Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata seluas

Peribahasa

Sukakan kemenyan,
     dibakar.

Bermaksud :

Sukakan pengetahuan yang baik hendaklah disebarkan seluas-luasnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TANAH PAYA ALLEN

Tanah paya Allen ialah kawasan seluas 970

kilometer persegi di tengah Ireland. Ia menjangkau

dari kaunti Kildaire hingga sebahagian Laois, Offaly,

dan Westmeath. Gambut yang digali dengan mesin

dari rawa itu digunakan sebagai bahan api di stesen

janakuasa tertentu.

UMUM 
PERGUNUNGAN ADIRONDACK

Pergunungan Adirondack adalah sekumpulan

gunung yang melitupi kawasan seluas 30 000

kilometer persegi di barat laut negeri New York.

Pergunungan Adirondack terletak di sebelah barat

Pergunungan Appalachian. Ramai pelancong dan

ahli sukan mengunjungi Pergunungan Adirondack

untuk melihat hidupan liar dan menyaksikan

pemandangan yang indah. Kawasan ini mempunyai

kira-kira 100 puncak gunung dan hampir separuh

daripadanya mencapai ketinggian melebihi 1200

meter. Gunung Marcy ialah puncak tertinggi di

negeri New York. Ketinggiannya 1629 meter. Puncak

Algonquin mencapai ketinggian 1558 meter. Tasik

Champlain dan Tasik George adalah antara ratusan

tasik yang terdapat di kawasan itu. Tasik Saranac dan

Tasik Placid merupakan tempat percutian yang

terkenal.

UMUM 
NINETY MILE DESERT

Ninety Mile Desert ialah nama kawasan batu

kapur seluas 4050 hektar di bahagian tenggara

Australia Selatan dan sebahagian daripada Victoria.

Walaupun namanya adalah padang pasir, kawasan

ini sebenarnya menerima hujan tahunan antara 430

milimeter hingga 560 milimeter, dengan bekalan air

artois yang banyak dalam daerah Tintinara.

UMUM 
SAHARA

Sahara ialah gurun yang terbesar di dunia. Ia

meliputi kawasan seluas 9 juta kilometer persegi.

Pemandangan gurun Afrika yang luas ini termasuk

banjaran gunung, penara berbatu-batan, dataran

berkelikir, dan tanah tandus berpasir. Gurun yang

gersang itu terpisah hanya oleh tanah penanaman

sepanjang Sungai Nil dan di oasis yang bertaburan.

UMUM 
THESSALY

Thessaly ialah kawasan di bahagian utara Greek.

Ia meliputi kawasan seluas 13 903 kilometer

persegi dan jumlah penduduknya kira-kira 700 000

orang. Untuk lokasi lihat Greece (peta). Volos dan

Larisa merupakan bandar terbesar di Thessaly. Tiga

buah gunung di kawasan sempadan Thessaly, ialah

Olympus , Pelion, dan Ossa, yang penting dalam

sejarah dan legenda Yunani.

UMUM 
PULAU ELLESMERE

Pulau Ellesmere terletak di utara Greenland. Ia

meliputi kawasan seluas 196 236 kilometer persegi

dan pulau yang ke-10 besarnya di dunia.

Ia mempunyai penduduk seramai 106 orang yang

tinggal di beberapa petempatan.

UMUM 
SAXONY

Saxony ialah sebuah negeri di bahagian tengah

timur Jerman. Ia meliputi kawasan seluas 18 300

kilometer persegi.

UMUM 
KARAKUM

Karakum ialah gurun luas yang meliputi

sebahagian besar Turkmenistan. Karakum meliputi

kawasan seluas 350 000 kilometer persegi.

UMUM 
NEW IRELAND

New Ireland ialah pulau kedua terbesar di

Kepulauan Bismarck. Pulau ini meliputi kawasan

seluas 8651 kilometer persegi di barat daya Lautan

Pasifik (lihat Papua New Guinea [peta]). Pulau ini

mempunyai 79 000 orang penduduk. Ia merupakan

sebahagian daripada negara Papua New Guinea.

New Ireland merupakan pulau gunung berapi yang

panjangnya kira-kira 370 kilometer. Di bahagian

tengahnya terletak Pergunungan Schleinitz, yang

mempunyai ketinggian antara 610 meter hingga

1200 meter.

UMUM 
PULAU PINANG

Pulau Pinang (pend. 1 750 100), negeri yang

terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia.

Negeri ini terdiri daripada pulau yang dikenali

sebagai Pulau Pinang yang meliputi kawasan seluas

lebih kurang 285 kilometer persegi, dan sebidang

tanah yang memanjang (terletak di tanah besar

Semenanjung Malaysia) dikenali sebagai Seberang

Perai, seluas 760 kilometer persegi. Kedua-dua

kawasan ini terpisah oleh selat berukuran tiga

kilometer hingga lapan kilometer lebar.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas