| KESATUAN KEBANGSAAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN | KESATUAN KEBANGSAAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN, kesatuan guru yang mengajar di sekolah rendah dan menengah. Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Sekolah Kebangsaan atau ringkasnya KKGSK menggantikan Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Melayu Lain-lain Latihan (KKGMLL). KKGMLI, ditubuhkan di Muar pada 24 Mei 1954 dan ahli-ahlinya terdiri daripada guru-guru Teachers Under Other Scheme (TUOS). KKGMLL kemudiannya ditukar nama kepada Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Sekolah Umum (KKGSU) pada tahun 1985. Pertukaran nama ini selaras dengan Laporan Razak. Keahlian KKGSU terbuka kepada semua guru yang mengajar di sekolah umum rendah dan menengah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
| WAN ABDULLAH WAN PUTEH | WAN ABDULLAH WAN PUTEH, (1927- ), penulis khat. Dia lahir pada 29 Disember 1927 di Padang Kerbau, Kota Setar, Kedah. Wan Abdullah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tandop (Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Mohammad Saman), Alor Setar dari tahun 1937 hingga tahun 1941. Pada tahun 1942, dia belajar di Maktab Mahmud, Alor Setar hingga lulus Syahadah Niha’iyah pada tahun 1950. | BUDAYA | Tokoh |
| M. JEGATHESAN, DATO’ DR. | M. Jegathesan, Dato’ Dr. (1943– ), atlet dan olahragawan Malaysia. Nama penuhnya ialah Manikavasagam Jegathesan. Dia lahir pada 2 November 1943 di Ipoh, Perak dan mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Batu Road, dan melanjutkan pelajaran di Victoria Institution Kuala Lumpur. Pada tahun 1956, dia menyambung pelajaran di Sekolah Anglo Chinese, Singapura. Pada tahun 1961 hingga 1967, dia memasuki Universiti Singapura dan memperoleh ijazah dalam bidang perubatan. Pada tahun 1971, dia menyambung pelajaran di England dan memperoleh diploma Patologi. | UMUM | |
| ANWAR IBRAHIM | Timbalan Perdana Menteri (1993-1998). Dia lahir pada 10 Ogos 1947 di Cherok Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Cherok Tok Kun dan Sekolah Stowell. Pendidikan menengahnya di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak. Dia memperoleh ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dari Universiti Malaya pada tahun 1971. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| LEMBAGA PENDIDIKAN RAKYAT | LEMBAGA PENDIDIKAN RAKYAT, badan pengurus sekolah-sekolah rakyat atau ringkasnya LEPIR. Selepas Perang Dunia Kedua, masyarakat Melayu aktif dalam kegiatan politik namun aspek pendidikan lebih diutamakan ke arah memperjuangkan kelangsungan hidup bangsa Melayu. Misalnya, parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) mengambil inisiatif menubuhkan Derma Pelajaran UMNO, dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pula memilih salah satu daripada tunggak perjuangannya untuk mendirikan sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
| RUSTAM A. SANI | RUSTAM A. SANI (1944 - ), penulis, penterjemah dan penyair. Dia lahir pada 11 Ogos 1944 di Ipoh, Perak. Bapanya ialah Haji Abdullah Sani bin Raja Kecil atau lebih dikenal dengan nama Ahmad Boestamam. Rustam menerima pendidikan di Sekolah Kebangsaan Behrang Ulu, Tanjung Malim (1951 – 1955), Methodist English School, Tanjung Malim (1956 – 1963) dan Victoria Institution, Kuala Lumpur (1963 – 1964). Kemudian dia melanjutkan pengajian di Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur hingga memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (1970). Selepas itu, dia melanjutkan pengajian Ijazah Lanjutan bagi mendapatkan Diploma Sosiologi di University Reading, United Kingdom (1973). Pada tahun 1975, Rustam menerima Ijazah Sarjana dalam Pengajian Asia Tenggara di University of Kent, England. | SASTERA | Tokoh |
| RAHMAN SHAARI | RAHMAN SHAARI (1949- ), penyair dan penulis. Dia lahir pada 5 September 1949 di Kampung Utan Lembah, Oran, Perlis. Di samping namanya, dia pernah menggunakan nama samaran Fadzri Aris, Jufrie Jantan dan Malik Iskandar. Rahman mendapat pendidikan awal di Sekolah Umum Guar Nangka, Sekolah Kebangsaan Oran dan Sekolah Menengah Derma, Kangar. Pada tahun 1965, dia belajar dalam jurusan sains di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur. | SASTERA | Tokoh |
| OSMAN AYUB | OSMAN AYUB (1951 - ), penulis. Dia lahir pada 18 April 1951 di kampung Alur Gelenggang, Sungai Daun, Yan, Kedah. Dia memperoleh pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Besar. Dari tahun 1964 hingga tahun 1969, dia melanjutkan pelajaran menengahnya di Sekolah Menengah Sultan Halim, Jitra. Dia belajar secara persendirian di Kuala Lumpur hingga lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan pada tahun 1977. | SASTERA | Tokoh |
| SALLEH AL-MASRI | SALLEH AL-MASRI (1875 – 1971), ulama dan pengasas Madrasah al-Masriah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Dia berasal dari Kampung Rasah, Seremban, Negeri Sembilan. Nama sebenarnya ialah Mohd. Salleh al-Masri bin Baki. Dia menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Nanas, Seremban. Selepas tiga tahun belajar di sekolah ini, dia mempunyai kecenderungan untuk belajar agama. Keinginan ini mendapat restu daripada orang tuanya. Akhirnya Salleh al-Masri bersama-sama dua orang sepupunya dihantar berguru di Bersilam Langkat, Sumatera, Indonesia. Di Bersilam Langkat, dia berguru dengan Syekh Abdul Wahab. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
| MUHAMMAD BUKHARI LUBIS | MUHAMMAD BUKHARI LUBIS (1953- ), penulis dan sarjana kesusasteraan bandingan sufi Inggeris-Arab-Parsi-Turki. Dia lahir pada 16 Ogos 1953 di Makkah. Dalam penulisan, dia menggunakan nama pena H.M. Bukhari Lubis, Rizi S.S. dan A.S. Bagindo. Muhammad Bukhari Lubis mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Temoh, Perak, kemudian menyambung pelajaran di Madrasah Tarbiyah Islamiyah, Sekolah Izzuddin Shah dan Kolej Islam Kelang sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Dia memperoleh Sarjana Muda Pengajian Islam dan Diploma Pendidikan dari UKM pada tahun 1977, ijazah Sarjana Perbandingan Sastera Arab-Parsi dari University of Chicago pada tahun 1980 dan ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Perbandingan Sastera Sufi Arab-Parsi-Turki dari University of California, Berkeley pada tahun 1989. Dia bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, UKM sejak tahun 1977. | SASTERA | Tokoh |