PENYAKIT JANGKITAN SEKSUAL | | UMUM | |
ESTROGEN | Estrogen ialah mana-mana satu daripada sekumpulan hormon yang sama dari segi kimia yang menyebabkan pertumbuhan dan perkembangan ciri-ciri seksual wanita pada manusia dan ciri-ciri seksual betina pada haiwan-haiwan lain. Estrogen juga mempengaruhi kitaran pembiakan wanita. | UMUM | |
KINSEY, ALFRED CHARLES | Kinsey, Alfred Charles (1894–1956), ahli biologi Amerika. Dia ialah salah seorang ahli sains pertama yang membuat kajian tentang tingkah laku seksual manusia. Kajiannya yang bermula pada akhir tahun 1930-an, menyumbangkan wawasan penting kepada perhubungan seksual antara manusia. | UMUM | |
UNDANG-UNDANG ADAT DI SABAH | UNDANG-UNDANG ADAT DI SABAH, peraturan-peraturan yang diaplikasi kepada penduduk peribumi Sabah, yakni mereka yang diberi status ‘anak negeri’. Peraturan ini berasal daripada adat atau amalan penduduk peribumi Sabah yang berkaitan dengan kepercayaan, kekeluargaan, pewarisan, kejiranan, hubungan seksual dan tatacara menimbangkan konflik. Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahawa adat yang dipakai oleh pelbagai suku kaum yang terdapat di Sabah seperti suku kaum Dusun-Kadazan, Murut, Bajau, Melayu, Bugis, Orang Sungai dan lain-lain lagi boleh dikekalkan dan merupakan sebahagian daripada undang-undang negara sekiranya ia menepati syarat-syarat berikut. Pertama, adat tersebut tidak boleh direka tetapi mempunyai sejarah turun-temurun. Kedua, adat tersebut masih dihayati oleh suku kaum berkenaan. Ketiga, adat itu mestilah diamalkan secara berterusan, yakni tidak pernah terputus daripada satu keturunan kepada satu keturunan, dan keempat, adat itu mestilah boleh dikuatkuasakan dalam erti kata bahawa ia jelas dari segi hukuman yang akan dikenakan terhadap pesalah. | BUDAYA | Konsep |
MAHKAMAH ANAK NEGERI | MAHKAMAH ANAK NEGERI, mahkamah rendah peribumi Sabah dan Sarawak yang mempunyai bidang kuasa yang berkaitan dengan adat. Mahkamah ini mengadili kes-kes yang berkaitan dengan hal ehwal agama, pewarisan, perkahwinan, dan kesalahan seksual. | BUDAYA | Institusi/Organisasi |
PALANG | PALANG, penggunaan susuk zakar di kalangan masyarakat Dayak di Kepulauan Borneo. Palang melibatkan pembedahan pada zakar untuk memasang suatu alat yang kononnya meningkatkan rangsangan seksual di kalangan kaum wanita. Alat yang dipasang diperbuat daripada taring, buluh, kayu, logam atau tulang binatang. Zakar ditebuk seperti menebuk telinga, supaya sebatang pin atau susuk boleh dimasukkan ke dalam lubang yang telah ditebuk. Bahan-bahan lain termasuklah batu permata, kaca, biji, bulu pelepah dan bulu babi. Diameter bagi susuk ini biasanya antara 2 mm hingga 4 mm dan lebih kurang 21 mm hingga lebih 5 cm panjang. | BUDAYA | Ubat-Ubatan |