Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
selang (kata nama)
Bersinonim dengan lat, senggang, jarak, antara, lang, renggang, sela;,
Kata Terbitan : berselang, berselang-seli, berselang-selang, menyelang, menyelangi, selangan, perselangan, penyelang,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TEMBOK HADRIAN

Tembok Hadrian dibina oleh Maharaja Rom,

Hadrian, pada tahun 120-an M. merentasi utara

Britain di antara Solway Firth dengan muara Sungai

Tyne. Tembok ini dibina untuk menandakan

sempadan Britain Rom, dan untuk menghalang

serangan dan penyeludupan oleh kaum Pict dan Scot.

Sebahagian tembok dibina menggunakan batu

dan sebahagian lagi merupakan tetembok daripada

rumput. Terdapat beberapa kubu kecil, dikenali

sebagai <i> milecastle i>(kastil sebatu)<i> , i>dibina selang

sebatu (kira-kira 1.6 kilometer) setiap satu di

sepanjang tembok ini, di samping 23 kubu besar ini.

<i> Vallum i>ialah parit yang selari dengan tembok. Banyak

bahagian tembok ini masih kukuh hingga kini.

Lihat juga Tembok Rom.

UMUM 

Kembali ke atas