OKAPI | Okapi ialah haiwan nadir yang hidup di hutan tebal di sekitar lembangan Sungai Congo di Afrika. Ia ditemui di sana oleh penjelajah Eropah pada tahun 1900. Okapi tingginya kira-kira 1.5 meter pada paras bahu. Ia berkaitan dengan zirafah, tetapi lehernya jauh lebih pendek. Badan okapi berwarna perang berangan tua, mukanya putih, pinggul dan kaki atasnya berbelang-belang putih. Okapi jantan mempunyai sepasang tanduk yang pendek dan berbulu. | UMUM | |
PENGAMBILAN SARAWAK | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENGAMBILAN SARAWAK, penjajahan James Brooke di Sarawak (sebahagian wilayah Brunei) pada tahun 1841. Sebelum itu Sarawak adalah daerah yang diberi oleh Kesultanan Melayu Johor (Singapura Tua) kepada Kesultanan Melayu Brunei setelah Awang Alak Betatar (Sultan Muhammad Syah) berkahwin dengan puteri Johor pada sekitar tahun 1360-an. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
PENERBITAN FEDERAL BERHAD | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENERBITAN FEDERAL BERHAD, penerbit. Ia ditubuhkan semenjak tahun 1960-an di Kuala Lumpur, Singapura dan Hong Kong. Penerbit ini turut memainkan peranan dalam menerbitkan karya sastera Melayu yang terhasil sekitar tahun tersebut, terutama oleh cawangannya yang berpejabat di Kuala Lumpur. Penerbitan karya sastera Melayu ini diletakkan di bawah satu siri penerbitan yang diberi nama ‘Siri Sastera Federal’. | SASTERA | Penerbitan |
SQUILL | Squill ialah nama bagi beberapa tumbuhan yang mempunyai akar bebawang. Ia tergolong dalam famili lili. Satu jenis squill, yang dinamakan bawang laut, tumbuh di sekitar Laut Mediterranean. Ia mengeluarkan bebawang yang kadangkala beratnya 1.8 kilogram. Bebawang squill ini mempunyai nilai ubatan. | UMUM | |
DATU DIMANSAKAY | DATU DIMANSAKAY (? -1597), Sultan Maguindanao yang keempat. Kesultanan Maguindanao telah diasaskan oleh Sharif Muhammad Kebongsuan pada awal abad ke-16. Baginda menaiki takhta pada sekitar tahun 1579. 1"> 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
CHAYA | CHAYA, bandar yang terletak di Teluk Ban Don, sekitar Segenting Kra, Wilayah Surat Thani, Thailand. Pada zaman protosejarah, Chaya menguasai kedua-dua pantai Segenting Kra dan kawasan sekelilingnya, iaitu Takuapa, Takuathung dan Teluk Ban Don. 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
SENDUDUK | SENDUDUK (Malastoma malabathricum daripada famili Melastomataceae), pokok renek, setinggi 1 m hingga 2 m dan sering ditemui di sekitar tanah terbiar atau di pinggir hutan sekunder. Daunnya berbentuk lanseolat, dua urat daun memanjang kiri kanan urat tengah, kesat dan berwarna hijau muda. Bunga pokok senduduk berjambak di hujung ranting dan berwarna merah sama. Isi buah pokok ini berwarna kebiruan dan mengandungi biji-biji yang halus. | BUDAYA | Flora dan Fauna |
MUSA ABDUL GHANI | MUSA ABDUL GHANI ( ? - ? ), penentang penjajahan British. Dia lahir di Pagarruyung, Sumatera, Indonesia. Musa berhijrah ke Terengganu sekitar tahun 1888 untuk mendalami ilmu agama. Dia berkahwin dan menetap di Pulau Duyung Besar, Kuala Terengganu. Di kalangan penduduk tempatan, dia dikenal dengan panggilan Haji Musa Minangkabau. 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
DAHA | DAHA, kerajaan Hindu yang muncul pada abad ke-9 M. Pusat kerajaan Daha terletak di antara kota Madiun dan Ponorogo kini. Di sana masih terdapat dua makam kuno, tempat pemandian, dan beberapa patung hindu yang dipercayai wujud sejak zaman Hindu. Ada yang berpendapat bahawa kerajaan Daha meluas hingga ke Kediri. Bahkan ada yang berpendapat bahawa kerajaan Daha, adalah di sekitar kota Kediri sekarang. 1"> | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |