| TANAMAN | Tanaman ialah sejumlah besar tumbuhan daripada sebarang jenis yang ditanam untuk kegunaan manusia. Tanaman yang ditanam sebagai makanan manusia disebut  tanaman makanan . Tanaman yang dimakan haiwan dinamakan  tanaman makanan   haiwan . Tanaman lain yang dinamakan  tanaman serat,  menghasilkan serat untuk dibuat pakaian dan keluaran-keluaran lain. Tanaman tertentu ditanam untuk  menghiasi persekitaran manusia.  | UMUM |   | 
			
				| ANUITI | Anuiti ialah sejumlah wang yang dibayar pada masa yang ditetapkan, biasanya sekali setahun. Perkataan ini berasal daripada perkataan Latin,  annus  , yang bermaksud  tahun  . Polisi insurans, wasiat, dan dokumen lain memperuntukkan anuiti.  | UMUM |   | 
			
				| KORUM | Korum ialah sejumlah atau sebahagian ahli  sebuah pertubuhan yang dikehendaki hadir  mengikut undang-undang sebelum pertubuhan itu  boleh bermesyuarat.   | UMUM |   | 
			
				| MAPEL | Mapel ialah nama yang diberi kepada sejumlah  besar pokok menarik yang tumbuh di China dan  wilayah sederhana di utara dunia. Terdapat lebih  kurang 150 spesies mapel yang berlainan.  | UMUM |   | 
			
				| BIASISWA | Biasiswa ialah sejumlah bantuan berbentuk  wang atau yuran yang diberikan percuma kepada  pelajar berasaskan pencapaian, kebolehan,  atau keperluan kewangan. Biasiswa biasanya  disifatkan sebagai penghormatan terhadap  pengiktirafan pencapaian akademik yang ulung,  juga sebagai bantuan kewangan kepada mereka  yang memerlukannya. Pada umumnya biasiswa  diberikan sebagai satu cara memilih dan melatih  mereka yang berkeupayaan agar menjadi aset  berguna kepada masyarakat dan negara.  | UMUM |   | 
			
				| DRAF | Draf merupakan perintah bertulis yang dibuat  oleh satu pihak untuk mengarahkan pihak kedua  untuk membayar sejumlah wang yang ditentukan  kepada pihak ketiga.  | UMUM |   | 
			
				| NOTA JANJI | Nota janji ialah janji tidak bersyarat serta tak boleh mansuh yang dibuat secara bertulis untuk membayar sejumlah wang tertentu apabila dituntut ataupun pada waktu yang telah ditetapkan kepada orang yang dinamakan. Nota janji biasanya berupa janji hendak membayar balik wang yang telah dipinjamkan untuk tujuan perniagaan. Jumlah yang harus dibayar balik itu biasanya lebih besar daripada jumlah yang dipinjam. Perbezaannya ialah faedah bagi pinjaman tersebut. Orang yang menandatangani nota tersebut dikenali sebagai  pembuat  . Orang yang akan dibuat bayaran kepadanya dikenali sebagai  penerima  . Tarikh apabila bayaran itu perlu dibuat dikenali sebagai  tarikh tebus  .  | UMUM |   | 
			
				| SURAT KREDIT | Surat kredit dikeluarkan oleh sesebuah bank, mengizinkan seseorang individu, firma perniagaan atau pihak tertentu untuk mengeluarkan sejumlah wang yang dinyatakan atas nama bank berkenaan. Surat ini sering digunakan oleh syarikat-syarikat untuk membiayai pergerakan barangan antara negara-negara. Ia juga digunakan oleh para pengembara.  | UMUM |   | 
			
				| KOS SARA HIDUP | Kos sara hidup ialah jumlah wang yang  diperlukan untuk membeli sejumlah barangan  pengguna dan perkhidmatan yang piawai.  | UMUM |   | 
			
				| DAHAGA | Dahaga ialah keadaan yang menyebabkan  badan memerlukan air. Persekitaran dalaman  badan (organ dan tisu) memerlukan sejumlah air  dan garam untuk berfungsi dengan baik. Terlalu  banyak atau terlalu kurang air atau garam boleh  memusnahkan dan merosakkan sel. Oleh sebab  itu, manusia dan haiwan perlu mengawal  pengambilan air.  | UMUM |   |