Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.ja.ra.wan] | سجاراون

Definisi : ahli sejarah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.ja.ra.wan] | سجاراون

Definisi : ahli se­ja­rah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sejarawan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ACTON, LORD

Acton, Lord (1834–1902), dianggap sebagai salah

seorang sejarawan teragung pada tahun 1800-an.

Dia menulis banyak esei, dan menjadi editor sebuah

buku berpengaruh Cambridge Modern History .

Acton amat disegani oleh sejarawan lain kerana

kepintarannya, pertimbangannya, dan keilmuannya.

Dia paling diingati atas kenyataannya, “All power

tends to corrupt, and absolute power corrupts

absolutely”. (Semua kuasa terdedah kepada rasuah,

dan kuasa mutlak terdedah kepada rasuah mutlak).

UMUM 
SAKHAWIY, ‘ABD RAHMAN AL

Sakhawiy, ‘Abd Rahman al, reformis

dan sejarawan. Nama sebenarnya ialah

Muhammad ibn ‘Abd Rahman al-Sakhawiy. Dia

berasal dari Sakha, sebuah perkampungan di

Mesir. Dia menguasai pelbagai ilmu seperti fiqh,

nahu, hadith dan sejarah. Al-Sakhawiy lahir di

Kaherah dan dibesarkan di sana serta meninggal

dunia di Madinah al-Munawwarah. Dia banyak

mengembara untuk menuntut ilmu dan

mempelajari ilmu daripada ramai guru. Antara

gurunya yang termasyhur ialah al-Hafiz ibn Hajar

al-‘Asqolaniy. Dia mempunyai hubungan yang

sangat erat dengan gurunya itu. Al-Sakhawiy juga

banyak mengarang buku. Pengarang kitab ‘Hidayat

al-‘Arifin telah menyenaraikan lebih kurang 130

buah kitab karangan al-Sakhawiy. Al-Zarkaliy pula

menyebut hasil karangannya melebihi 200 buah

buku. Antara karyanya yang terpenting ialah al-

Dhau’ al-Lami‘ fi Ayan al-Qarni al-Tasi‘, Fath al-

Mughith yang menjelaskan al-Fiyat al-‘Iraqi dalam

Ilmu al-Hadith, al-Maqasid al-Hasanat fi Bayan

Kathir Min al-Ahadith al-Musytahirah ‘ala l-

Alsinah, Talkhis Tarikh al-Yaman, Tabaqat al-

Malikiyyah, Tarikh al-Madinatain, al-‘Ilan bi-al-

Taubikh li-Man Zam al-Tarikh.

UMUM 
SHIRAZIY, ABU ISHAQ AL-

Shiraziy, Abu Ishaq al- (393–476 H. / 1003–1084M.),

ahli fiqh, sejarawan dan juga sasterawan.

Nama penuhnya ialah Ibrahim ibn ‘Ali ibn Yusuf al-

Shiraziy al-Shafi’iyy Abu Ishaq. Dia lahir di Fayruz

Abad dan menghabiskan zaman kanak-kanaknya di

sana. Kemudian dia berhijrah ke Shiraz dan Basrah

serta Baghdad. Dia berguru daripada ulama-ulama

terkenal di sana seperti Abu ‘Abdullah

al-Baydawiy, Abu Hatim al-Qazwiniy, al-Zujjaj, Abu

Bakr al-Barqaniy dan Abu al-Tayyib al-Tabariy.

Walau bagaimanapun berlaku sedikit perselisihan

antaranya dengan al-Tabariy dalam pengajiannya.

