Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENAJIS

1.25pt 0pt 1pt; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENAJIS, tempat penabalan Yang Dipertuan Besar Seri Menanti hingga tahun 1830.  Penajis adalah sebuah kampung dalam daerah Rembau.  Penajis juga nama sebatang sungai mengambil sempena nama kampung tersebut .  Pada masa dahulu, Penajis dikenal dengan nama Kampung Penajuh.  Sejarah Melayu ada menyebut Sungai Penajuh semasa menggambarkan keagungan kerajaan Melayu Melaka di bawah pemerintahan Sultan Mahmud Syah (1488-1511).  Nama ini selari dengan cerita lisan tempatan yang menyatakan bahawa kampung tersebut telah dibuka oleh  Datuk Najuh.  Makamnya terletak di tebing Sungai Penajis berhampiran  dengan balai raya Kampung Bandar Penajis sekarang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
PERTANDINGAN LOMPAT KUDA

Pertandingan lompat kuda ialah

pertandingan sukan menunggang kuda. Dalam

acara pertandingan lompat kuda, penunggang

bertanding dengan menunggang kuda atau kuda

padi dan melompat melepasi pelbagai halangan

yang disediakan khas. Halangan yang lazim

termasuk pintu pagar, pagar, palang selari, dan

tembok tiruan. Sesetengah padang pertandingan

lompat kuda memasukkan halangan yang tetap

seperti tebing, pagar pokok yang kekal, dan

lompatan air. Dua atau lebih halangan yang

diletakkan kurang daripada 12 meter jaraknya

dikenali sebagai kombinasi. Halangan mempunyai

ketinggian (sehingga lebih kurang 1.7 meter) atau

kelebaran (sehingga lebih kurang 2.2 meter,

melainkan lompat air, yang mungkin sepanjang

4.25 meter). Halangan seperti oxer (kombinasi

pagar pokok dan selusur) atau palang tiga

serangkai mempunyai ketinggian dan kelebaran.

Padang yang tipikal mempunyai 10 atau 12

halangan, tetapi padang bagi acara antarabangsa

mungkin mempunyai lebih halangan.

UMUM 
TEMBOK HADRIAN

Tembok Hadrian dibina oleh Maharaja Rom,

Hadrian, pada tahun 120-an M. merentasi utara

Britain di antara Solway Firth dengan muara Sungai

Tyne. Tembok ini dibina untuk menandakan

sempadan Britain Rom, dan untuk menghalang

serangan dan penyeludupan oleh kaum Pict dan Scot.

Sebahagian tembok dibina menggunakan batu

dan sebahagian lagi merupakan tetembok daripada

rumput. Terdapat beberapa kubu kecil, dikenali

sebagai milecastle (kastil sebatu) , dibina selang

sebatu (kira-kira 1.6 kilometer) setiap satu di

sepanjang tembok ini, di samping 23 kubu besar ini.

Vallum ialah parit yang selari dengan tembok. Banyak

bahagian tembok ini masih kukuh hingga kini.

Lihat juga Tembok Rom.

UMUM 

Kembali ke atas