Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BUTTE

Butte ialah bukit atau gunung kecil yang

berlereng curam yang terdiri sendirian, menjulang

tegak di sekitar kawasan desa. Perkataan butte ialah

perkataan Perancis yang bermakna timbunan.

UMUM 
DELHI

Delhi ialah wilayah kesatuan India. Ia terdiri

daripada tiga kawasan bancian utama, iaitu – Old

Delhi, New Delhi, dan Delhi Kantonmen, termasuk

214 buah kampung di sekitar kawasan luar bandar.

Wilayah kesatuan Delhi mempunyai keluasan

1483 kilometer persegi. Ia mempunyai penduduk

seramai 9 370 475 orang.

UMUM 
SEGI TIGA BERMUDA

Segi Tiga Bermuda, juga dikenali sebagai

Segi Tiga Syaitan, ialah kawasan laut di pantai

tenggara Florida, Amerika Syarikat. Banyak kapal

dan kapal terbang yang hilang di sini. Setiap hari

kapal perdagangan dan tentera melalui kawasan

ini dengan selamat. Namun sejak tahun 1854,

lebih daripada 50 buah kapal dan kapal terbang

telah hilang di dalam atau di sekitar kawasan ini.

UMUM 
PORTEJ

Portej ialah mengangkut barangan atau bot

mengikut darat di antara dua kumpulan air, atau

di sekitar beberapa kawasan halangan seperti air

terjun atau jeram. Istilah portej juga digunakan

untuk laluan darat bagi membawa barangan.

Orang Asli Amerika Utara mengembara di antara

sungai dengan tasik dengan kaedah portej.

Mereka mengembara sejauh hulu sungai, selagi

bot mereka dapat digunakan. Kemudian, mereka

membawa kanu dan barangan melalui laluan

darat untuk menuju ke anak sungai atau tasik yang

berikutnya bagi meneruskan pengembaraan

melalui air.

UMUM 
ORBITAL ATOMOrbit dan orbital merupakan dua istilah yang berbeza. Orbit merujuk kepada laluan yang dilalui oleh elektron yang mengelilingi nukleus sesuatu atom, manakala orbital merujuk kepada ruang kawasan di sekitar nukleus atom.KIMIAKonsep
DUSUN

DUSUN, kebun buah-buahan yang terletak di pinggir kampung atau berhampiran kawasan hutan. Kawasan dusun adalah sebahagian daripada konsep ruang masyarakat Melayu dalam menyusun kedudukan penempatan mereka. Tapak rumah merupakan pusat ruang itu. Di luar daripada tapak ini terdapat kawasan ‘kampung’ (kawasan kecil) di sekitar perkarangan rumah. Di luar kawasan kampung ini biasanya terdapat kawasan pertanian terutama sekali padi. Bagi petempatan moden, kawasan pertanian ini terdiri daripada kebun getah atau kelapa. Di luar daripada kawasan pertanian ini terletak kawasan dusun yang sudah agak hampir dengan pinggir hutan dan tidak lagi mempunyai pemilik yang jelas dalam penggunaan tanah di kawasan perkampungan. Gabungan keseluruhan kawasan kediaman ini menjadikan keseluruhan wilayah kampung.

BUDAYABandar/Negeri/Negara/Tempat
ARTIK

Artik ialah kawasan sejuk yang berterusan di

sekitar Kutub Utara. Ia termasuk Lautan Artik,

beribu-ribu pulau dan bahagian utara benua

Eropah, Asia dan Amerika Utara. Manusia telah lama

percaya bahawa Artik adalah kawasan sejuk, tandus

tempat manusia tidak dapat hidup. Tetapi penjelajah

dan ahli sains mendapati bahawa, kecuali

Greenland, sembilan per sepuluh daripada kesemua

kawasan Artik tidak mempunyai salji dan ais pada

musim panas. Beri, sayur-sayuran dan bunga

tumbuh di beberapa tempat. Matahari tidak

menyinari di kebanyakan kawasan Artik pada musim

sejuk. Tetapi matahari menyinari keseluruhan

kawasan Artik, sekurang-kurangnya sebahagian

waktu siang, dari bulan Mac hingga September.

UMUM 
ANTARTIKA

Antartika ialah benua yang ditimbusi oleh ais

yang merangkumi dan mengelilingi Kutub Selatan.

Kawasan bumi yang hampir kontang ini paling

sejuk dan diliputi ais yang paling tebal di dunia.

Kawasan ini lebih sejuk sedikit daripada kawasan

di sekitar Kutub Utara. Kutub Utara terletak di

Lautan Artik. Tetapi Kutub Selatan terletak di

tengah-tengah benua Antartika, di atas penara yang

sentiasa berangin yang kekal dilitup ais dan salji.

UMUM 
DOLDRUM

Doldrum ialah satu kawasan lingkaran yang

tenang, berangin lembut ataupun berbadai di

sekitar khatulistiwa dan biasanya permukaan

lautan. Pakar kaji cuaca menamakannya sebagai

zon pertembungan antara tropika.

UMUM 
PETRIE

Petrie ialah nama sebuah keluarga peneroka di

Australia .

Andrew Petrie (1798–1872) ialah pembina

bangunan dan salah seorang peneroka yang

pertama di Brisbane, Queensland, Australia. Dia

lahir di Fife, Scotland. Dia tiba di Sydney dan

bertugas sebagai pekerja bebas pada tahun 1831.

Selepas bekerja sebagai kerani di jabatan

kelengkapan, Petrie menjadi penyelia kerja di

Teluk Moreton (kini Brisbane) pada tahun 1837.

Apabila stesen banduan dipindahkan pada tahun

1839, Petrie tinggal di tempat yang sama sebagai

peneroka bebas. Dia mereka bentuk dan membina

banyak bangunan yang penting di sekitar tempat

tersebut. Perjalanannya memberi banyak

pengetahuan mengenai kawasan sekitar. Petrie

ialah orang yang pertama mendaki Gunung

Beerwah, di Pergunungan Glasshouse. Dia

membawa balik ke Brisbane contoh-contoh

pertama pain bunga. Pada tahun 1842, dia

menemui Sungai Mary.

UMUM 
1234

Kembali ke atas