MIELITIS | Mielitis ialah keradangan saraf tunjang atau sumsum tulang dan selalunya disebabkan oleh virus atau jangkitan lain. Poliomielitis ialah satu bentuk mielitis. Bentuk lain termasuk sklerosis berbilang dan penyakit anjing gila. Gejala penyakit mielitis selalunya termasuk sakit belakang dan lumpuh. | UMUM | |
MALIGNANSI | Malignansi selalunya dirujuk sebagai tumor malignan atau kanser, dan bukannya tumor benigna (yang bukan kanser) (lihat Tumor). | UMUM | Umum |
DELINKUENSI JUVENIL | Delinkuensi juvenil selalunya dikaitkan dengan perlanggaran undang-undang oleh seseorang juvenil. Perbuatan ini dianggap jenayah jika dilakukan oleh orang dewasa seperti mencuri dan juga perbuatan yang hanya salah di sisi undang-undang bagi kanak-kanak lelaki atau perempuan, seperti membeli minuman keras. Kebanyakan orang menggunakan istilah delinkuensi juvenil bagi semua perbuatan golongan remaja yang bertentangan dengan norma masyarakat, tidak kira sama ada perbuatan itu salah atau tidak di sisi undang-undang. | UMUM | |
PETIT POINT | Petit point ialah bentuk sulaman yang halus, selalunya dijahit di atas kanvas jejaring halus. Istilah ini juga digunakan untuk menggambarkan kanvas yang telah siap. Petit point kadangkala dikenali juga sebagai jahit khemah (tent stitch) atau jahit setengah (half stitch). | UMUM | |
AUTOGRAF | Autograf ialah apa saja yang ditulis tangan. Istilah ini selalunya merujuk kepada tandatangan seseorang. Walau bagaimanapun, autograf juga boleh jadi banyak contoh tulisan, seperti surat kiriman, dokumen, dan manuskrip. Istilah autograf berasal dari perkataan Yunani autos bermakna diri, dan graphein, bermakna menulis . | UMUM | |
ELEGI | Elegi ialah puisi yang biasanya dikaitkan dengan kematian, selalunya kematian rakan-rakan. | UMUM | |
KAKI TOMBOL | Kaki tombol ialah bentuk kaki yang luar biasa, selalunya terjadi sejak kelahiran. Walau bagaimanapun, ia berkemungkinan juga terjadi kemudian akibat daripada kemalangan atau poliomielitis atau disebabkan penyakit-penyakit lain. Keadaan tersebut juga dinamakan talipes. | UMUM | |
MAGNOLIA | Magnolia ialah nama sekumpulan pokok dan pokok renek yang selalunya mempunyai bunga yang besar dan menarik. Magnolia tumbuh di dua kawasan berasingan di dunia. Kebanyakan daripada 80 spesies pokok ini tumbuh di Asia. Sesetengah spesies tumbuh di Amerika Utara dan Amerika Selatan. | UMUM | |
TAKOMETER | Takometer ialah peranti yang digunakan untuk mengukur kelajuan putaran bagi roda atau aci pemintal, selalunya dalam putaran per minit (rpm). Takometer juga sering kali digunakan untuk mengukur rpm enjin pada kereta, kapal laut dan kapal terbang. Takometer menunjukkan kuasa enjin dan kepantasannya menukar tenaga kepada daya mekanikal. | UMUM | |
TELEPRINTER SAHAM | Teleprinter saham ialah petunjuk elektronik yang menunjukkan pembelian dan penjualan stok dan saham. Ia selalunya terpapar di skrin video. Petunjuk ini mencatatkan setiap urus niaga termasuk nama syarikat yang menerbitkan saham, bilangan saham yang terlibat, dan saham yang dibeli atau dijual. | UMUM | |