Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : laut yg sempit yg menceraikan dua daratan atau pulau-pulau: S~ Melaka; S~ Teberau; Negeri-Negeri S~ negeri-negeri yg letaknya di Selat Melaka (Singapura, Melaka, dan Pulau Pinang pd zaman kolonial). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
selat
Rujuk :laut

Puisi
 

Singapura negeri selat,
     Selat bernama Johor Bahru;
Pura-pura tidak dilihat,
     Tapi hati bagai digaru.


Lihat selanjutnya...(25)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SELAT

Selat ialah terusan air yang sempit di antara dua

jasad air yang besar. Banyak peperangan telah

berlaku dan perjanjian dirundingkan untuk

menguasai dan menggunakan selat-selat penting di

dunia. Antara selat yang terkenal termasuk Selat

Gibraltar di antara Lautan Atlantik dan Laut

Mediterranean, dan Selat Bosporus dan Selat

Dardanelles di antara Laut Mediterranean dan Laut

Hitam. Selat Magellan yang terletak di hujung

Amerika Selatan adalah satu-satunya selat di antara

Lautan Atlantik dan Lautan Pasifik. Istilah <i> selat, i>

<i> laluan i> dan <i> terusan i> biasa dipakai silih berganti

dengan satu dengan lain.

Lihat juga rencana berasingan dalam

<i> Ensiklopedia Dunia i> tentang beberapa selat.

UMUM 
SELAT MENAI

Selat Menai ialah selat yang sempit di antara

pulau Anglesey di Laut Ireland dengan tanah besar

Wales Utara. Selat ini lebih kurang 25 kilometer

panjang dan terbentang dari Beaumaris di timur

laut ke Abermenai Point di barat daya. Lebarnya

tidak sekata dari lebih kurang lima kilometer

hingga sekecil 180 meter. Bangor ialah bandar

yang terbesar di selat ini. Jambatan gantung Selat

Menai yang dibina oleh Thomas Telford terletak

berhampiran.

UMUM 
SELAT SAINT GEORGE

Selat Saint George ialah cabang selat di Lautan

Atlantik yang memisahkan Wales dari bahagian

selatan Ireland. Panjangnya lebih kurang 160

kilometer dan lebarnya antara 97 kilometer dan 160

kilometer. Selat ini bermula dari Holyhead dan

Dublin hingga ke St. David’s Head,

menyambungkan Laut Irish dengan Lautan Atlantik.

UMUM 
SELAT INGGERIS

Selat Inggeris ialah kawasan berair di antara

England dengan Perancis yang menghubungkan

Lautan Atlantik dengan Laut Utara. Selat sepanjang

563 kilometer ini lazimnya dirujuk sebagai Selat

Inggeris. Lebarnya berbeza-beza dari kira-kira 35

kilometer hingga 160 kilometer. Bahagian yang

paling sempit – di antara bandar Dover di England

dengan bandar Calais di Perancis – ialah Selat

Dover.

UMUM 
SELAT BASS

Selat Bass memisahkan Tasmania dari tanah

besar Australia. Untuk lokasinya, lihat Australia

(peta politik). Selat ini lebarnya lebih kurang

240 kilometer. Kawasan perairan yang cetek ini

dalamnya antara 55 meter hingga 90 meter. Arus

lautan yang kuat melanda sepanjang selat ini dan

mengakibatkan keadaan yang bergelora sepanjang

tahun. Terdapat banyak pulau di Selat Bass,

termasuk gugusan pulau Furneaux dan Kent. Selat

ini dinamakan sempena nama George Bass, yang

belayar melaluinya bersama-sama Matthew

Flinders pada tahun 1798.

UMUM 
RENANG SELAT

Renang selat secara amnya merujuk kepada

berenang untuk menyeberangi Selat Inggeris.

Perenang-perenang jarak jauh dunia menganggap

acara renang ini sebagai salah satu cabaran yang

paling besar bagi kerjaya mereka. Dalam beberapa

tahun, seramai 50 orang mencuba untuk

menyeberanginya. Lima daripada enam percubaan

itu gagal. Hari ini, kebanyakan perenang yang berjaya

berenang menyeberanginya dengan teknik yang

lebih baik, dalam masa separuh daripada yang

diambil oleh perenang selat yang pertama, iaitu

Matthew Webb yang merenanginya pada tahun 1875.

UMUM 
SELAT MAGELLAN

Selat Magellan ialah jalan air yang sempit dan

bergelora yang memisahkan Kepulauan Tierra del

Fuego dari tanah besar Amerika Selatan. Selat

Magellan terletak di bahagian selatan benua itu.

Pada tahun 1520, Ferdinand Magellan, penjelajah

Portugis, mengetuai expedisi orang Eropah yang

pertama melalui selat ini semasa mengelilingi

dunia buat pertama kalinya.

UMUM 
SELAT MILFORD

Selat Milford, di pantai barat Pulau Selatan,

New Zealand, ialah salah satu tarikan pelancong

yang paling terkenal di negara itu. Tebing batu

yang curam dan tinggi menjadikannya <i> selat i>

(serokan laut) yang paling hebat di kawasan

tersebut.

UMUM 
SELAT BRISTOL

Selat Bristol ialah cabang Lautan Atlantik yang

terletak di antara Wales dengan barat daya

England. Ia menganjur kira-kira 130 kilometer dari

laut ke Sungai Severn (lihat United Kingdom [peta

muka bumi]). Pasang surut yang melanda bahagian

terusan yang sempit ini menyebabkan berlaku

<i> ombak muara i> (ombak gadang yang tinggi). Ombak

ini telah menyongsangkan aliran Sungai Severn.

Ketinggian ombak gadang boleh mencapai 12

meter. Swansea dan Cardiff ialah pelabuhan utama

di pantai Wales. Bristol terletak berhampiran

dengan hulu selat. Manakala berhampiran Bristol

pula ialah Sungai Avon yang mengalir ke muara

Sungai Severn.

UMUM 
SELAT MELAKA

SELAT MELAKA, perairan penting dan laluan utama di antara Timur dengan Barat.  Selat Melaka memisahkan Sumatera dengan Semenanjung Malaysia lebih 600 batu nautika.  Selat ini juga menghubungkan Lautan Hindi dengan Laut China Selatan.  Kelebarannya berbeza-beza dari tiga batu nautika di laluan paling sempit berhampiran Singapura, hingga 300 batu nautika berhampiran jalan masuk di barat laut. Selat Melaka agak cetek dan di jalan masuk di bahagian selatan terdapat banyak pulau kecil  yang dikelilingi oleh terumbu, beting pasir dan arus yang berbahaya.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
12345678910...

Kembali ke atas