Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : negeri di barat Semenanjung, ke­luasan 8184 km2, Shah Alam sbg ibu negeri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata selangor


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KUALA SELANGOR

KUALA SELANGOR,  pintu masuk ke negeri Selangor melalui laut dan asas permulaan negeri Selangor. Kuala Selangor terletak di sebelah pantai barat negeri Selangor. Daerah ini mendapat masa dari Sungai Selangor yang mengalir merentangi daerahnya dari arah timur laut ke barat daya menuju ke Selat Melaka. ‘Selangor’ dikatakan berasal daripada nama sejenis pokok iaitu ‘mentagau’ yang tumbuh liar dan banyak di kuala sungai itu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
KENANG-KENANGAN SELANGOR

KENANG-KENANGAN Selangor, buku salasilah dan adat istiadat pemerintahan Kesultanan Selangor.  Buku ini ditulis oleh Wan Mohd. Amin Wan Mohd. Said, Dato' Amar Diraja Penghulu Istiadat Selangor Darul Ehsan.  Buku ini diterbitkan pada bulan Julai 1937 oleh The New Klang Press, Edisi kedua diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (1966)) dalam tulisan Rumi, dengan judul Pusaka Selangor dan disunting oleh Abdul Samad Ahmad.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKarya
KESULTANAN SELANGOR

KESULTANAN SELANGOR, institusi kerajaan Selangor. Raja yang memakai gelaran Sultan Selangor yang pertama ialah Raja Lumu. Penabalan dan pengiktirafan gelaran ini berlaku pada tahun 1766.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
SELANGOR

Selangor (pend. 2 289 236) ialah negeri yang

terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia,

keluasannya 8200 kilometer persegi, berada di

antara garisan lintang 3 ° 40’ dan 2 ° 30’ utara. Ibu

negerinya Shah Alam sementara bandar diraja ialah

Kelang yang terletak di bahagian barat negeri itu.

Shah Alam menjadi ibu negeri Selangor dan pusat

pentadbiran pada tahun 1980 setelah mengalami

perubahan pesat baik dari segi infrastruktur

mahupun kependudukan. Ini disebabkan kawasan

Shah Alam lebih luas dan mempunyai perancangan

bandar moden yang lebih sistematik. Shah Alam

semakin berkembang dengan mempunyai beberapa

buah hotel mewah dan kawasan perindustrian dan

pelancongan.

UMUM 
DIALEK MELAYU DI SELANGORDIALEK MELAYU DI SELANGOR, dialek yang dituturkan di negeri Selangor. Dialek ini mempunyai pelbagai ragam. Kepelbagaian ini berkait rapat dengan keadaan penuturnya yang terdiri daripada penutur pendatang dari pelbagai kawasan dialek Melayu  lain di Semenanjung. Sebagai tempat pertembungan pelbagai penutur dialek Melayu, maka tentu sahaja sukar bagi kita untuk memastikan ragam yang manakah yang mencirikan dialek asli Melayu Selangor sebenar. Terjadinya keadaan seperti ini ada hubungannya dengan kedudukan negeri Selangor yang pada awal sejarahnya merupakan pusat pentadbiran, pusat budaya dan pusat perniagaan bagi Semenanjung Malaysia.BAHASABahasa
ADAT PERTABALAN SULTAN SELANGOR

ADAT PERTABALAN SULTAN SELANGOR,  upacara menabalkan Sultan Selangor yang baharu untuk menggantikan sultan yang mangkat.

           

BUDAYAKonsep
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI SELANGORBadan menjaga kemajuan Selangor.SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANInstitusi/Organisasi
ALAT KEBESARAN DIRAJA NEGERI SELANGOR

ALAT KEBESARAN DIRAJA NEGERI SELANGOR, sekumpulan alatan yang menjadi lambang kebesaran serta pengesahan Sultan Kedah.

BUDAYAKonsep
MAARUF MAHMUD

MAARUF MAHMUD (1920-   ), penulis. Dia lahir pada 4 Disember 1920 di Hulu Yam Baru, Hulu Selangor, Selangor. Dia juga menggunakan nama pena Marmah dan Merak Mas. Maaruf mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Ulu Yam Baru (1926-1927) dan Sekolah Melayu Port Swettenham hingga tahun 1930. Dia menyambung persekolahannya di High School Klang (1931-1934).

SASTERATokoh
ABDUL LATIF ABDUL RAZAK

Abdul Latiff Abdul Razak (1889–1956), ahli perubatan dan anak Melayu pertama mendapat kelulusan doktor perubatan. Beliau dilahirkan pada 27 Ogos 1889 di Pasir Penambang, Kuala Selangor, Selangor. Abdul Latiff mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Sabak Bernam, Selangor; Victoria Institution, Kuala Lumpur; Malay College Kuala Kangsar, Perak; dan King Edward VII, Medical College Singapura.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
12345678910...

Kembali ke atas