QIAMULLAIL | Berjaga malam walaupun seketika dengan melakukan amalan sunat seperti solat tahajjud dan berzikir. | AGAMA | Konsep |
ARTIGAS, JOSÉ GERVASIO | Artigas, José Gervasio (1764–1850) ialah pahlawan kebangsaan Uruguay. Dia menyertai patriot Argentina pada tahun 1810 dalam pemberontakan menentang Sepanyol. Dia pulang ke Uruguay, dan mengerahkan tentera untuk memerangi Sepanyol. Untuk seketika waktu pada tahun 1815, dia menjadi pelindung atau pemerintah sebahagian besar Uruguay dan beberapa provinsi di Argentina. Tetapi tentera menawan Portugis Montevideo pada tahun 1817, dan Artigas akhirnya lari ke Paraguay pada tahun 1820. Dia lahir di Montevideo. Lihat Uruguay (Kemerdekaan). | UMUM | |
DIALEK MELAYU DI SEMENANJUNG DAN LUAR SEMENANJUNG | DIALEK MELAYU DI SEMENANJUNG DAN LUAR SEMENANJUNG, dibahagikan kepada tiga, iaitu dialek Melayu berdasarkan seketika atau masa, dialek Melayu berdasarkan masyarakat atau sosial, dan dialek Melayu berdasarkan daerah atau geografi. Dialek Melayu berdasarkan seketika atau masa ialah berpusat di Semenanjung Tanah Melayu hingga ke Sumatera yang telah mengalami sejarah yang panjang. Sejarah kewujudannya bermula pada awal abad ke-4 M. di Vietnam, kemudian pada akhir abad ke-7 M. di Sumatera Selatan. Selepas itu, perkembangannya dikesan di tempat lain seperti di Pagarruyung (Sumatera Barat), Muara Takus (Riau), Samudera-Pasai (Aceh), Ligor (Thai), dan Terengganu (Malaysia). | BAHASA | Bahasa |
KUTUB UTARA | Kutub Utara ialah istilah yang digunakan untuk titik permukaan tidak kelihatan yang terletak di rantau Artik. Istilah yang paling terkenal ialah kutub utara geografi. Walau bagaimanapun, Kutub Utara lain yang penting termasuk kutub utara seketika, kutub utara imbangan, kutub utara magnet, dan kutub utara geomagnet. | UMUM | |
KUTUB SELATAN | Kutub Selatan ialah istilah yang digunakan untuk beberapa titik permukaan tidak kelihatan di kawasan Antartika. Yang paling terkenal ialah kutub geografi selatan. Tetapi Kutub Selatan penting yang lain termasuk kutub selatan seketika, kutub selatan imbangan, kutub selatan magnet, dan kutub selatan geomagnet. | UMUM | |
PEMISAH MINYAK DAN GAS | Bejana tekanan yang digunakan untuk memisahkan bendalir yang dikeluarkan dari telaga minyak atau telaga gas kepada gas dan cecair. Bejana pemisah ini biasanya digunakan di pelantar pengeluaran atau di kawasan pajakan petroleum berdekatan dengan kepala telaga, pancarongga atau deretan tangki. Bejana tersebut mesti mampu untuk mengendali slug dan beban daripada bendalir telaga yang dikeluarkan. Dengan demikian, bejana tersebut lazimnya mempunyai ukuran yang mampu untuk mengendalikan kadar alir seketika yang tinggi. Pembinaan terperinci sesebuah pemisah bergantung pada muatan yang diperlukan dan tekanan operasi. | KEJURUTERAAN | Alat/Alatan |
Q | Q ialah huruf ke-17 dalam abjad Inggeris. Ia merupakan huruf yang digunakan oleh orang Semit yang pernah tinggal di Syria dan Palestin. Q ialah huruf ke-17 dalam abjad Inggeris. Ia merupakan huruf yang digunakan oleh orang Semit yang pernah tinggal di Syria dan Palestin. Mereka menamakannya sebagai qoph yang mungkin bermaksud beruk atau monyet dan mereka menulisnya dengan simbol gambar yang melambangkan seekor monyet. Orang Yunani kemudiannya meminjam huruf Q ini buat seketika waktu dan menyebutnya koppa. Orang Rom mengambilnya daripada orang Yunani, dan memberikan bentuk huruf Q besar seperti yang ada kini. Mereka juga memperkenalkan penggunaan huruf u selepas q . Lihat Abjad. | UMUM | |
SULTAN ALAUDDIN JAUHAR AL-ALAM SYAH | SULTAN ALAUDDIN JAUHAR AL-ALAM SYAH (1795 – 1823), Sultan Aceh (1805 – 1814, 1819 – 1823). Baginda berusia sembilan tahun ketika ayahandanya Sultan Alauddin Muhammad Syah mangkat. Bapa saudara sebelah ibunya, Tuanku Raja, memerintah sebagai pemangku raja. Baginda pernah dihantar oleh ayahandanya menetap seketika di seberang laut, di sebuah kapal British bernama ‘Nonsuch’. Baginda memperoleh pengetahuan ketenteraan laut, kemahiran tentang pengurusan kapal dan pengetahuan bahasa Inggeris. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
KARAENG GALESONG | KARAENG GALESONG, ( ? -1679), putera Sultan Hasanuddin (m.m. 1653-1669), Raja Makasar di Goa, Sulawesi. Tarikh dan tempat lahirnya tidak diketahui. Dia ialah anak raja pelarian Makasar yang terkenal pada abad ke-17 berikutan kekalahan Goa di tangan Arung Palakka pada tahhun 1669. Karaeng Galesong melarikan diri ke Sumbawa. Pada tahun 1673, selepas tinggal seketika di Jawa Timur, dia kembali ke Bali dan di sana dia diberi tanah. Karaeng Galesong dan pengikutnya akhirnya kembali ke Jawa Timur dan berkahwinn dengan anak saudara perempuan pemberontak Madura, Trunajaya pada tahun 1675 selepas Trunajaya menerima persetiaan yang dibuat kerana orang Makasar terkenal sebagai perajurit yang berani. Karaeng Galesong telah membantu Trunajaya dalam beberapa peperangan untuk menguasai kota di pesisir timur Jawa antara Gresik dan Surabaya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |