Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.la.ku] | سلاکو

Definisi : 1. semacam, seperti: kain tersidai di sana sini ~ tidak ada ampaian khas; 2. (bertindak dll) seperti, dlm kedudukan, sebagai: ~ pemimpin persatuan itu beliau tentulah sedar akan tugasnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.la.ku] | سلاکو

Definisi : 1 seperti; semacam: Rumah itu kelihatan terlalu sunyi ~ tidak berpenghuni. 2 sebagai: ~ bapa angkat, beliau berhak menasihati pemuda itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laku (adjektif)
1. Dalam konteks wang
bersinonim dengan sah, boleh digunakan,

2. Bersinonim dengan laris: terjual, dikehendaki, larap,

Kata Terbitan : selaku, berlaku, melakukan, memperlakukan, kelakuan, berkelakuan, pelaku,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
JURNAL PERSATUAN LINGUISTIK MALAYSIA

JURNAL PERSATUAN LINGUISTIK MALAYSIA,  jurnal  terbitan persatuan ahli bahasa dan penggiat bahasa Melayu di Malaysia.  Jurnal ini terbit kali pertama pada tahun 1983.  sidang Editornya terdiri daripada Prof. Dr. Nik Safiah Karim selaku Ketua Editor, Dr. Abd. Aziz Idris selaku Editor  dan Prof. Dr. Farid M. Onn serta Awang Sariyan selaku Editor Pelaksana.

BAHASAKarya
DAFTAR ISTILAH MBIM

DAFTAR ISTILAH MBIM, buku daftar istilah sumber berbahasa Inggeris dengan padanan dalam bahasa Melayu, diterbitkan pada tahun 1986 hasil kerjasama Malaysia dan Indonesia dalam persidangan MBIM (Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia). Buku setebal 1601 halaman ini menghimpunkan lebih kurang 75 000 istilah sumber berbahasa Inggeris dengan padanan dalam bahasa Melayu bagi 65 bidang/ subbidang ilmu. Daftar istilah ini telah dikumpul semenjak persidangan MBIM yang ke-7 hingga ke-23 yang meliputi tahun 1974 hingga tahun 1985. Daftar ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka selaku urus setia Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia bagi negara Malaysia dalam majlis tersebut.

  

 

BAHASAKarya
SKIM AMANAH SAHAM WAWASAN 2020

SKIM AMANAH SAHAM WAWASAN 2020, skim saham amanah yang ditubuhkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk golongan yang berumur antara 12 tahun hingga 29 tahun.  Skim Amanah Saham wawasan 2020 (ASW 2020) terbuka kepada semua kaum dengan tujuan untuk mengukuhkan perpaduan nasional dan mendorong pembinaan bangsa Malaysia.  ASW 2020 dilancarkan secara rasmi pada 28 Ogos 1996 oleh Dato’ Seri Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia, selaku Pengerusi Yayasan Pelaburan Bumiputera.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep

Kembali ke atas