| PERMALOI | Permaloi ialah aloi nikel-besi yang mudah dimagnetkan. Ia boleh dimagnetkan dengan membalut dawai bertebat di sekelilingnya dan mengalirkan arus elektrik melalui dawai itu. Permaloi hilang kemagnetannya apabila arus dihentikan. Apabila arus ulang-alik yang lemah dialirkan menerusi gegelung yang dililitkan di sekeliling batang permaloi, ia menghasilkan medan magnet ulang-alik yang kuat dalam bahan itu. Oleh sebab ini, permaloi adalah bahan yang unggul untuk digunakan sebagai teras pengaruh dan pengubah kuasa rendah yang digunakan dalam kejuruteraan komunikasi. | UMUM | |
| ZUHAL | Zuhal ialah planet kedua terbesar selepas Musytari. Zuhal mempunyai tujuh lingkaran nipis yang rata di sekelilingnya. Lingkaran ini terdiri daripada lingkaran-lingkaran kecil yang mengandungi zarah-zarah ais yang bergerak mengelilingi planet tersebut. Lingkaran yang bersinar-sinar itu menjadikan Zuhal antara objek yang paling menarik dalam sistem suria. | UMUM | |
| MONSUN | Monsun ialah angin bermusim yang bertiup di bahagian utara Lautan Hindi, terutama di Laut Arab serta kebanyakan kawasan daratan di sekelilingnya. Angin monsun bertiup sepanjang masa dari arah barat daya pada bulan April hingga Oktober. Ia bertiup dari arah timur laut pada bulan November hingga Mac. | UMUM | |
| TELUK JERVIS | Teluk Jervis ialah serokan di pantai New South Wales, Australia. Kerajaan Persekutuan mempunyai hak terhadap teluk tersebut dan kawasan seluas 73 kilometer persegi di sekelilingnya. Tentera Laut Australia menggunakan teluk berkenaan sebagai sebuah pangkalan bagi kapal mereka. Pada tahun 1915, New South Wales menyerahkan kuasa terhadap kawasan tersebut kepada kerajaan persekutuan untuk dijadikan sebuah pelabuhan bagi Wilayah Persekutuan Australia. | UMUM | |
| APENDISITIS | Apendisitis ialah radang apendiks vermiform (lihat Apendiks ). Ia terjadi akibat jangkitan bakteria. Apendiks menjadi bengkak dan berisi nanah. Nanah mungkin terkumpul dan menyebabkan abses. Atau apendiks mungkin pecah, menyebabkan jangkitan merebak ke organ badan di sekelilingnya. Ia juga boleh menyebabkan peritonitis , radang selaput yang melapisi rongga abdomen (lihat Peritonitis ). | UMUM | |
| SPINA BIFIDA | Spina bifida ialah sejenis kecacatan yang berlaku pada spina dan wujud semasa lahir. Spina menutupi dan melindungi saraf tunjang. Dalam kecacatan spina bifida, saraf tunjang tidak terbentuk dengan baik dan vertebrat dan kulit tidak dapat membentuk di sekelilingnya. | UMUM | |
| PUSAT GRAVITI | Pusat graviti ialah titik pada sesuatu objek di mana daya graviti kelihatan bertindak. Jika sesuatu objek digantung dari mana-mana titik pada garis tegak yang melalui pusat gravitinya, objek tersebut akan tetap pegun. Tetapi jika pusat graviti condong kepada sebelah titik yang di sekelilingnya objek boleh berputar, objek itu akan berputar mengikut arah itu. | UMUM | |
| MAINAN | Mainan ialah benda yang digunakan oleh kanak- kanak untuk bermain. Kanak-kanak di seluruh dunia bermain dengan mainan yang serupa, seperti bola, anak patung, permainan dan mainan teka-teki. Semenjak zaman purba lagi mainan memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kanak-kanak. Sesetengah mainan membolehkan kanak-kanak bersuka-suka sambil belajar tentang dunia di sekelilingnya. Permainan dapat menolong mengajar kanak-kanak supaya bergaul dengan kanak-kanak lain. Mainan juga boleh menolong mereka belajar dan membina kemahiran khas. | UMUM | |
| SADLER'S WELLS | Sadler’s Wells ialah nama bagi sebuah teater di London. Teater tersebut ialah tempat lahirnya sebuah syarikat opera dan rombongan tarian balet yang utama. Pada tahun 1683, seorang lelaki bernama Sadler mendapati bahawa perigi yang terletak di tanah kepunyaannya di utara London mempunyai air yang boleh menyembuhkan penyakit. Dia membina sebuah taman awam di sekelilingnya. Ia menjadi masyhur sebagai kolam air mineral dengan orang ramai boleh menikmati pementasan dan muzik. | UMUM | |
| PULAU MANUS | Pulau Manus merupakan pulau terbesar dalam kelompok Admiralti Papua New Guinea. Keluasannya ialah 1890 kilometer persegi. Pulau ini bergunung-ganang dan berhutan tebal. Hanya sebahagian kecil kawasan di sepanjang pantai dan di bahagian hujung timur yang boleh digunakan untuk pertanian. Terdapat lebih kurang 20 000 penduduk tinggal di Pulau Manus dan pulau-pulau di sekelilingnya. Kebanyakan penduduk pulau ini ialah orang Melanesia yang merupakan nelayan yang mahir dan berdagang dengan penduduk yang tinggal di pulau-pulau berdekatan. Hasil tanaman penduduk pulau ini ialah taro, keladi, nanas, pisang, dan sagu. | UMUM | |