KESATUAN SEKERJA | Kesatuan sekerja ialah organisasi pekerja yang mencuba untuk memperbaiki gaji ahlinya dan keadaan bekerja mereka. Mereka melakukannya melalui perundingan dengan wakil-wakil majikan dalam prosedur yang dikenali sebagai perundingan kolektif. Kesatuan juga memperjuangkan hal berkaitan dengan kesihatan, piawaian keselamatan, dan latihan- latihan kemahiran, di samping mencari faedah lain kepada ahlinya seperti potongan harga barangan dan memperuntukkan kemudahan pusat jagaan bagi ibu-ibu bekerja. Penubuhan kesatuan sekerja serta pengambilan ahli baharu, sah di sisi undang-undang kebanyakan negara. Walau bagaimanapun, di negara-negara yang mengamalkan demokrasi, aktiviti yang dijalankan, tertakluk kepada garis panduan yang ditetapkan. Di beberapa buah negara seperti Kesatuan Soviet, kesatuan sekerja bebas biasanya tidak dibenarkan. | UMUM | |
PERSATUAN SEKERJA | Persatuan sekerja di Zaman Pertengahan ialah persatuan orang yang mempunyai minat yang sama, atau terlibat dalam tugas yang sama. Mereka menubuhkan pertubuhan-pertubuhan amal, keagamaan, dan sosial. Ahli persatuan keagamaan membayar wang untuk tabung bersama. Ahli yang memerlukan pertolongan disebabkan sakit atau untuk kegunaan masa tua menerima bantuan yang dikenali sebagai sedekah. Persatuan ini mengadakan upacara mass (upacara orang yang beragama Katolik) untuk ahli yang meninggal dunia. Pada tahun 1500-an, aktiviti persatuan keagamaan ini disekat di England. | UMUM | |
MOGOK UMUM BRITAIN | Mogok umum Britain telah diadakan pada tahun 1926 oleh kebanyakan kesatuan sekerja United Kingdom kerana menyokong Kesatuan Sekerja Pekerja Lombong. Pada tahun 1925, pemilik lombong mencadangkan pemotongan gaji. Pelombong enggan menerimanya. Perdana Menteri, Stanley Baldwin, menubuhkan suruhanjaya yang diketuai oleh Sir Herbert Samuel untuk menyiasat keadaan di dalam industri tersebut. Suruhanjaya tersebut menyokong pemotongan gaji itu. | UMUM | |
ABRAHAM, WILLIAM | Abraham, William (1842–1922), tokoh politik dan pemimpin kesatuan sekerja dari Wales. Dia lahir di Cwmavon, Gwent, dan mula bekerja sebagai pekerja lombong semasa berusia sembilan tahun. Pada tahun 1871, dia menjadi wakil para pekerja lombong dan berusaha beberapa tahun untuk memperbaik kesatuan pekerja lombong. Sebagai wakil ahli radikal Parti Liberal, dia dilantik menjadi ahli parlimen pada tahun 1885. Abraham menyertai Parti Buruh selepas pertubuhan kebangsaan pekerja lombong bergabung dengan Parti Buruh pada tahun 1909. Dia kekal sebagai ahli parlimen sehingga tahun 1920. Abraham terkenal sebagai pemidato dan mengambil bahagian dalam pesta sastera budaya Wales yang dikenali sebagai eisteddfods. Dia terkenal di Wales dengan nama Mabon sempena kegiatannya dalam pesta eisteddfods. | UMUM | |
MENGUNDI | Mengundi ialah satu cara membuat keputusan oleh sekelompok rakyat. Di banyak negara, rakyat mengundi untuk memilih pemimpin mereka dan untuk memutuskan hal atau isu awam. Orang ramai juga mengundi untuk membuat keputusan dalam kumpulan, seperti juri, kesatuan sekerja, syarikat, dan kelab sosial. Rencana ini membincangkan pengundian hubungan dengan isu awam dan pengundian dalam pilihan raya politik. | UMUM | |
PARTI BURUH AUSTRALIA | Parti Buruh Australia (Australia Labour Party (ALP)) ialah parti politik tertua di Australia. Parti ini lahir daripada gerakan buruh tahun 1890-an dan banyak kesatuan sekerja yang masih mempunyai kaitan dengan parti ini. ALP menganggap entitinya sebagai “parti sosialis demokratik”. Parti ini menekankan keperluan membahagikan semula kuasa politik dan kuasa ekonomi, dan mencegah kawalan industri secara monopoli oleh firma swasta yang besar. Pada peringkat persekutuan, terdapat tiga golongan dalam ALP yang dikenali sebagai Kanan, Kiri Tengah, dan Kiri. | UMUM | |
BRIDGES, HARRY | Bridges, Harry (1901–1990) ialah pemimpin kesatuan sekerja Amerika yang berkhidmat sebagai presiden International Longshoremen’s and Warehousemen’s Union (ILWU) dari tahun 1938 hingga tahun 1977. | UMUM | |
SABOTAJ | Sabotaj ialah perbuatan dengan sengaja mensia- Siakan atau merosakkan alat, mesin atau pengeluaran milik majikan atau kerajaan. Perkataan ini bermula pada tahun 1800-an apabila pekerja Perancis mencampakkan sabot (kasut kayu) ke dalam mesin untuk menghentikan pengeluaran. Di Sepanyol, Perancis dan Itali, sabotaj telah digunakan oleh ahli sindiket iaitu anggota kesatuan sekerja berfahaman anarki. | UMUM | |
PERHUBUNGAN AWAM | Perhubungan awam biasa dikenali sebagai PR (public relation), ialah satu aktiviti yang bertujuan meningkatkan komunikasi dan pemahaman antara sesebuah organisasi atau individu dengan satu atau lebih kumpulan yang dikenali khalayak umum . Istilah ini juga digunakan bagi profesion yang bertanggungjawab dalam mengendalikan tugasan sedemikian. Syarikat, institusi pendidikan, kumpulan agama, agensi kerajaan, kesatuan sekerja, ahli politik, dan penghibur, adalah di antara mereka yang menggunakan perhubungan awam. | UMUM | |
SINDIKELISME | Sindikelisme ialah pergerakan buruh revolusioner yang mencapai kepopularannya yang terbesar di Perancis sepanjang akhir tahun 1800-an hingga awal tahun 1900-an. Matlamat utama sindikelisme ialah melahirkan sebuah masyarakat, persatuan pekerja memiliki dan mengendalikan semua cara pengeluaran serta menguasai kerajaan. Persatuan pekerja seperti itu berkembang daripada kesatuan sekerja yang sedia ada. Perkataan sindikelisme berasal daripada perkataan Perancis sydicat, yang bererti kesatuan. | UMUM | |