Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sejam


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEGRAVE, SIR HENRY

Segrave, Sir Henry (1896–1930) ialah wira

British dalam zaman awal perlumbaan motor. Dia

telah memecahkan rekod dunia kelajuan di darat

sebanyak tiga kali – pada tahun 1926, 1927, dan

1929. Dia mencapai kelajuan 231 batu (372

kilometer) sejam pada tahun 1929. Segrave

terbunuh semasa cuba memecahkan rekod dunia

kelajuan di atas air kepada 98.76 batu (158.94

kilometer) sejam. Trofi Segrave, diberi kepada

orang British yang menunjukkan potensi

pengangkutan melalui darat, udara, atau air, yang

paling baik, telah dinamakan sempena namanya.

Segrave lahir di Edmonton.

UMUM 
TERJUN UDARA

Terjun udara ialah sukan bagi seorang atau

lebih yang terjun dari kapal terbang dan jatuh

secara bebas sebelum payung terjun kembang.

Penerjun udara biasanya terjun pada altitud

sehingga 4600 meter dan jatuh pada kelajuan lebih

daripada 160 kilometer sejam. Mereka

mengembangkan payung terjun pada altitud 600

meter hingga 900 meter dan kemudian meluncur

ke bumi pada kelajuan kira-kira 16 kilometer sejam.

Dalam terjun udara tepat, penerjun cuba terjun

menepati sasaran kira-kira 5 sentimeter diameter.

Dalam terjun udara berpasukan, satu pasukan

penerjun udara terjun bebas bersama-sama

membuat formasi berbentuk geometri.

UMUM 
TAUFAN

Taufan ialah ribut tropika tekanan rendah yang

berlaku di barat Lautan Pasifik. Taufan adalah

seakan-akan hurikan (lihat Hurikan ). Taufan

bermula berhampiran khatulistiwa dan bergerak ke

barat, sambil menambah kekuatan dan saiznya. Ia

akan mara dengan perlahan, biasanya lebih kurang

15 kilometer hingga 25 kilometer sejam. Tetapi

angin yang berputar di tengah adalah sangat kuat,

dengan kelajuan 240 kilometer sejam. Garis pusat

sesuatu taufan boleh berukuran 480 kilometer.

UMUM 
STEPHENSON, GEORGE

Stephenson, George (1781–1848) ialah jurutera

British, hasil reka ciptanya membantu pembinaan

sistem laluan kereta api British. Kemahiran

Stephenson memperbaiki enjin pengangkut batu

arang di dalam lombong menyebabkan dia

mendapat gelaran “doktor enjin”. Akhirnya dia

membuat keputusan untuk membina lokomotifnya

sendiri. Lokomotifnya yang pertama, Blücher

(1814), mampu menarik lapan gerabak batu arang

pada kelajuan 6 kilometer sejam. Kemudian,

Stephenson memperkenalkan penggunaan stim

yang disalurkan daripada silinder yang dapat

meningkatkan tekanan angin dalam kotak api. Api

akan menjadi semakin panas dan ini menghasilkan

stim yang bertekanan lebih tinggi. Sebuah lagi

lokomotif ciptaannya, Rocket (1829) bergerak selaju

46 kilometer sejam; satu kelajuan yang belum

pernah dicapai sebelum ini. Lokomotif tersebut

merupakan model bagi lokomotif stim yang dibina

seterusnya.

UMUM 
ROADRUNNER

Roadrunner ialah burung yang terbang pantas,

yang hidup di atas tanah, yang terdapat di semak

samun di barat daya Amerika Syarikat dan Mexico.

Roadrunner boleh terbang, tetapi ia paling selesa

tinggal di atas tanah. Ia boleh berlari selaju 24

kilometer sejam. Nama roadrunner datangnya

daripada tabiat burung ini yang suka berlari di

jalan raya di hadapan kenderaan yang bergerak

dan kemudian meluru ke dalam semak samun

untuk menyelamatkan diri. Nama-nama lain bagi

burung ini termasuk chaparral cock, ground

cuckoo dan snake killer.

UMUM 
RIBUT PASIR

Ribut pasir ialah tiupan angin yang membawa

pasir ke udara. Kebanyakan pasir yang

diterbangkan angin tidak naik melebihi 50

sentimeter tinggi tetapi sesetengah butir pasir

mungkin naik kira-kira dua meter tinggi. Purata

diameter butir pasir yang dibawa oleh angin

adalah antara 0.15 milimeter hingga 0.30 milimeter.

Semasa ribut pasir berlaku, angin mencapai

kelajuan 16 kilometer sejam atau lebih. Ribut itu

mungkin berlaku selama tiga jam hingga lima jam.

UMUM 
SUKAN KERETA LUNCUR

Sukan kereta luncur juga dikenali kereta

gelongsor ialah sukan musim sejuk yang pantas dan

berbahaya dalam satu pasukan terdiri daripada dua

atau empat orang meluncur di lereng yang curam

dengan menggunakan kereta luncur salji yang

diperbuat daripada keluli dan kaca gentian. Kereta

luncur ini boleh mencapai kelajuan sehingga 150

kilometer sejam. Pasukan yang mencapai masa

keseluruhan yang paling cepat selepas

menghabiskan empat pusingan memenangi acara

ini.

UMUM 
SPUTNIK

Sputnik ialah nama yang diberi kepada satu siri

satelit bumi tanpa manusia yang dilancarkan ke

angkasa lepas oleh bekas Kesatuan Soviet. Sputnik

ialah perkataan Rusia yang bermakna pengembara.

Sputnik I, yang dilancarkan pada 4 Oktober 1957,

mengelilingi bumi sekali setiap 95 minit dengan

kelajuan 29 000 kilometer sejam, sehingga pesawat

ini jatuh ke bumi pada 4 Januari1958. Kesatuan

Soviet juga melancarkan sembilan lagi sputnik

yang lebih besar, dari bulan November 1957

hingga bulan Mac 1961. Lihat juga Balai cerap

Jodrell Bank; Penjelajahan angkasa.

UMUM 
TEMBAK CAKERA TANAH LIAT

Tembak cakera tanah liat ialah sejenis sukan

apabila seseorang menembak cakera tanah liat

yang dilemparkan ke udara oleh mesin. Penembak

cakera tanah liat menggunakan senapang patah

yang melepaskan kelongsong yang berisi kira-kira

500 penabur. Cakera ini mempunyai diameter tidak

lebih daripada 11 sentimeter. Mesin yang

dinamakan perangkap melemparkan cakera ke

udara dengan kelajuan hampir 100 kilometer

sejam.

UMUM 
AVALANCHE

Avalanche ialah kumpulan besar salji yang

menggelongsor turun di cerun gunung. Kebanyakan

avalanche berpunca daripada keadaan cuaca yang

menyebabkan salji di lereng gunung menjadi tidak

stabil. Gangguan angin kencang, gegaran bumi, dan

letupan boleh menyebabkan salji menggelongsor

turun. Pemain ski menyebabkan banyak avalanche.

Terdapat tiga jenis utama avalanche. Avalanche salji

kering terdiri daripada salji serbuk dan udara yang

bergerak lebih laju daripada 160 kilometer sejam.

Avalanche salji basah ialah sekumpulan salji basah,

yang padat, yang biasanya bergerak lebih perlahan

daripada avalanche salji kering. Dalam avalanche

salji kepingan, bahagian salji yang padu pecah

menjadi kepingan dan pecah lagi menjadi kepingan-

kepingan kecil semasa ia menggelongsor.

UMUM 
12

Kembali ke atas