Ramai tokoh yang berguru padanya. Antaranya

ialah Abu ‘Abdullah al-Hamidiy, Abu al-Qasim al-

Samarqandiy dan Abu al-Hasan ibn ‘Abd al-Salam

dan ramai lagi. Al-Shiraziy sendiri pernah berkata:

“Semasa saya pergi ke Khurasan, di sana saya

tidak temui walau seorang kadi, mufti mahupun

khatib melainkan semuanya terdiri daripada murid-murid

dan sahabat saya”. Al-Shiraziy mengarang

beberapa buah buku yang menjadi bahan rujukan

dalam mazhab Syafi’i. Antaranya seperti al-Tabsirat

fi Usul al-Fiqh, al-Lam fi Usul al-Fiqh’ al- Nakt fi al-

Khilaf wa al-Tanbih’ al-Muhadhdhib Tabaqat al-

Fuqaha’. Al-Shiraziy meninggal dunia di Baghdad.

UMUM 
PERTEMPURAN HASTINGS

Pertempuran Hastings (14 Oktober 1066),

diakhiri dengan penawanan England oleh William,

Duke Normandy. Para sejarawan menganggap

pertempuran ini sebagai pertempuran terbesar

yang telah mengubah sejarah.

UMUM 
A. HASJMYA. HASJMY (1914-1998), pemimpin masyarakat, penulis dan sejarawan Indonesia.  Dia lahir pada 28 Mac 1914 di Montasik, Aceh, Indonesia.  SASTERAKonsep
SUWARNABHUMISUWARNABHUMI, rujuk orang India kepada Kepulauan Melayu yang dikatakan menghasilkan banyak emas. ‘Suwarnabhumi’ adalah perkataan Sanskrit yang bermaksud Bumi Emas. Bagi sebahagian besar sejarawan, kawasan yang dikenal sebagai Suwarnabhumi ini sama dengan kawasan yang dipanggil Suwarnadwipa (Pulau Emas) yang terdapat dalam beberapa buah prasasti dan karya sastera India. Sesetengah sejarawan berpendapat Suwarnabhumi atau Suwarnadwipa itu merujuk khusus kepada Pulau Sumatera. Ada pendapat lain yang menyatakan bahawa tidak semestinya Sumatera kerana pada masa itu pengetahuan orang India tentang Kepulauan Melayu ini tidaklah begitu  lengkap untuk mengetahui perbezaan antara pulau-pulau yang terdapat di sana. Di samping itu, penulis Arab juga berpendapat perkataan Suwarnabhumi (Suwarnadwipa) itu merujuk kepada keseluruhan Kepulauan Melayu. Al-Biruni mengatakan bahawa kepulauan Zabaj yang disebut oleh orang Arab itu dipanggil oleh orang Hindu (India) sebagai ‘Surawn dib’ (Pulau Emas).SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
WAN IBRAHIM WAN SOLOH

WAN IBRAHIM WAN SOLOH, Dato’ (1905-1994), pentadbir dan sejarawan. Dia lahir di Kelang, Selangor.  Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Langat dan Sekolah Melayu Kelang (1915).  Keluarganya yang rapat dengan golongan istana Selangor membolehkan dia diterima belajar di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1920 hingga lulus Senior Cambridge pada tahun 1925.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
JAWA DWIPA

JAWA DWIPA, berasal daripada perkataan Sanskrit Yawadwipa yang bermaksud pulau atau semenanjung Yawa. Sebahagian besar sejarawan bersetuju bahawa Yawadwipa ini ialah Pulau Jawa. Ada juga pendapat bahawa Yawadwipa dan Jawadwipa ialah dua tempat yang berlainan. Mengikut K.R. Halla, Yawadwipa terletak di lembah Sungai Jelai di bahagian barat daya Pulau Borneo.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
PEHIN JAMIL, PEHIN JAWATAN DALAM SERI MAHARAJA DATO' SERI UTAMA

PEHIN JAMIL, Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato' Seri Utama (1921-   ), pendidik, budayawan, sejarawan, sasterawan dan ahli agama Brunei Darussalam.  Dia lahir pada 10 Disember 1921 di Kampung Sungai Kedayan, Bandar Seri Begawan. Nama penuhnya ialah Haji Awang Mohd. Jamil AI-Sufri bin Haji Awang Umar.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran

Kembali ke atas