ELEVEN-PLUS | Eleven-Plus ialah peperiksaan yang diambil oleh murid sekolah rendah yang berumur antara 10 tahun sehingga 11 tahun di beberapa bahagian di United Kingdom (UK). | UMUM | |
ANASTASIA KAREN RAJ | Anastasia Karen Raj (1976– ) ialah atlet Malaysia dalam acara jalan kaki. Dia lahir pada tahun 1976 di Kuala Lumpur dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Convent Sentul, dan Sekolah Menengah Convent Sentul, Kuala Lumpur. | UMUM | |
LATIHAN GURU | LATIHAN GURU, latihan yang diberikan kepada calon guru untuk mengajar di sekolah rendah dan menengah. Latihan guru bagi sekolah rendah Inggeris bermula pada tahun 1905 di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Apabila Perang Dunia Kedua meletus, kursus ini dibuat secara pos. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Disiplin Ilmu |
NUMEIRI JA'AFAR | Numeiri Ja’afar (1348 H.– / 1930 M.– ), Jaafar Muhammad Numeiri ialah presiden Republik Sudan dari bulan Mei 1969 hingga April 1985. Dia lahir di Ummu Darman, belajar di sekolah rendah dan menengah di sana. Kemudian dia melanjutkan pelajaran di sekolah Hantub Menengah yang sistemnya berdasarkan kolej Ghurdun al-Tizkaryyah dan ramai gurunya dari England. | UMUM | |
JUNAIDAH AMAN | JUNAIDAH AMAN (1955 - ), olahragawati. Dia lahir pada 18 Februari 1955 di Perak. Dia mendapat pendidikan di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Methodist Taiping. Kebolehannya bersukan terserlah sejak dari sekolah rendah lagi apabila dia berjaya memenangi pingat dalam acara yang disertainya. Namun penyakit asma yang dihidapnya menghalang Junaidah aktif bersukan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SAHLAN MOHD. SAMAN | SAHLAN MOHD. SAMAN (1949 - ), penulis. Dia lahir pada 3 November 1949 di Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Parit 6, Sungai Besar, Selangor (1956 – 1959), Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Sabak Bernam (1960 – 1962) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Sabah Bernam (1963 – 1967). Sebelum memasuki Maktab Perguruan Ilmu Khas, di Kuala Lumpur pada tahun 1970, dia bertugas sebagai guru sementara. | SASTERA | Tokoh |
AZHAR MOHD. SIMIN | AZHAR MOHD. SIMIN (1939 - ), ahli bahasa. Azhar lahir pada 20 Jun 1939 di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jalan Stoney dan Sekolah Rendah Jalan Raja Muda. Selepas itu, dia melanjutkan pelajaran menengahnya di Victoria Insitution, sebelum memasuki Maktab Tentera di Port Dickson. Pada tahun 1959, Azhar melanjutkan pelajaran di Kirkby College, Liverpool, England untuk mengikuti kursus perguruan dalam bidang pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (TESL). Setelah tamat pengajiannya di Kirkby College, dia menjadi guru bahasa Inggeris di Sekolah Menengah St. Gabriel, Kuala Lumpur selama lima tahun. | BAHASA | Konsep |
NOOR S.M. | NOOR S.M. (1939 - ), penyair. Dia lahir pada 2 Disember 1939 di Masjid Tanah, Melaka. Nama sebenarnya ialah Sabtu bin Manap. Dia mendapat pendidikan sekolah rendah di Masjid Tanah sehingga tamat Darjah Tujuh pada tahun 1954. Selepas beberapa bulan, Noor S.M. dilantik sebagai guru pelatih. Kemudian dia meneruskan pengajiannya di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim, Perak (1955 – 1957) dan setelah tamat dia bertugas sebagai pendidik di beberapa buah sekolah rendah dan menengah di Melaka. Dia belajar secara persendirian sehingga lulus Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1964 dan dia pernah mengikuti kuliah bertulis dari Universitas Nasional Indonesia tetapi tidak selesai. | SASTERA | Tokoh |
PERGERAKAN PUTERI ISLAM MALAYSIA | PERGERAKAN PUTERI Islam Malaysia, pertubuhan berpakaian seragam. Pertubuhan ini ditubuhkan pada tahun 1970-an oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM). LKPIM dipengerusikan oleh Tunku Puan Besar Kurshiah. PPIM merupakan salah satu pergerakan berpakaian seragam yang bergerak di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah/wilayah untuk para pelajar perempuan di sekolah-sekolah rendah, menengah, maktab/Institusi dan universiti. Ia bergerak sebagai sebuah pergerakan dalam unit kokurikulum dan aktivitinya adalah berdasarkan ajaran Islam. Ini adalah selaras dengan falsafah PPIM yang bertujuan melahirkan puteri sebagai insan kamil. Oleh sebab objektif pertubuhan ini dan objektif LKPIM berbeza, maka dengan nasihat pendaftar pertubuhan, Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) telah didaftarkan sebagai sebuah pertubuhan berpakaian seragam pada 3 Disember 1988 dengan perlembagaannya sendiri. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
MASHUDI KADER | MASHUDI KADER (1943 - ), ahli bahasa. Di lahir di Tanjung Karang, Selangor. Dia memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah Ulu Tiram Buruk, Tanjung Karang. Kemudian Mashudi meneruskan pendidikannya di Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) Tanjung Malim, Perak hingga tahun 1961. Selepas itu, dia melanjutkan pelajarannya di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) Tanjung Malim hingga tamat pada tahun 1964. Mashudi mula bertugas sebagai guru di tempat asalnya, iaitu Sekolah Rendah Seri Tiram Jaya. Pada bulan Mei 1966, dia meneruskan pelajarannya di Universiti Malaya. Selepas mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1969, Mashudi mengajar di Sekolah Menengah Tuanku Ampuan Rahimah, Kelang, Selangor. | BAHASA | Tokoh |