DARIMIY, ABU MUHAMMAD AL- | Darimiy, Abu Muhammad al- (181–255 H/ 797–869 M), hafiz, imam, ahli tafsir dan ahli hadith. Nama penuhnya ialah ‘Abdullah ibn ‘Abd al-Rahman ibn al-Fadl ibn Bahram al-Darimiy, al-Tamimiy Abu Muhammad, yang berasal dari Samarkand. Dia juga antara orang yang terkenal dan masyhur. Dia banyak merantau ke seluruh dunia dan banyak menulis buku. | UMUM | |
TAYLOR, SIR GEOFFREY | Taylor, Sir Geoffrey (1886–1975) ialah ahli fizik Inggeris yang mengabdikan seluruh hidupnya kepada sains. Dia adalah ahli metereologi dalam ekspedisi di Lautan Atlantik Utara pada tahun 1913, yang bekerja dalam bidang metereologi dan aeronautika semasa Perang Dunia I (1914–1918), dan membuat bom atom semasa Perang Dunia II (1939–1945). Dia mengira kelambatan putaran bumi yang disebabkan oleh geseran pasang surut. Taylor lahir di London. | UMUM | |
PERSATUAN ULAMA SELURUH ACEH | PERSATUAN ULAMA SELURUH ACEH, pertubuhan golongan ulama yang mempunyai tujua sosial dan politik di Aceh, Sumatera, Indonesia. Persatuan Ulama Seluruh Aceh (PUSA) ditubuhkan pada 5 Mei 1939 dalam satu musyawarah pada ulama yang diadakan di Matang Gelumpang Dua, Aceh. Dalam musyawarah ini, Teungku Muhammad Daud Beureueh dilantik sebagai ketua 1, Teungku Abd. Rahman Meunasah Meucap sebagai ketua II, Teungku M. Nur Ibrahimy sebagai setiausaha I, Teungku Ismail Yacub sebagai setiausaha II dan Teungku M. Amin sebagai bendahari. Ahli jawatankuasa pula terdiri daripada Teungku Abd. Wahab Samalanga, Teungku Syekh Haji Abdul Hamid, Teungku M. Daud, Teungku Usman Lampoh Awe dan Teungku Yahya Baden. Rata-rata pemimpin PUSA merupakan tokoh pejuang Aceh. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
SUZMAN, HELEN | Suzman, Helen (1917– ) ialah ahli politik wanita yang paling terkenal di Afrika Selatan. Dia berkhidmat selama 36 tahun sebagai ahli parlimen kawasan Houghton, dan menjadi terkenal di seluruh dunia kerana pendiriannya yang kuat menentang dasar aparteid. Lihat Aparteid. | UMUM | |
SHANKAR, RAVI | Shankar, Ravi (1920 – ), ahli muzik India yang terkenal di seluruh dunia kerana petikan sitarnya yang penuh inspirasi (lihat Sitar ). | UMUM | |
MONTESQUIEU | Montesquieu (1689–1755) ialah ahli falsafah Perancis. Hasil penulisan utamanya bertajuk The Spirit of the Laws (1748) mempengaruhi penulisan perlembagaan di seluruh dunia. | UMUM | |
EVATT, HERBERT VERE | Evatt, Herbert Vere (1894–1965) ialah negarawan, ahli politik serta peguam Australia. Dia menjadi terkenal di seluruh dunia kerana pendekatannya terhadap politik dunia | UMUM | |
STRABO | Strabo (63 S.M.?– 24 M.?) ialah ahli geografi dan sejarah Yunani. Dia menjadi terkenal kerana penulisan Geography sebanyak 17 jilid yang memerihalkan seluruh bahagian dunia yang diketahui ketika itu. Jilid-jilid tersebut adalah sumber maklumat geografi yang terbaik tentang negara-negara Mediterranean pada permulaan Zaman Kristian. Strabo juga menulis suatu sejarah yang panjang tetapi kini telah hilang. Dia lahir di Amasia, Pontus. Dia menuntut di Rom dan Iskandariah, dan mengembara ke negara Arab, selatan Eropah, serta utara Afrika. | UMUM | |
SKALA CELSIUS | Skala Celsius ialah skala untuk mengukur suhu. Ia adalah sebahagian daripada ukuran metrik. Penduduk di semua negara utama di dunia menggunakan skala Celsius untuk mengukur suhu setiap hari. Ahli sains di seluruh dunia juga menggunakan skala suhu ini. | UMUM | |
KESATUAN ANTARA-PARLIMEN | Kesatuan Antara-Parlimen ialah sebuah organisasi yang terdiri daripada ahli parlimen di seluruh dunia. Objektifnya adalah untuk menggalakkan institusi perwakilan dan bekerja bagi keamanan dan kerjasama antarabangsa. | UMUM | |