POKOK SEABAD | Pokok seabad ialah nama sekumpulan tumbuhan gurun Amerika yang tergolong dalam famili agave. Ia juga dinamakan agave atau aloe ( lidah buaya ) Amerika. Nama pokok seabad berasal daripada salah sangka bahawa tumbuhan ini berbunga hanya sekali dalam 100 tahun. Sesetengah pokok seabad berbunga banyak kali, dan yang lain berbunga hanya sekali dan kemudian mati. Tetapi tiada yang berbunga jarang sekali seperti sekali dalam 100 tahun. | UMUM | |
PESTA ADELAIDE | Pesta Adelaide diadakan dua tahun sekali. Pesta ini menarik penyertaan para penghibur terkenal dari luar negeri, menggalakkan bakat penghibur tempatan, serta merangsangkan seni kreatif dan lakonan di Australia. | UMUM | |
KAWASAN TENANG | Kawasan tenang ialah kawasan yang biasanya sedikit sekali berangin atau tiada langsung berangin. Beberapa kawasan di permukaan bumi dikenali sebagai kawasan yang selalu tenang. Kawasan tenang ini termasuk utara dan selatan garisan lintang kuda , utara dan selatan wilayah subkhutub dan doldrum khatulistiwa. | UMUM | |
MAJALAH | Majalah ialah satu koleksi rencana atau kedua- duanya sekali, yang diterbitkan secara berkala. Kebanyakan majalah mengandungi ilustrasi. Majalah, dalam bahasa Inggeris juga dikenali sebagai periodical (berkala) manakala penerbitan yang cenderung kepada akademik dikenali sebagai jurnal. | UMUM | |
ARMSTRONG, LOUIS | Armstrong, Louis (1900–1971), pemain trumpet Amerika yang pertama sekali terkenal sebagai pemain trumpet solo jaz di peringkat antarabangsa. Dia terkenal kerana nada dan teknik tiupannya yang begitu indah dan cemerlang serta suaranya yang garau ketika menyanyi. Dia merupakan pemuzik jaz yang pertama menyanyi dalam gaya yang berterabur dengan susunan suku kata dan nada yang digubah secara sembrono ketika menyanyi, tanpa menggunakan lirik. | UMUM | |
TAHUN LOMPAT | Tahun lompat, mempunyai 366 hari atau lebih satu hari berbanding dengan satu tahun biasa. Tahun lompat berlaku setiap empat tahun sekali kecuali tahun yang menandakan ratus yang genap misalnya 1500. Satu-satunya tahun kurun yang merupakan tahun lompat ialah tahun yang boleh dibahagikan secara genap dengan 400, seperti tahun 1600 dan 2000. Tahun lompat ditambahkan kepada kalendar untuk menjadikan tahun kalendar hampir sama seperti tahun suria, iaitu masa yang diambil untuk matahari melepasi garisan ekuinoks musim bunga sebanyak dua kali. Hari yang berlebihan itu ditambah pada penghujung bulan Februari iaitu 29 Februari, sekali setiap empat tahun. Lihat Tahun . | UMUM | |
ALMANAK | Almanak ialah sebuah buku atau risalah, lazimnya terbit setahun sekali. Buku atau risalah ini mengandungi pelbagai jenis maklumat. Sebuah almanak biasanya mempunyai takwim, tarikh dan peristiwa ulung, pergerakan bintang-bintang, dan fakta mengenai kerajaan, sejarah, geografi, dan kaji cuaca. Ia mungkin memaparkan juga perangkaan mengenai populasi, industri dan pengeluaran ladang. | UMUM | |
ANUITI | Anuiti ialah sejumlah wang yang dibayar pada masa yang ditetapkan, biasanya sekali setahun. Perkataan ini berasal daripada perkataan Latin, annus , yang bermaksud tahun . Polisi insurans, wasiat, dan dokumen lain memperuntukkan anuiti. | UMUM | |
KOMA | Koma ialah keadaan hilang kesedaran sama sekali. Perkataan ini berasal dari perkataan Yunani, koma, yang bermakna tidur lena. | UMUM | |
AKTINIUM | Aktinium, unsur kimia, ialah logam radioaktif berwarna putih keperak-perakan yang jarang-jarang sekali ditemui yang berkilau dalam gelap. Ia terbentuk secara semula jadi melalui pereputan uranium 235. | UMUM | |