Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[se.la.ras] | سلارس

Definisi : sama haluan, secocok, sepadan, sesuai: tawanan perang mestilah dijaga ~ dgn kandungan Perjanjian Geneva; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[se.la.ras] | سلارس

Definisi : 1 sama nadanya; setala. 2 sepadan; sesuai; secocok: Dia telah diberi tugas yg ~ dgn kecekapannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
laras
Kata Terbitan : selaras, menyelaraskan, penyelarasan, keselarasan, penyelaras,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERBADANAN PEMBANGUNAN BANDAR (UDA)

Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA)

ialah badan berkanun di bawah Kementerian

Pembangunan Usahawan. Badan ini lebih dikenali

sebagai UDA iaitu singkatan daripada Urban

Development Authority. UDA berfungsi sebagai

pelaksana dasar-dasar kerajaan bagi menyusun

semula masyarakat selaras dengan Dasar Ekonomi

Baru (DEB) melalui pembangunan dan

penyusunan semula bandar.

UMUM 
ANZUS

ANZUS adalah perjanjian pertahanan yang dibuat

secara kolektif yang dibuat oleh Australia, New

Zealand, dan Amerika Syarikat. Nama tersebut

menggabungkan huruf pertama setiap nama negara

ahli. Setiap negara tersebut mengisytiharkan

bahawa serangan bersenjata terhadap kawasan

Pasifik di mana-mana satu daripada tiga negara ini

membahayakan mereka semua. Setiap negara

berjanji untuk “bertindak menentang bahaya yang

dialami bersama selaras dengan proses

perlembagaannya.” Perjanjian tersebut

ditandatangani di San Francisco pada 1 September

1951 dan mula berkuat kuasa pada 29 April 1952.

UMUM 
BAHASA MELAYU SELEPAS MERDEKA

BAHASA MELAYU SELEPAS MERDEKA, bahasa Melayu yang digunakan antara bulan September 1957 hingga tahun 1967. Bahasa ini memainkan peranan baharu sebagai bahasa kebangsaan selaras dengan taraf dan kedudukannya seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152 dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967.

BAHASAKonsep
RANGKAP BEBAS

Rangkap bebas ialah gaya puisi yang tidak

mengikuti peraturan tradisional mengarang puisi.

Dalam penulisan rangkap bebas, penyair

mengelakkan unsur-unsur tertentu seperti pola

irama atau ritma. Sebaliknya, penyair membezakan

panjang sesuatu rangkap, dan menggunakan

bilangan suku kata luar biasa dalam rangkap, dan

menggunakan tempat berhenti yang ganjil di

penghujung setiap rangkap. Mereka juga

menggunakan pelat dan ritma yang tidak sama dan

skima ritma yang tidak selaras. Tetapi rangkap

bebas tidak bebas daripada semua bentuk. Ia tetap

menggunakan teknik asas puisi sebagai aliterasi

dan ulangan.

UMUM 
UDAUDA, agensi berkanun.  UDA ialah singkatan Urban Development Authority (Perbadanan Pembangunan Bandar).  Ia berperanan sebagai pelaksana dasar-dasar kerajaan bagi menyusun semula masyarakat selaras dengan Dasar Ekonomi Baru melalui pembangunan dan penyusunan semula bandar.  UDA ditubuhkan pada 1 September 1971 di bawah Akta Perbadanan Pembangunan Bandar 1971.  Akta ini mengandungi fungsi-fungsi utama UDA iaitu bagi memajukan dan melaksanakan projek-projek di kawasan pembangunan bandar bagi pembangunan, pembangunan semula dan penempatan semula. Ia juga bertujuan supaya peluang dalam bidang perdagangan, perusahaan, perumahan dan lain-lain dapat diagihkan  dengan sama rata dan adil antara berbagai-bagai kaum.  Melalui program tindakan pembangunan yang dijalankan oleh UDA, diharapkan akan dapat membentuk dan menyusun semula masyarakat melalui pembangunan bandar.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
DEWAN BAHASA

DEWAN BAHASA, majalah bahasa yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1957. Keluaran sulungnya ialah pada bulan September 1957 dengan cogan kata yang berbunyi ‘Mendukung Cita-cita Bahasa Jiwa Bangsa’. Cogan kata ini selaras dengan matlamat penubuhan DBP, iaitu untuk memenuhi perjuangan dan aspirasi rakyat mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

BAHASAPenerbitan
TILAWAH AL-QUR'AN

TILAWAH AL-QUR’AN, perujian membaca al-Qur’an yang merupakan satu tradisi dan peristiwa tahunan di Malaysia. Perkataan ‘tilawah’ bererti ujian. Sebelum ini; tilawah dikenal dengan musabaqah al-Qur’an yang bermakna membaca al-Qur’an. Pertandingan ini bertujuan untuk menggalakkan umat Islam menghayati al-Qur’an, membacanya, mempelajari hikmah isi kandungannya dan menghafalnya. Ini selaras dengan agama Islam sebagai agama rasmi.

BUDAYAPeristiwa
REVOLUSI MENTAL

REVOLUSI MENTAL, gerakan reformasi anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada akhir tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an yang bertujuan mengubah pemikiran dan budaya orang Melayu yang dikatakan tidak selaras dengan arus pembangunan. Idea tentang gerakan reformasi ini terkandung dalam sebuah buku dengan judul yang sama iaitu Revolusi Mental, suntingan Senu Abdul Rahman. Buku ini dicetak bagi pihak UMNO oleh Utusan Melayu (Malaysia) Berhad pada tahun 1971 dan diulang cetak pada tahun 1973. Buku ini diterbitkan selepas Peristiwa 13 Mei 1969 dan pelancaran Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1971. Revolusi Mental  lahir dalam konteks orang Melayu merasa diri mereka terancam di tanah air mereka sendiri kerana mereka dikatakan tidak mempunyai keupayaan untuk bersaing dengan orang bukan Melayu dan bangsa-bangsa lain di dunia.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
MITOS

MITOS, cerita yang memberi keterangan tentang suatu tanpa diketahui siapa pengarangnya.  Mitos berakar umbi daripada sesuatu kepercayaan masyarakat semasa masyarakat itu masih dalam keadaan primitif.  Mitos merupakan percubaan masyarakat itu memberi keterangan tentang sesuatu yang berlaku dalam alam sekelilingnya, seperti apabila seorang dewasa cuba menjawab soalan daripada seorang kanak-kanak.  Keterangan yang diberikan adalah sesuai dan selaras dengan tahap pemikiran yang dicapai oleh masyarakat semasa mitos itu diciptakan.  Keterangan yang diberikan dalam mitos itu juga diterima oleh akal masyarakat tersebut.

SASTERAKepercayaan
SEKIM AMANAH SAHAM NASIONALSEKIM AMANAH SAHAM NASIONAL, skim saham amanah yang pertama yang ditubuhkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).  Sekim Amanah Saham Nasional (Sekim ASN)  ditubuhkan dengan tujuan menggembleng tabungan kaum bumiputera termasuk golongan di luar bandar serta memupuk tabiat menabung di kalangan mereka. Sekim ASN dilancarkan secara rasmi pada 20 April 1981 oleh Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia. Skim ini mempunyai ciri-ciri yang unik dan telah membawa pulangan yang baik dan stabil dalam bentuk dividen dan bonus kepada para pelabur sejak penubuhannya. Skim ini adalah wahana utama kerajaan bagi meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor korporat dan membantu membasmi kemiskinan di kalangan mereka selaras dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB).SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
12

Kembali ke atas