Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sé.kun.der] | سيکوندر

Definisi : (sékunder) yg kedua (pentingnya, tingkatannya, dll), tidak yg utama, yg terbit atau terhasil drpd sesuatu yg asas atau utama: manusia merupakan individu psikologikal yg wajib memenuhi beberapa keperluan asas dan ~; fungsi yg ~ ini boleh ada, boleh tidak; sumber-sumber ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sekunder


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HUTAN SEKUNDER

Hutan sekunder ialah hutan yang tumbuh setelah hutan primer ditebang atau musnah akibat bencana alam atau gangguan lain.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIFlora dan Fauna
ORBIT

Orbit ialah laluan objek semula jadi atau objek

buatan yang bergerak di bawah suatu daya pusat.

Dalam bidang astronomi, istilah orbit merujuk

secara khusus kepada laluan sebarang objek yang

pergerakannya dikawal oleh tarikan graviti objek

lain. Ahli astronomi menamakan salah satu

daripada dua objek yang lebih berjisim itu

sebagai primer , dan objek yang kurang berjisim

itu sebagai sekunder . Bulan, umpamanya, ialah

sekunder dan berpusing mengelilingi primernya,

bumi. Bumi, sebaliknya ialah sekunder yang

bergerak mengelilingi primernya, matahari. Kapal

angkasa menjadi sekunder kepada bumi atau

planet lain, atau sekunder kepada bulan atau

matahari.

UMUM 
SUNTIKAN AIROperasi menyuntikkan air ke dalam reservoir yang mengeluarkan minyak bagi penyenggaraan tekanan reservoir dan/atau membantu perolehan. Dengan demikian, suntikan air boleh digunakan untuk mengekalkan tekanan reservoir atau memperlambat kadar penurunannya, atau sebagai teknik perolehan sekunder. Operasi suntikan air telah digunakan oleh industri petroleum sejak tahun 1890 tetapi maklumat mengenainya hanya didokumentasikan sejak tahun 1922.KEJURUTERAANProses/Tindak Balas
MALNUTRISI

Malnutrisi ialah suatu keadaan tidak sihat yang

disebabkan oleh makanan yang tidak berzat,

makanan yang tidak sesuai, atau tubuh yang tidak

dapat menyerap atau menggunakan zat makanan.

Malnutrisi primer berlaku apabila tubuh mendapat

terlalu banyak makanan, tidak memperoleh

makanan yang cukup atau mendapat makanan yang

tidak sesuai. Malnutrisi sekunder berlaku apabila,

disebabkan penyakit, tubuh tidak boleh

menggunakan zat makanan walaupun zat makanan

itu terdapat dalam sesuatu makanan.

UMUM 
KAYU-KAYAN

Kayu-kayan merupakan tisu komposit yang terdapat di dalam pokok yang juga dikenali sebagai xilem sekunder.

PERTANIANKonsep
SISTEM LIMPASistem limfa terdiri dari salur limfa, nodus limfa dan beberapa organ; organ-organ utama terdiri dari sumsum tulang dan kelenjar timus (yang terletak di sebalik tulang dada – sternum, berkedudukan di atas jantung); organ-organ sekunder terdiri dari tonsil dan limpa (bahagian atas kiri abdomen), nodus limfa (di sepanjang saluran limfa dan tertumpu di bahagian leher, ketiak, abdomen dan kelangkang), tampalan Peyer ‘Peyer’s patch’ (pada bahagian usus) dan apendiks. BIOLOGISistem
SENDUDUK

SENDUDUK (Malastoma malabathricum daripada famili Melastomataceae), pokok renek, setinggi 1 m hingga 2 m dan sering ditemui di sekitar tanah terbiar atau di pinggir hutan sekunder. Daunnya berbentuk lanseolat, dua urat daun memanjang  kiri kanan urat tengah, kesat dan berwarna hijau muda. Bunga pokok senduduk berjambak di hujung ranting dan berwarna merah sama.  Isi buah pokok ini berwarna kebiruan dan mengandungi biji-biji yang halus.

BUDAYAFlora dan Fauna

Kembali ke atas