SEKOLAH GAYA POS | Sekolah gaya pos ialah institusi pendidikan yang mengajar melalui surat-menyurat antara guru dengan pelajar. Sekolah gaya pos ditujukan kepada mereka yang berhasrat untuk mempelajari sesuatu subjek secara sistematik, umumnya untuk tujuan mendapatkan kelayakan profesional atau teknikal. Mereka mungkin tidak berupaya datang sendiri ke kelas disebabkan mereka cacat, atau kerana mereka tinggal terlalu jauh, atau kerana mereka bekerja pada waktu siang. Dengan mengambil kursus gaya pos, pelajar boleh membuat kerja pada bila-bila masa dan di mana- mana tempat. Namun demikian, sekolah gaya pos mempunyai keburukan kerana perhubungan peribadi tidak wujud antara guru dengan pelajar. | UMUM | |
SEKOLAH LATIHAN MELAYU KOTA BAHARU | SEKOLAH LATIHAN MELAYU KOTA BAHARU, pusat latihan persediaan perguruan pertama di Kelantan. Sekolah latihan perguruan ini ditubuhkan pada tahun 1926. Dua orang guru berpengalaman dari Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah dipinjamkan untuk mengajar di sekolah ini. Mereka ialah Arshad bin Talib dan Ujang bin Malaya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
KESATUAN KEBANGSAAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN | KESATUAN KEBANGSAAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN, kesatuan guru yang mengajar di sekolah rendah dan menengah. Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Sekolah Kebangsaan atau ringkasnya KKGSK menggantikan Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Melayu Lain-lain Latihan (KKGMLL). KKGMLI, ditubuhkan di Muar pada 24 Mei 1954 dan ahli-ahlinya terdiri daripada guru-guru Teachers Under Other Scheme (TUOS). KKGMLL kemudiannya ditukar nama kepada Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Sekolah Umum (KKGSU) pada tahun 1985. Pertukaran nama ini selaras dengan Laporan Razak. Keahlian KKGSU terbuka kepada semua guru yang mengajar di sekolah umum rendah dan menengah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
OLSON, CHARLES | Olson, Charles (1910–1970) ialah salah seorang penyair Amerika yang sangat berpengaruh pada zamannya. Pada tahun 1948, Olson mula mengajar di Black Mountain College, sekolah eksperimen di Black Mountain, Carolina Utara. Dia berkhidmat sebagai rektor (pengetua) sekolah dari tahun 1951 hingga tahun 1956. Di kolej itu, Olson mengajar beberapa orang bakal penyair besar Amerika Syarikat. | UMUM | |
ZAINAL ABIDIN S.M. | ZAINAL ABIDIN S.M. (1898-1960-an), pendidik dan ahli politik. Dia lahir pada bulan Oktober 1898 di Pulau Pinang. Nama seberanya ialah Sultan Maidin Zainal Abidin. Zainal Abdidin S.M. mengajar di Penang Free School. Di sekolah inilah dia mendapat pendidikan rendah dan menengahnya. Dia menjadi guru di sekolah ini selama 20 tahun dan mengajar mata pelajaran Ilmu Alam, Kesihatan, Bahasa Inggeris, Bahasa Latin, Bahasa Perancis, Bahasa Melayu dan Ilmu Hisab. Kemudian dia dilantik sebagai Guru Besar Sekolah St. Francis selama 10 tahun. Sebelum bersara pada bulan Julai 1953, dia bertugas sebagai nazir Sekolah-Sekolah Pulau Pinang selama lima tahun. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
TAMAN BIMBINGAN KANAK-KANAK | Taman bimbingan kanak-kanak ialah sekolah yang khusus bagi kanak-kanak yang berumur tiga atau empat tahun. Kanak-kanak ini belajar melalui pelbagai permainan dan aktiviti yang diselia oleh guru-guru yang dilatih khas. Taman bimbingan kanak-kanak, juga dipanggil prasekolah, membantu kanak-kanak membina kemahiran intelektual dan fizikal serta belajar menyesuaikan diri sebagai ahli sesuatu kumpulan. Sekolah ini juga mengajar aspek penjagaan kesihatan yang baik dan amalan keselamatan serta menggalakkan mereka berdikari. | UMUM | |
ZAILIANI TASLIM | ZAILIANI TASLIM (1959- ), penulis. Dia lahir pada 26 April 1959 di Kelang, Selangor. Dia mendapat pendidikan rendah di Sekolah Kebangsaan Binjai, Meru, Kelang, Selangor dari tahun 1967 hingga tahun 1971. Kemudian, dia melanjutkan pendidikan menengahnya di Sekolah menengah Tengku Idris Syah, Kapar, Kelang hingga tamat dan memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia. Dua tahun kemudiannya, dia melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Sesudah menamatkan pengajiannya, dia ditugaskan mengajar di beberapa buah sekolah di Selangor dan Terengganu. Kini, dia mengajar di Sekolah Menengah Landas, Felda Jerangau, Ajil, Terengganu. | SASTERA | Tokoh |
BAKRI SIREGAR | BAKRI SIREGAR (1922 - ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 14 Disember 1922 di Langsa, Aceh, Indonesia. Bakri Siregar pernah bertugas sebagai sidang pengarang akhbar Pendorong dan majalah Arah di Medan. Namun sebagai seorang pakar dalam bidang bahasa dan sastera Indonesia, dia lebih banyak mengajar. Dari tahun 1956 hingga tahun 1957, Bakri mengajar di University of Warsaw, Poland. Dia pernah menjadi pensyarah bahasa Indonesia di Falkutas Keguruan dan Ilmu Pendidikan, Universitas Sumatera Utara, Medan (1957 – 1959) di samping mengajar di sekolah swasta. Setelah itu, dia dilantik sebagai pensyarah Sejarah Sastera Indonesia Moden di Universiti Beijing, China (1959 – 1962). Bakri pernah menjadi anggota Pimpinan Pusat Lembaga Kebudayaan Rakyat (LEKRA) (1959 – 1965); Ketua Umum, Lembaga Sastera LEKRA (hingga 1965), dan setelah Gerakan 30 September (GESTAPU) meletus, dia ikut ditahan hingga tahun 1977. | SASTERA | Tokoh |
RUKIAH ABU BAKAR | RUKIAH ABU BAKAR (1939 – ), penulis. Dia lahir pada 23 November 1939, di Rengit, Batu Pahat, Johor. Dia pernah menggunakan nama samaran Yahmila. Dia mendapat pendidikan awal hingga Darjah Enam di Sekolah Melayu Rengit, Batu Pahat (1949 – 1953). Setelah menamatkan pelajarannya, Rukiah menjadi guru pelatih dan ebrtugas di Sekolah Melayu Mawar, Sungai Tongkang, Rengit (1954 – 1958). Rukiah juga pernah mengajar di Sekolah Kebangsaan Seri Sinaran, Tampok, Benut, Pontian. Di samping mengajar, Rukiah berkesempatan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (1967) dan Sijil Tinggi Persekolahan. | SASTERA | Tokoh |
LATIHAN GURU | LATIHAN GURU, latihan yang diberikan kepada calon guru untuk mengajar di sekolah rendah dan menengah. Latihan guru bagi sekolah rendah Inggeris bermula pada tahun 1905 di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Apabila Perang Dunia Kedua meletus, kursus ini dibuat secara pos. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Disiplin Ilmu |