ini ditubuhkan bagi meneruskan semangat dan usaha yang telah dibina olehnya bagi manfaat manusia sejagat. Kerusi ini ditaja dan dibiayai bersama oleh kerajaan Malaysia dan beberapa buah firma Amerika yang beroperasi di Malaysia. University of Ohio pula memberi keperluan asas yang lain bagi membiayai seorang sarjana Malaysia untuk bertugas di universiti tersebut.
Thanks for clicking. That felt good.