Sekstan ialah alat optik yang mengukur jarak
sudut di antara dua titik, seperti di antara matahari
dengan garisan ufuk. Sekstan juga digunakan
untuk pengemudian dan kaji selidik. Alat ini
dinamakan menurut bentuknya iaitu lebih kurang
satu per enam daripada satu bulatan. Bingkai
sekstan menyokong satu lengkok (arka) yang
bersenggat, lengan indeks yang boleh digerakkan
yang mewakil radius bulatan itu, dua cermin dan
satu teleskop kecil.
Astrolab ialah sejenis alat yang digunakan oleh ahli
astronomi dan ahli pelayaran awal untuk mengukur
sudut jasad samawi di atas ufuk. Ia terdiri daripada
sebuah cakera logam yang dipasangkan pada bingkai
bulat. Astrolab itu dibiarkan tergantung supaya tetap
tegak. Cakera tersebut mempunyai tempat
pemerhatian bagi mencerap bintang dan bingkainya
mempunyai serangkaian tanda bagi mengukur
ketinggian bintang itu.
Astrolab telah digantikan oleh sekstan dan alat
lain yang lebih tepat.
Lihat juga Sekstan.
Thanks for clicking. That felt good.